Uncategorized

Ebit Lew Jumpa Ketua M4fia di Brazil. Ini Reaksi Mereka Bila Pertama Kali Nampak Janggut Ebit Lew

PETALING JAYA: Misi kemanusiaan digerakkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Sao Paolo, Brazil memasuki satu kawasan yang dikatakan bahaya di bandar itu.

Dalam catatan terbaharunya, beliau menulis, pasukannya menziarahi ‘abang kawasan’ di salah satu kawasan bahaya tersebut.

“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang di situ. Terasa macam dah lama kenal. Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka.

“Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ini duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga,” katanya.

Menurut Ebit Lew, ketuanya baik sangat walaupun orang kata macam mafia.

Ajak Ambil Gambar Kerana Suka Janggut

“Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” tulis Ebit Lew.

Terima Layanan Baik, Ebit Lew Santuni Paderi Di Gereja Sao Paolo Brazil Buat Netizen Terharu – “Tolong Tak Kira Agama”

Pendakwah bebas ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharu apabila menerima layanan yang cukup baik daripada paderi-paderi Gereja Besar di Sao Paolo, Brazil.

Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi momen sewaktu pertemuannya bersama ketua rumah ibadat tersebut untuk tatapan umum.

“Terharu dapat layanan baik dari Paderi di Gereja Besar di Sao Paolo Brazil.. Berbual dan bertukar pendapat dalam program kemasyarakatan.

“Tadi saya ada program menyantuni homeless di depan Gereja. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk info, Ebit bersama pasukannya berlepas ke Brazil pada Jumaat bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan menghulurkan bantuan.

Selain berkongsi pertemuannya dengan paderi, Ebit turut sama menghulurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan yang menetap di kawasan hadapan gereja.

Sumber : GEMPAK / Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published.