Amalan

Kisah pemuda tegur pekerja sebaneka bertudung jual ar4k. Ayat dia guna buat pembeli tu terus lesap

Ketika hangat isu pelesenan arak di peringkat pusat, seorang aktivis berkongsi kisahnya berdakwah dengan cara tersendiri.

Semalam, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Bangi Bilal Jailani berkongsi kisahnya yang sudah empat kali menegur jurujual beragama Islam.

Berkongsi kisah di media sosial, yang tular dengan dengan 22,000 like itu, Bilal berkata kelmarin dia menegur seorang jurujual bertudung di sebuah kedai serbaneka di Bangi.

“Cik, adakah awak boleh uruskan transaksi arak ni?” soalnya.

“Cashier muda bertudung itu menjawab, ‘Tu la, kalau boleh saya tak nak terlibat’.”

Bilal justeru mengingatkan bahawa menjual arak ialah kesalahan syariah di Selangor dan boleh didenda sehingga tiga tahun penjara.

“Cik tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau Cik teruskan, saya akan rakam dan buat laporan polis”.

Bagaimanapun, seorang lagi pekerja memberitahunya bahawa mereka tiada pilihan keran ia urusan kerja.

“Saya balas, ‘Majikan tak boleh arahkan pekerja lakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara. Anda juga tak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, biar apa pun kontrak pekerjaan anda.

“Staf lelaki itu berkata, ‘Kalau Encik mahu, Encik boleh bercakap dengan manager saya’.

‘Boleh. Tolong panggil dia’, ujar saya.

Katanya selepas berbincang dengan pengurus, dia berjaya memberhentikan jualan itu dan pengurus memberitahu akan melaporkannya kepada pihak atasan.

“Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran,” kata Bilal.

Bilal berkata, tindakannya itu adalah yang keempat dilakukannya sejak 2011 di pelbagai kedai.

“Nahi mungkar ini perlu dilatih. Setiap kali kita buat, kita improve. Oleh itu, jangan abaikan setiap mungkar yang berlaku di hadapan anda,” katanya.

Berikut catitan penuh Bila Jailani di Fb beliau

KALI KEEMPAT TEGUR CASHIER, ELAK PENJARA 3 TAHUN

Semalam, ketika beratur untuk membayar di Speedmart99 Southville Bangi, saya perasan warga asing di belakang saya bawa sekitar 6 tin arak Tiger. Selesai membayar, saya bertanya kepada cashier, “Cik, adakah awak boleh uruskan transaksi arak ni?”.

Cashier muda bertudung itu menjawab, “Tu la, kalau boleh saya tak nak terlibat”.

Saya berkata, “Cik, di Selangor, jual arak adalah jenayah Syariah yang boleh dihukum 3 tahun penjara. Cik tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau Cik teruskan, saya akan rakam dan buat laporan polis”.

Saya juga bagitahu kepada warga asing yang nak beli arak tu, “Encik, cashier ni tak boleh teruskan jualan. Dia orang Islam. Dia tak boleh jual arak”.

Warga asing itu balas, “Air ni bukan saya punya. Ini orang lain suruh beli”. (Dia tak faham kata saya agaknya).

Kemudian seorang lagi staf Speedmart datang. Staf lelaki ini kata, “Kita faham yang arak ni tak elok. Kita pun tak nak jual benda ni. Tapi ini urusan kerja”.

Saya balas, “Majikan tak boleh arahkan pekerja lakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara. Anda juga tak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, biar apapun kontrak pekerjaan anda”.

Staf lelaki itu berkata, “Kalau Encik mahu, Encik boleh bercakap dengan manager saya”.

“Boleh. Tolong panggil dia”, ujar saya.

Apabila sang manager tiba, saya jelaskan semuanya, dan saya minta dia hold transaksi 6 tin arak Tiger ni. Dia berkata, “Kami akan hold, dan laporkan ke pihak atasan. Keputusan adalah di tangan mereka”.

Kemudian saya toleh ke belakang mencari warga asing yang nak beli arak tu. Rupanya dia dah lesap.

Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran. Sebelum beredar, saya berkata, “Encik dan Cik, saya bukan nak menyusahkan kamu. Saya sedang protect kamu sebenarnya. Saya sedang bantu kamu. Jika kamu nak, saya boleh usahakan bantahan, hingga jualan arak di kedai ini dihentikan terus, jadi anda boleh bekerja dengan senang hati”.

Saya mohon izin bergambar, beri business card saya, dan beredar.

===============

Apabila pulang ke rumah, saya membuat refleksi terhadap apa yang berlaku.

Seingat saya, ini adalah kali keempat saya menegur cashier muslim berkenaan jualan arak di kaunter. Pertama adalah di Shah Alam, tanggal 30 Ogos 2011. Yang kedua saya tak ingat. Yang ketiga di Speedmart Taman Putra Kajang.

Setiap kali teguran, bahasa dan keyakinan saya makin baik. Kalau dulu macam malu-malu kucing, semalam sudah macam harimau. Kali kelima nanti saya tak tahulah.

Nahi mungkar ini perlu dilatih. Setiap kali kita buat, kita improve. Oleh itu, jangan abaikan setiap mungkar yang berlaku di hadapan anda.

Itulah refleksi saya. Moga Allah tetapkan kita atas jalan Umat Terbaik, Yang Mengajak Makruf, Menghalang Mungkar dan Beriman Kepada Allah. Ameen.

BILAL JAILANI
Yang Dipertua
Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Bangi
6 Dis 2021

sumber: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published.