Amalan

“Saya masih lagi Pengerusi MKN Selangor” Noh Omar ‘sekolahkan’ MB Selangor, sampai Amirudin mtk maaf

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar memaklumkan bahawa beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media, Noh menafikan dakwaan yang dibuat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.

Malah Noh juga mendakwa apa yang dilakukan oleh Amirudin adalah cubaan untuk lepas tangan dari tanggungjawab yang sebenarnya.

“Saya nak bagitahu, saya terpaksa ‘sekolahkan’ Menteri Besar Selangor sebab apa yang viral semalam, nampaknya dia tidak faham sebenarnya.

“Saya masih lagi Pengerusi MKN Selangor bukan MB Selangor seperti yang viral semalam, harap Amirudin boleh faham.
“Menteri Besar jangan lepas tangan, jangan tunding jari salahkan sesiapa. Kalau dia nak lepas tangan lebih baik dia lepaskan jawatan,” katanya pada sidang media pada Rabu.

Noh menjelaskan, sekiranya Amirudin memahami bidang tugasnya tidak akan timbul cakap-cakap kononnya tidak boleh mempengerusikan mesyuarat seperti yang didakwa.

Beliau juga menjelaskan terpaksa mengadakan sidang media bagi membetulkan salah faham yang timbul akibat berita yang tular pada Selasa.

“Menteri Besar mungkin dia tidak faham ada dua arahan berbeza dibawah MKN iaitu pertama pengurusan keselamatan negara.

“Yang kedua ialah Majlis Keselamatan Negara, Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana negara, ini dua yang berbeza.

“Ini menunjukkan bila ada dua arahan ini maknanya ada dua jawatankuasa. Saya dilantik dibawah arahan nombor 1 iaitu isu keselamatan negara.

“Yang sepatutnya menteri besar tengok ialah arahan nombor 20 iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Noh memaklumkan Amirudin telah memohon maaf ekoran salah faham yang timbul berkenaan isu Pengerusi MKN Selangor.

“Saya pun nak mohon maaf juga sebab terpaksa buat sidang media ini untuk jelaskan kekeliruan yang timbul dan saya telah maafkan beliau,” katanya.

Dalam sidang media itu, Noh juga menyenaraikan apa yang telah beliau lakukan sejak banjir melanda beberapa kawasan di Selangor.

Pada Selasa, Amirudin berkata beliau telah mendapat panggilan daripada MKN untuk mempengerusikan MKN Negeri Selangor ekoran bencana banjir di negeri berkenaan.

PM Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, belliau telah memaklumkan dalam mesyuarat MKN semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri Perumahan serta Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terlibat dengan

Majlis Daerah dan sebagainya, supaya Menteri Besar boleh mengeluarkan arahan, juga kepada Pegawai Daerah (DO).

Ekoran itu, beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan FriendsofSelangor melaporkan Amirudin telah dilantik selepas satu mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri pagi Selasa, berkuat kuasa hari ini (Rabu).

Amirudin dalam sidang media yang dipengerusikan beliau pada Selasa berkata beliau telah melantik beberapa EXCO Selangor untuk mengurus tadbir bencana banjir di negeri berkenaan. – Gambar fail

“Warga Indonesia selamatkan kami, mana agensi kerajaan?”, Kata2 Mak Cik ini Buat Noh Omar Terkedu

“Warga Indonesia selamatkan kami, mana agensi kerajaan?”, keluhan mangsa banjir ini buat Noh Omar terkedu.

Seorang mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkenaan ketiadaan bantuan segera daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terperangkap.

Sedutan video kenyataan wanita itu yang tular di media sosial antara lain menyebut terdapat tiga rakyat Indonesia mendayung sampan membantu untuk menyelamatkan anak seorang mangsa banjir yang terperangkap di atas bumbung rumah.

“Kalau Tan Sri nak tahu, hanya menolong kami rakyat Indonesia, mendayung sampan sampai tiga orang, untuk menyelamatkan anak kakak ini yang terperangkap atas bumbung rumah, daripada pukul 12 tengah malam sehingga 4.30 pagi, 5.30 pagi.

“Itu (rakyat Indonesia) yang menolong kami rakyat asing. Di manakah agensi kerajaan pada masa itu?” soalnya kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang itu.

Untuk rekod, kira-kira 100 penduduk di Taman Sri Nanding terperangkap dalam bah pada 19 Disember lalu dan terpaksa berlindung di bumbung Surau Al Munir lebih 12 jam.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dilihat mendengar dan mengangguk-anggukkan kepala sepanjang kira-kira dua minit wanita itu bersuara.

Lebih sedih, mangsa yang juga penduduk di Taman Sri Nanding itu mendedahkan kegagalan pihak agensi kerajaan untuk bertindak segera dalam operasi menyelamat walaupun telah dihubungi ketika mangsa bah dalam keadaan kritikal.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu kemudiannya bertanyakan sama ada pihak bomba telah dihubungi.

Wanita yang bercakap dengan nada tenang dan ayat tersusun itu memberitahu bukan sahaja bomba bahkan pihak lain turut dihubungi untuk meminta bantuan.

“Bomba kami call, JPAM kami call, even Kem Sungai Besi kami call. Buletin Utama punya penerbit TV3 pun kami call.

“Masing-masing menolong untuk mendapatkan bantuan kepada kami yang terperangkap dalam rumah seramai 30 orang. Tiada satu pun agensi kerajaan yang datang menolong kami.

“Kenapa agensi kerajaan datang pada masa air yang sudah surut? Pada masa keadaan kritikal, air sudah sampai tahap bumbung rumah, tiada sebarang agensi kerajaan datang menolong.

“Kecuali JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) , yang difahamkan saya JPAM hanya menghantar tiga bot dalam kawasan seluruh Hulu Langat.

“Sudah tentu Tan Sri, tiga bot tidak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat”

“This is common sense ‘kan Tan Sri? Di mana perginya tentera kita?” soal mangsa banjir itu lagi sambil disaksikan seorang individu berbaju kurung jingga dipercayai pegawai kerajaan.

Sebaliknya, mangsa banjir itu turut memberitahu, pihak tentera ada membantu penduduk terjejas ketika banjir pada tahun 2014 walaupun paras air ketika itu tidak setinggi seperti bah pada 19 Disember lalu.

“Air hanya dalam keadaan paras paha, tapi tentera ada menolong kami. (Tapi) dalam masa kami dalam keadaan kritikal, pada hari Ahad, tiada sebarang agensi datang menolong kami kecuali JPAM. Sunyi sepi.

“Sampai saya meminta bantuan daripada salah seorang sahabat saya, masuk dalam Twitter. Walaupun Istana Negara kita masuk minta bantuan.

“Tiada seorang pun datang menolong kami. Jadi, kami berharap, rakyat bagi pihak Taman Sri Nanding terutama warga Hulu Langat memohon jasa baik… ,” tambah wanita berkenaan lagi.

“Masa Makcik ni cakap kat Noh Omar, beliau masih lagi Pengerusi MKN Selangor….”

“Terkulat kulat beliau mendengar keluhan dan rintihan kata2 Makcik tersebut..”

sumber: astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published.