Hiburan

“Saya pernah berkasar dengan almarhum” Siapa Sebenarnya Nike Ardilla Di Mata Saari Amri

Kuala Lumpur: Komposer terkenal Saari Amri, 55, menghargai peminat tempatan serta Singapura, Indonesia dan Brunei terhadap sokongan yang diberikan sepanjang lebih 30 tahun pembabitannya dalam industri muzik.

Saari berkata, ia membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus berkarya sehingga sekarang.

“Rasanya dah hampir 30 tahun saya berkarya dalam industri muzik dan hampir 500 lagu pernah saya cipta. Saya berterima kasih kepada peminat Indonesia yang begitu banyak beri sokongan menerusi lagu Gerimis Mengundang nyanyian Slam yang dinyanyikan kembali lebih 30 versi.

“Itulah kepuasan buat saya. Terima kasih banyak-banyak,” katanya menerusi YouTube Saari Amri Official. Turut dipaparkan ialah sedutan muzik video lagu Gerimis Mengundang yang dinyanyikan dalam versi dangdut, keroncong, dalam bahasa Batak dan pelbagai lagi.

Saari berkata, dia masih aktif mencipta lagu, namun kebanyakannya disimpan kerana keadaan pasaran sekarang tidak seperti dulu.

“Kalau sebelum ini banyak artis yang buat album tapi sekarang tidak lagi macam dulu. Artis-artis baharu sekarang pula cipta lagu sendiri.

“Pada mereka mungkin itu lebih beri kepuasan. Apapun saya memang seronok apabila menghasilkan lagu baharu yang dinyanyikan oleh artis sekarang walaupun sambutannya agak perlahan

“Saya tidak kisah kalau orang hendakkan lagu saya dan saya tidak menolak. Ada di antara artis baharu kata lagu saya sedap didengar. Itulah kegembiraan buat saya kerana karya saya masih lagi diterima oleh masyarakat,” katanya.

Terkini, nama Saari terus menjadi sebutan peminat Indonesia apabila lagu Buih Jadi Permaidani nyanyian asal kumpulan Exists dengan tajuk Mengintai Dari Tirai Kamar menjadi perhatian semula.

Ia apabila Nabila Maharani Widyadewi menerusi saluran YouTube Nabila Suaka memuat naik semula lagu dendangannya bersama Zinidin Zidan pada 22 Oktober lalu yang kini mencatat lebih 45 juta tontonan.

NIKE ARDILLA DI MATA SAARI AMRI

“Nike Ardila sungguh berkenan dengan lagu baru yang saya cipta, Suara Hatiku. Beliau terus bertemu dengan saya di Kuala Lumpur” itu antara perkongsian Saari Amri menceritakan pengalaman sewaktu dia bekerjasama dengan Nike Ardilla

Menurut Saari lagi, semasa proses rakaman, dia pernah berkasar dengan Almahrum kerana ada sedikit perbezeaan dari segi bahasa antara Malaysia dan Indonesia

“Saya tak tahu masyrakat Indonesia menggunakan  “ijin” sedangkan di Malaysia menggunakan bahasa  izin”

‘Begini Keadaan Kereta Itu Skrg’ – Kereta Dinaiki Nike Ardilla Ketika KmIangan Msih Disimpan Peminat Setia

Nama penyanyi yang berasal dari Indonesia, Nike Ardilla sangat tidak asing dikalangan peminat tempatan.

Malah dua lagu popular Nike Ardilla iaitu Duri Terlindung dan Aku Tak Akan Bersuara merupakan lagu ciptaan komposer popular dari Malaysia, Saari Amri.

Berketurunan Sunda dan berasal dari Bandung, Nike Ardilla digelarkan Queen Of Rock Indonesia dan Artis Album terlaris di Indonesia dan Malaysia.

Nike Ardilla m4ut dalam kmIangan jalan raya di Bandung pada usia 19 tahun ketika kerjaya muziknya berada di puncak populariti

Walaupun sudah 26 tahun meninggI dnia, namun satu-satunya kenangan ‘harta’ ditinggalkan Allahyrham iaitu kereta jenis Honda Civic Genio masih disimpan seorang peminat setianya, Lia Nathalia.

Pengurus kelab peminat Nike Ardilla, Emma Amrin berkata, hingga kini kereta yang dinaiki penyanyi itu ketika terbabit dalam kmIangan pada 19 Mac 1995 hingga menyebabkan kem4tiannya masih tersimpan rapi.

