Hiburan

Lepas Rumah Dhanyutkan Banjlr, EbbyYus MasukH0spital , Ini Keadaan Terkini Beliau

Petaling Jaya – Bukan mahu s.impati tetapi pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar kesi.hatan tidak memb.uruk selepas dimasukkan ke H.ospital Kuala Lumpur HKL disebabkan m.asalah paru-paru berair sejak empat hari lalu.

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, berkata, dia baru sahaja selesai menjalani ujian imbasan sinar-X dan masih menunggu keputusan daripada doktor.

“Keadaan sekarang okey. Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu dit.ahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Harap-harap keputusan imbasan nanti bersih. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena c.ucuk atau t.ebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa j.angkitan yang lebih t.eruk.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih s.impati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Ebby ketika dihubungi sebentar tadi.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Ebby yang cukup dikenali menerusi sitkom televisyen Simpang Tiga percaya, setiap yang berlaku dalam kehidupan seseorang terkandung hikmah tersendiri.

Rumah yang dibina sejak empat tahun lalu menggunakan pendapatan yang berbaki 10 peratus sebelum siap sepenuhnya, m.usnah dalam sekelip mata dek kerana ujian besar, b.anjir di Hulu Langat, Sabtu lalu.

Bagi pelawak, Ebby Yus, beliau reda dan menerima ketentuan Ilahi serta bersyukur masih dipanjangkan umur dan dapat keluar daripada kawasan berkenaan sebelum b.anjir mel.anda.

“Alhamdulillah pada Sabtu itu, tergerak hati Ustaz Ashraf, memanggil saya untuk menjalankan misi bantuan membungkus sumbangan di Bukit Kapar, jadi saya tergerak hati untuk keluar daripada kawasan itu sebelum b.anjir.

“Dalam perjalanan, penjaga dan kontraktor rumah memaklumkan, air deras mula memasuki rumah hingga ke paras dada dan tidak lama kemudian, saya menerima satu lagi panggilan menyatakan rumah sudah dibawa arus, katanya dalam program Meletop edisi khas Kongsi Kasih terbitan Astro baru-baru ini.

“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa s.akit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya penuh optimis.

Terdahulu, Ebby menjadi antara artis yang terkesan t.eruk a.kibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan lenyap dibawa arus b.anjir di Hulu Langat, Selangor.

Gara-gara keja.dian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM 200,000. Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke h.ospital kerana p.enyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.

Pada Oktober lalu, dia mengikuti rombongan umrah ke Mekah namun mengalami s.erangan j.antung ketika dalam perjalanan.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.