Hiburan

‘Jarang BBNU Dapat Bwk Lagu Lama Mcm Ni’ – Afieq Shazwan Nyanyi Lagu Layu Di Hujung Mekar Raih Lebih 1 Juta Tontonan

” Saya memang suka menyanyikan lagu balada era 1990-an. Selain minat, saya mendapati boleh menonjolkan kelainan dan kemampuan vokal menyanyikan lagu balada bernada tinggi.”

Itu kata-kata penyanyi Afieq Shazwan apabila dilihat sering menyanyikan semula lagu lama dan seakan memberikan bayangan beliau lebih menggemari irama era 1990-an.

Mengakui perkara itu, Afieq berkata, dia lebih meminati lagu-lagu lama yang lebih bersesuaian dengan jiwanya.

” Disebabkan itu, saya merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan RIO, Layu Di Hujung Mekar.

” Alhamdulillah, jumlah tonton sudah hampir mencecah satu juta sejak dilancarkan dalam laman Youtube FMC Music pada 25 November lalu. Kini, trending nombor satu,” katanya kepada BH Online.

(semakan terkini tontonan sudah cecah 1,189,024 juta).

Afieq berkata, dia bersyukur dan gembira percubaan menyanyikan semula lagu berhantu zaman 1990-an mendapat sokongan pencinta muzik tanah air.

” Asalnya, saya menyanyi sekadar suka-suka sahaja. Dan ketika nyanyi itulah, lagu Layu Di Hujung Mekar dirakam dan disiarkan dalam Instagram (IG) Story.

” Kemudiannya, saya menerima maklum balas pengikut dan minta saya menyanyi lagi lagu saduran ini.

” Sebenarnya, saya baru tahu lagu Layu Di Hujung Mekar diterbitkan FMC Music selepas muat naik nyanyian semula dalam IG Story.

” Jadi, apabila berbincang dengan syarikat rakaman, kami bersepakat merakamkan semula lagu ini,” katanya.

Sebelum lagu Layu Di Hujung Mekar, Afieq merakamkan lagu nyanyian Allahyrham Achik Spin, Malam Semakin Dingin bersama Tajul dan berjaya mencecah 15 juta tontonan di YouTube FMC MUSIC selepas dilancarkan dua bulan lalu.

Selepas melihat impak lagu Malam Semakin Dingin dan Layu Di Hujung Mekar, Afieq yakin selera pendengar dan penggemar muzik di Malaysia masih sukakan genre lagu balada.

” Buktinya apabila lagu ini dilancarkan ramai yang mesej saya memberi sokongan dan menyatakan lagu era 1990-an sedap didengar dan malar segar.

” Dan mereka mahukan banyak lagi. Kalau pergi ke pusat karaoke sekali pun kebanyakan pengunjung akan memilih lagu hits 1990-an untuk dinyanyikan, betul tak?

” Saya berterima kasih kepada FMC Music kerana percayakan bakat saya.

” Doakan semoga saya terus sukses dan dapat melebarkan sayap kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon,” katanya.

Lagu Layu Di Hujung Mekar versi Afieq dilancarkan di YouTube rasmi FMC MUSIC serta semua platform muzik pada 26 November lalu.

Dapat pujian peminat lagu 90an.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata memuji nyanyian Afieq yang berjaya membawakan lagu irama era 90an dengan cukup padu.

Malah nyanyian Afieq itu juga telah berjaya memenangi hati abam-abam rock kapak yang selama ini sangat sekeptikal terhadap penyanyi-penyanyi baru atau BBNU.