” Kalau tidak silap saya, Lia membeli kereta itu secara lelong dengan harga Rp100 juta (RM29,285). Itu dulu,” katanya.

Emma berkata, ketika ini keadaan kereta itu tidak baik kerana terdapat bahagian yang ro.sak selain tidak boleh bergerak.

” Beginilah bentuk kereta itu sekarang. Mungkin tidak dalam keadaan baik kerana ada bahagian yang ro.sak.

” Namun, keadaan luaran kereta ini masih asli seperti dulu. Hanya pintu saja yang diganti kerana dulu pintu asalnya ro.sak tervk. Malah, cat kereta juga tidak ditukar dan masih kekal yang asli,” katanya.

Mengulas mengenai pembeli baharu yang berminat, Emma berkata, ramai yang ingin membeli kereta itu tetapi keputusan menjualnya terletak pada Lia.

” Memang ada ramai yang nak beli kereta ini, tapi terpulanglah kepada Lia untuk menjualnya atau tidak.

” Dia pernah bergurau dengan saya bahawa dia akan menjual kereta itu jika ada pembeli menawarkan harga Rp10 bilion (RM2.9 juta),” katanya.

Menurut Emma, dia tahu Lia tidak serius untuk menjual kereta itu dan yakin wanita itu akan terus menyimpan kereta milik Allahyrham itu sebagai koleksi peribadinya yang bermakna.

Lagu Aku Tak Akan Bersuara telah melonjakkan nama Nike Ardilla sebagai Artis Indonesia paling popular di Malaysia sekitar tahun 1994.

Malah, Alhhayrham juga pernah membawa lagu ciptaan Joe Wings, iaitu Pengembara Terasing.

KERETA jenis Honda Civic Genio yang digunakan Nike ketika m4ut dalam kem4langan 28 tahun lalu. FOTO AGENSI

Lia Nathalia pengganti Nike Ardilla

Sementara itu, berdasarkan perkongsian oleh portal di Indonesia, Lia Nathalia yang sebelum ini merupakan ketua NAFC (Nike Ardilla Fans Club) Jakarta, yang kemudian turut berjinak dalam industri seni suara.

Seawal pembabitannya, peminat telah berharap untul melihat Lia menjadi pengganti Nike Ardilla, memandangkan beliau juga merupakan peminat Nike Ardilla yang cukup fan4tik.

Dibawah asuhan Adjie Esa Putra, Lia Nathalia sempat mengeluarkan album pada tahun 1996 bertajuk Selamat Tinggal Kekasih yang mengandungi 9 lagu.

Lia Nathalia layak disebut pengganti Nike Ardilla andai saja beliau mampu bertahan dan melawan selera pasar dengan membawakan lagu-lagu slow rock. Akan tetapi perkara itu tidak bertahan lama.

Tahun 1998 Lia kembali mengeluarkan album kedua yang berjudul Hanya Ada Satu Cinta. Di dalam album ini mungkin jualannya laku kerana masih berada dibawah bayang-bayang Nike Ardilla.

Kemudian disusul tahun 1999 album ke tiga bertajuk Permata hati, album duet bersama Deddy Dores.

Setelah itu nama Lia Nathalia menghilang seiring perjalanan waktu dan Lia masih tetap dikenali di kalangan peminat Nike Ardilla, hingga 2007 beliau kembali mengeluarkan album How Much I love You.

Lia Nathalia mencuba menembusi pasaran, akan tetapi namanya yang sudah terInjur tenggelam membuatkan albumnya tidak dikenali bahkan dikalangan peminat Nike Ardilla sendiri.

Bagaimanapun, biarpun nama tidak sepopular dahulu, Lia Nathalia tetap diterima dikalangan penggemar Nike Ardilla.

‘Saya Terpaksa Mengemis, Minta Makanan di Kawasan Chow Kit’ – Saari Amri

” Saya malulah dengan diri sendiri. Saya tak layak, apalah jasa saya?”

Itu kata-kata komposer terkenal Saari Amri yang cukup merendah diri ketika ditanya tentang tawaran untuk mengurniakan beliau dengan gelaran Dato’.

Bagi peminat industri hiburan tempatan, pastinya merasakan Saari Amri layak untuk mendapat gelaran itu memandangkan sumbangannya yang bukan calang-calang.

Lihat saja berapa ramai penyanyi yang menjadi terkenal samada dalam waktu singkat atau tempoh yang lama yang mendapat sentuhan Saari Amri.

Malah lagu-lagu hits malar segar ini seperti Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UKs), Setelah Aku Kau Miliki (Shima), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) dan Gerimis Mengundang (Slam), semua itu adalah hasil ciptaan Saari Amri.

