Amalan

Pemuda berlakon cac4t, salah guna parking khas… Ras Adiba tampil bagi satu ayat kat dia

Perkongsian sebuah video oleh seorang lelaki mengenai cara mudah untuk mendapatkan ‘parking’ di sebuah pusat beli-belah dengan berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) mengundang kecaman pengguna media sosial.

Melalui video berdurasi 38 saat yang dikongsi semula di laman Twitter itu memaparkan, lelaki tersebut memaklumkan dia pada awalnya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.

Bagaimanapun katanya, rakannya yang turut menaiki kenderaan sama mencadangkannya untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.

“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang didakwa menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk golongan OKU.

“Kemudahan untuk OKU di Malaysia dah lah tak banyak. Lepas itu, masih ada yang salahguna dan memperlekehkan orang cacat? Memalukan,” kata Deah.

“Kembali ke episod penindasan orang kurang upaya secara terang-terangan. Aku kalau pakai kereta tak ada stiker OKU pun tak sanggup nak parking di parkir OKU,” kata Adhura.

“Nampak macam betul-betul cacat. Harap-harap memang betul, kalau tidak memang tak patutlah buat macam ini,” kata Dr Ted.

VIDEO:

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 17,000 kali.

Kecoh pemuda berlakon cac4t, salah guna parking khas… Ras Adiba beri amaran, desak minta maaf kepada semua OKU!

Video tersebut turut mendapat perhatian daripada, Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menyelar tindakan kedua-dua anak muda itu sebagai biadab.

Malah, Ras Adiba yang merupakan Presiden Persatuan OKU Sentral turut memberi amaran dengan mendesak supaya kedua-dua pemuda itu memohon maaf di atas perbuatan mereka.

“Saya ingin memberi amaran kepada saudara Iswan dan juga Ajim. Kalian telah mempersendakan dengan menggunakan parking OKU dan berlakon diri anda sebagai OKU.

“Saya mohon supaya kalian berdua meminta maaf kepada semua komuniti OKU di negara kita. Sudahlah kami susah, kamu semua selalu memandang rendah kami, dan menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk kami.

“Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempersendakan kami. Sila mohon maaf kepada OKU,” tegas Ras Adiba menerusi video yang dikongsi di laman sosial milik beliau, petang Rabu.

Sumber : K!Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.