Dalam pada itu, ramai memuji mutu vokal Afieq Shazwan, antranya Harry Khalifah atau lebih di kenali Apak turut meningalkan komen

“sedap jugak ye afiq ni bawak lagu mcm gini.. suara nampak matang, tone bagus.. pendek kata SEDAP laaa… semoga sukses ye.”- Apak

“kami yang lahir dgn lagu2 90an menyokong usaha menaikkan semula lagu genre macam ni dengan nafas yang baru..lirik yang mendalam,puitis,indah dan dekat dihati..berbeza dgn lagu zaman sekarang..bila ada cover mcm ni, sekurang2nya ramai akan search siapa pemilik lagu sebenarnya..sama2 menaikkan nama mereka giteww”

“Terbaik afieq. Proud of you for bringing back the oldies to life. Memang sesuai dgn suara. Please bring the 90’s to this era. Love and support from ”

Padam kenangan dengan bekas kekasih, Afieq Shazwan nekad bakar surat cinta – “Bertahun saya simpan tapi janji dimungkiri”

ENGGAN lagi mengenang kisah cinta lama, penyanyi Afieq Shazwan nekad membakar surat kenangan yang pernah diberikan oleh bekas teman wanitanya.

Babak Afieq membakar surat cinta itu ditunjukkan dalam video muzik (MV) lagu nyanyian semula Layu Dihujung Mekar yang dimuat naik di YouTube sejak 26 November lalu.

“Ya saya ada bakar surat dalam MV tersebut. Itu memang betul-betul surat yang diberikan oleh bekas teman wanita saya.

“Surat itu dah bertahun saya simpan tapi dah tak ada guna untuk disimpan lagi… semua janji yang ditulis dalam surat itu telah dimungkiri.

“Saya tak mahu lagi kenang benda lama… biarlah benda lepas berlalu. Siapa wanita itu? Biarlah hanya saya yang tahu!” katanya kepada mStar.

Afieq hanya selesa berkawan dengan Wani Kayrie.

Lagu Layu Di Hujung Mekar versi Afieq itu dimuat naik di saluran YouTube FMC Music dan menjadi trending nombor satu di laman tersebut.

Untuk rekod, lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan Rio dan popular pada awal tahun 2000.

Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah!

“Mulanya saya menyanyi sekadar suka-suka sahaja tapi tak sangka ramai peminat minta saya menyanyi lagu ini semula. Selepas berbincang dengan syarikat rakaman terhasil la nyanyian semula lagu itu.

“Memandangkan lagu itu ada persamaan dengan kisah saya, jadi feel dan emosi itu memang sampai.

“Alhamdulillah peminat dan pendengar menyukai lagu nyanyian semula saya itu dan mereka meninggalkan komen positif. Itu sudah cukup menggembirakan saya,” ujarnya.

Lakonan Afieq dan Yuna Rahim dalam drama Diari Seorang Suami terima pujian penonton.

Menyentuh mengenai sisi peribadi dan kerjaya, penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dia masih belum mempunyai kekasih dan lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya seni.

“Sekarang saya single. Hubungan dengan Wani Kayrie pun hanya sekadar kawan. Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah.

“Lagi pula tahun ini saya agak sibuk dengan kerjaya. Fokus saya selepas ini nak seimbangkan kerja sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.

“Alhamdulillah banyak tawaran yang diterima… memang tak jangka karier saya berkembang sangat baik tahun ini. Ini semua rezeki yang Allah bagi, saya bersyukur sangat!” katanya.

Afieq bak4r surat diberikan oleh bekas kekasih kerana enggan mengenang kisah cinta lama.

Fakta menarik Afieq Shazwan

Pemilik nama sebenar Muhammad Shafieq Shazwan Zamros ini lahir pada 5 September 1997.

Beliau meraih kejayaan apabila mara ke peringkat akhir Idola Kecil musim pertama di TV9 pada 2008.

Afieq juga paling dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan TV realiti Big Stage musim pertama di Astro Ria pada 2018, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.

Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama TV termasuk Elly & Epit (2013), Wadi (2015) dan Miss Kapten Cikgu Waiz (2017). Terbaru beliau membintangi drama Diari Seorang Suami yang sedang bersiaran di TV3.

Pada tahun 2008, pada usia 11 tahun dan menduduki Darjah 5, Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir.

Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir.

Afieq menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air.

Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.

Big Stage musim pertama mengangkat Afieq selaku pemenang tempat ketiga. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Pada Disember 2019, Afieq melancarkan single terbaharu, “Lelaki Di Telefon”.

Sumber:bharian dan wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.