Itulah antara sumbangan yang ‘menjadi’ dari komposer terkenal Saari Amri, anak kampung dari Kelantan yang pernah bekerja sebagai buruh kasar di Singapura selama 5 tahun pada tahun 1985.

Namun tahukah anda bahawa beliau sebenarnya menolak tawaran gelaran Dato itu. Bukan sekali, tetapi dua kali, dari dua istana berbeza!

Sebenarnya bukan mudah untuk memujuk komposer tersebut bercakap mengenai tawaran gelaran Dato yang ingin diberikan kepadanya itu.

Mungkin juga beliau bimbang akan ada yang katakan Saari menunjuk-nunjuk kerana ramai penggiat seni pun tidak mengetahuinya sehingga kini.

Gambar: (Kiri) Saari Amri bersama Andy Lau juga yang pernah mengundangnya ke Hong Kong selama dua minggu semata-mata untuk melatihnya menjadi seorang penyanyi.

Sebab Saari Amri tolak pangkat Dato

Tawaran kedua bagi pangkat Dato diterimanya adalah sekitar tiga tahun lepas.

Jadi, negeri mana yang sebenarnya menawarkan Dato kepadanya? Saari Amri memilih untuk tidak menyebutnya.

Saari Amri memulakan kerjaya seninya dengan menciptakan lagu berjudul Pandang Pertama untuk Rohana Jalil ketika Saari masih bekerja di Singapura lagi.

Beliau tidak mempunyai atau mampu untuk mengikuti sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik ketika itu.

Ini penjelasannya kepada sebuah portal media di Singapura tentang penolakan pangkat Dato itu ketika dihubungi baru-baru ini:

” Saya malulah dengan diri sendiri. Saya tak layak, apalah jasa saya?

” Bukan banyak jasa pun saya dengan negara. Saya kata saya ada anak, kalau anak kahwin saya dapat cucu, automatik jadi Dato. Mereka ketawa.”

Saari seorang komposer yang pernah menjadi guru vokal kepada pelakon dan penyanyi Andy Lau di Hong Kong. Bagaimanapun katanya, beliau berkarya bukan kerana nama dan tidak mengejar gelaran.

” Saya tak perlu benda itu, cukuplah orang kenal saya. Lagipun saya suka lepak di mana-mana, di kedai mamak, kedai minum. Mesti orang akan fikir apalah Dato ni, hari-hari lepak sini,” katanya lagi.

Selama 30 tahun mencipta lagu dan menerbitkan album, Saari berjaya menghasilkan sekitar 500 buah lagu yang masih diminati sehingga kini dan sering diperdengarkan di corong radio.

Ketika bekerja dengan syarikat rakaman antarabangsa BMG Music pada tahun 1991 sebagai pekerja stor sahaja dan dinaikkan pangkat menjadi pengurus, beliau berkesempatan menghasilkan lagu-lagu berjudul Duri Terlindung dan Aku Takkan Bersuara nyanyian Nike Ardilla.

Pernah terpaksa mengemis di Chow Kit, sekolah sampai darjah 6 saja

Siapa sangka lagu itu telah berjaya mengangkat nama Saari di Indonesia kerana menjadi hits dalam sekelip mata di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

” Mengenangkan kembali zaman susah dulu, saya memang sedih.

” Pernah satu tahap, saya terpaksa mengemis, meminta makanan di kawasan Jalan Chow Kit semata-mata untuk meneruskan hidup. Mujurlah ada yang bersimpati.

” Puas mencuba, akhirnya Tuhan membuka pintu rezeki saya apabila lagu saya diterima oleh syarikat rakaman NSR.

” Saya jenis tak malu menjaja lagu saya ketika di BMG. Pernah bila lagu Ziana Zain dan Shima meletup, penyanyi Ella telefon saya. Saya bagi lagu Sembilu.

” Saya tak sekolah pun, Darjah 6 saja. Dari gaji RM1,000 naik RM5,000 waktu itu,” kongsi komposer tersebut.

Kami risik lagi isi hatinya, mengapa beliau menolak gelaran Dato untuk kali kedua. Ini jawapan komposer berusia 54 tahun itu dengan perlahan:

” Gelaran itu terlalu tinggilah dan saya banyak melihat kawan-kawan yang ada gelaran Dato, lain karektor dia, cakap berlagak. Watak dan percakapan pun lain dan ada dah tak boleh jumpa lagi.

