Uncategorized

Kes Bvli: Selain di gantung sekolah, ini tindakan yg bakal mereka kena

MAJLIS Amanah Rakyat Mara (MARA) tidak akan berkompromi dengan gejala buli yang tular dipercayai melibatkan pelajarnya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mengarahkan siasatan terperinci membabitkan video yang tular di media sosial.

“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya lagi, tindakan tegas bakal diambil sekiranya perkara itu disahkan benar berlaku membabitkan kesemua pelajar tersebut.

“Pihak MARA tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan yang menyalahi etika kemanusiaan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terkini Kes buli: Enam pelajar digantung sekolah dua minggu serta-merta, dicadang ditamatkan pengajian di MRSM – Mahdzir Khalid

Berita lanjut menyusul.

Video yang tular di media sosial menyaksikan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama melakukan perbuatan buli dengan bertindak memukul seorang pelajar secara bergilir-gilir.

Insiden berkenaan turut mendapat kecaman pelbagai pihak yang menggesa tindakan diambil terhadap kesemua pelajar terbabit

Polis Tahan 4 Pelajar

IPOH: Polis menahan empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, hari ini berkaitan kes buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata semua pelajar berusia 13 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam.

“Kita menahan empat pelajar untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, polis sudah memanggil semua pelajar yang dikatakan terbabit dalam kejadian buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial termasuk pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi kelmarin (9 Disember) membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesahkan menerima satu laporan berkaitan kes itu daripada pengetua sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari tadi berikutan daripada tularnya rakaman video insiden berkenaan sehingga mendapat perhatian meluas warganet.

sumber:bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.