Amalan

PM umum moratorium pinjaman dilanjutkan untuk dua tahun lagi, tapi hanya kumpulan ini yg terlibat

MORATORIUM pinjaman yang sepatutnya berakhir pada 31 Dis 2021 akan dilanjutkan dua tahun lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Ismail Sabri berkata lanjutan itu diberi kepada mereka yang berada dalam kumpulan B40 ke bawah dan bertujuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19.

“Saya juga meminta bank untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka sebaliknya membiarkan mereka berbincang dan menstruktur semula pembayaran balik pinjaman mereka.

“Dalam masa sama, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Insolvensi juga telah meningkatkan ambang kebankrapan kepada RM100,000 selain giat melaksanakan Program Pengurusan Kewangan dan Ketahanan (Urus) yang dibuka untuk permohonan sehingga 31 Jan 2022,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook Majlis Keselamatan Negara.

Ismail Sabri berkata, Kerajaan mempunyai banyak inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di bawah Bajet 2022.

Antaranya ialah Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan awal persekolahan, program makanan tambahan untuk kanak-kanak miskin, PerantiSiswa Keluarga Malaysia, latihan MyStep dan program Jaminan Pekerjaan.

Beliau berkata Kerajaan juga telah mengaktifkan semula Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) untuk menggubal dasar keselamatan sosial jangka panjang yang komprehensif dan bersepadu.

“Semoga semua inisiatif ini dapat meningkatkan taraf hidup semua keluarga Malaysia terutamanya golongan B40,” katanya. – The Star

KrajaanUmum BaucerDiberi UntukPenerlma BPR Hlngga Hjung Bulan. IniCara Semakan

KUALA LUMPUR: Industri insurans dan takaful ingin mengumumkan pelancaran Fasa 2 Program Baucar Perlindungan Tenang PTV bagi golongan berpendapatan B40 berkuat kuasa 15 November, 2021.

Di bawah fasa kedua, program PTV menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 4.8 j.uta penerima Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 daripada kategori bujang dan warga emas melalui subsidi baucar RM 50 untuk membeli pelan Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen di negara ini yang mengambil bahagian.

“Penerima kategori bujang dan warga emas boleh menyemak kelayakan mereka untuk baucar PTV RM50 di myptv” kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia LIAM, Persatuan Insurans Am Malaysia PIAM dan Persatuan Takaful Malaysia MTA dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Selama tujuh minggu semenjak Program PTV mula diperkenalkan, kira-kira 93,000 baucar bernilai lebih RM 4.6 j.uta telah ditebus oleh penerima BPR di bawah kategori isi rumah tersebut, katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan akan melanjutkan Program PTV selama setahun lagi pada tahun 2022 dengan nilai baucar ditingkatkan kepada RM 75 dan juga membolehkan penerima BPR untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah, kata Pengerusi PIAM, Antony Lee.

“Program PTV merupakan salah satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pengendali insurans dan takaful. Fasa pertama program, menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 3.6 j.uta penerima BPR yang layak di bawah kategori isi rumah tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa inisiatif kerajaan menambah subsidi Program PTV ini akan dapat mempertingkatkan daya tahan kewangan rakyat seterusnya membolehkan lebih ramai penerima BPR memperolehi perlindungan insurans k.ritikal terutamanya ketika berhadapan cabaran kekangan kewangan.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk terus mempromosikan perlindungan sosial di kalangan rakyat terutamanya penerima BPR, katanya.

Sementara itu, Pengerusi MTA, Elmie Aman Najas berkata produk Perlindungan Tenang menyediakan pelan perlindungan asas terhadap risiko utama dalam kehidupan seperti kem.atian, kem.alangan, keb.akaran atau kem.alangan yang lain.

“Melalui Program PTV, penerima BPR yang layak kini boleh melindungi diri mereka dan keluarga daripada r.isiko utama dalam kehidupan dengan premium dan sumbangan daripada hanya beberapa ringgit sahaja sebulan.

“Penerima BPR, yang layak, amat digalakkan untuk membuat penebusan bagi meningkatkan jaringan kes.elamatan sosial mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden LIAM Loh Guat Lan berkata beliau berharap penerima yang layak menebus baucar 2021 mereka, ia tersedia sehingga 31 Disember, 2021.

“Program PTV sememangnya peluang terbaik untuk penerima BPR memperkenalkan perancangan kewangan kepada keluarga dan orang tersayang,” katanya.

Kredit : Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.