” Saya bukan orang macam itu nak kena jaga imej bila dapat gelaran, nak lepak pun orang akan bercakap.

” Saya lebih suka macam ini seperti orang biasa. Saya selalu jumpa mereka dulu minum-minum tapi sejak pakai gelaran terus hilang, tak telefon (saya).“

Duduk di kedai-kedai biasa sememangnya sebahagian jiwanya sebagai budak kampung yang pernah susah sehingga terpaksa merantau ke Singapura menjadi buruh kasar. Beliau malah mengaku menjadi “budak selekeh Chow Kit.”

” Memanglah, ada mereka sanggup bayar untuk dapat gelaran, puluh ribu atau beratus ribu. Itu biasa, saya lebih seronok macam ini biarlah jadi macam P. Ramlee.

” Bila ada orang langsung tak peduli, bila dah tidak ada barulah kelam-kabut orang beri dia macam-macam anugerah,” Saari menambah komen.

Dedah rahsia nama Amri

Tentu ramai yang ingin tahu, dari mana datangnya Amri yang diletakkan pada penghujung namanya itu. Dedah Saari, ada maksud tersendiri di sebalik penghasilan nama itu.

” Selepas mak dan ayah berpisah, saya dibesarkan oleh emak. Dialah yang banyak berkorban untuk saya.

” Pada mulanya saya letak nama saya sebagai Saari AM yang bermaksud Saari anak mak.

” Bagaimanapun, untuk menyedapkan lagi nama itu, kawan-kawan mencadangkan supaya ia dipanjangkan menjadi Amri. Lagipun bunyinya lebih sedap,” katanya.

Sementara itu, kelibatnya yang jarang kelihatan di kaca televisyen membuatkan ramai yang menyangka Saari kini dipinggirkan berikutan dirinya sudah tidak lagi relevan kepada industri.

Saat diajukan pertanyaan berkenaan kepada si empunya diri, Saari menepis dkwaan tidak berasas itu.

” Sejujurnya, saya masih aktif mencipta lagu. Terbaru, saya ada menerbitkan album baharu penyanyi, Aris Ariwatan dan single untuk mereka yang berminat menjadi penyanyi.

” Selain itu, saya juga sering mendapat undangan untuk menjadi juri pertandingan nyanyian. Pernah juga saya ditawarkan untuk menjadi juri tetap program realiti.

” Bagaimanapun, saya terpaksa menolaknya kerana pernah berlaku sebelum ini, peserta yang saya pilih dan dirasakan layak untuk menang digagalkan kerana produksi mahu peserta lain, atas pelbagai alasan.

” Perkara seperti inilah yang membuatkan saya tawar hati untuk menerima sebarang undangan. Lebih selesa duduk di belakang tabir sahaja,” kata Saari yang pernah mencuba nasib menjadi penyanyi bersama kumpulan Ways ini.

Gambar: Anak Saari Amri, Amri Farizuan Saari turut mewarisi bakat luar biasa bapanya.

Duit royalti dalam RM200 ribu setahun

Banyak menghabiskan masanya di rumah dan sesekali di pejabat, Saari bersyukur kerana segala kerja keras ketika namanya berada di puncak banyak membantunya untuk meneruskan kehidupan.

” Terus-terang, duit royalti yang saya dapat saban tahun itulah yang digunakan untuk menampung kehidupan dan membesarkan anak-anak yang masih belajar. Bak kata orang, masa untuk menuai hasil selepas bercucuk tanam.

” Selama 30 tahun dalam industri, saya ada 600 lagu yang sudah berada di pasaran dan lagu popular saya bersilih ganti muncul di dunia muzik.

” Ini berbeza dengan komposer sekarang yang ada sebuah lagu popular, lepas itu senyap. Apapun, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Lebih tenang dan santai.

” Royalti dari lagu-lagu itu cukup untuk menampung saya. Setahun adalah RM200 ribu. Itulah I tukar kereta setiap tahun. Mercedes dan lain-lain.

” Orang hairan I tak bekerja tapi kereta bertukar-tukar. I cuma kata dulu I bekerja kuat, now I nak rilek saja.”

Mengulas mengenai kerja muziknya sekarang pula, Saari memberitahu bahawa beliau hanya menanti masa yang sesuai untuk merakam dan menerbitkan lagu untuk anak lelakinya yang kini berusia 17 tahun.

Jika anda rindukan koleksi lagu-lagu hits yang pernah dihasilkannya, anda boleh menikmatinya dari saluran Saari Amri Official di YouTube.

Sumber:mediacorp.sg dan mynewshub.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published.