Hiburan

Dr Rafidah Buat Video Kebvrukan Produk Kvrus, Sekali Ustaz Kazim Masuk Komen

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menerusi sebuah video di laman TikTok, tampil memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai produk kurus yang semakin laris dijual di pasaran.

Rita Rudaini bidas kenyataan

Menerusi video tersebut Dr Rafidah menjelaskan tiada jalan singkat bagi seseorang itu untuk menurunkan berat badan melainkan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pada masa yang sama, dia turut memohon kepada orang ramai supaya tidak percaya dengan janji-janji ‘palsu’ yang ditawarkan oleh produk tersebut.

Teh dari daun senna bagi kurus? Hanya mampu termenung dengan maklumat sampah macam ini. Please tolonglah praktik gaya hidup sihat. Kenapalah susah sangat, jangan malas!

Semua produk kurus adalah sampah. Kecuali anda mahu merisikokan organ dalaman sendiri.

Susulan daripada itu, pelakon cantik, Rita Rudaini dipercayai tidak bersetuju dengan kenyataan yang disampaikan oleh Dr Rafidah dan menjelaskan daun senna merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi.

Doktor daun senna tu sunnah Nabi. Rajin doktor main TikTok, sister tolong promote account TikTok doktor ya. Cutenyaa buat macam tu. Geram macam nak cubit-cubit pipi sebab comel sangat macam heroin Korea.

Ustaz Kazim pun respon

Menerusi semakan pihak OHBULAN! penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) turut meninggalkan komen menerusi video ‘peringatan’ Dr Rafidah.

Menerusi komen tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan terdapat khasiat yang terdapat dalam dalam daun senna dan meminta supaya Dr Rafidah lebih berhati-hati selepas ini. Bagaimanapun, mungkin berlakunya salah faham berikutan apa yang cuba ‘ditekankan’ oleh Dr Rafidah adalah produk kurus sampah bukannya daun senna semata-mata.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim juga tampil memuat naik status di Facebook beliau dan mengegur juga berkenaan dengan aurat

“Daun sanna itu ada disebut dlm hadis2 Nabi. Janganlah dok menyebut sebagai produk sampah.
Sambil dok gelek2 kepala seolah2 menganjing, merendah2kan apa yg disebut Nabi.X elok sgt kelakuan seorang “ahli” seorang “pakar” buat begitu.X nak terima daun sanna sebagai minuman yg disebutkan Nabi terpulang tetapi jgnlah dok buat content kat Tok Tik mengajak org menolak pemakanan dan minuman yg disyorkan Nabi.
Lagi satu.. menutup aurat itu adalah wajib !”

Video penuh:

 

Sumber: Rita Rudaini & Dr. Rafidah

Leave a Reply

Your email address will not be published.