Hiburan

“Takut ada buaya ke..”Nora Danish risau suami turun padang bantu mngsa b4njir, sekali tindakan Boss Ned buat dia kena kec4m

Banjir yang melanda sekitar Selangor sejak beberapa hari ini sememangnya menakutkan apabila ramai yang terperangkap dirumah masing-masing susulan air naik dengan cepat.

Ada yang terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah dan menanti bantuan dari pihak penyelamat.

Melihat perkongsian-perkongsian di media sosial, masih ramai yang belum menerima bantuan walaupun banjir sudah 3 hari berlaku.

Sama2 turun padang bantu mangsa banjir

Menerusi perkongsian suami kepada pelakon cantik, Nora Danish iaitu Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned di Instagramnya, beliau dan team telah bergerak ke Taman Sri Muda, Shah Alam untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Dua hari sangkut dalam banjir

Apa yang menyebakkan adalah ketika operasi tersebut, beliau telah menyelamatkan dua orang bayi yang sudah dua hari terperangkap di dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain.

Hal tersebut juga dikongsikan di Instagram radio Hot FM dan mendapat perhatian ramai.

“Antara mngsa yang dapat diselamatkan oleh team @boss_ned awal pagi tadi, ada bayi & dilaporkan dah 2 hari keluarga ini tiada bekalan makanan”

Warganet yang melihat kondisi mangsa banjir terutamanya bayi yang baru diselamatkan itu nyata berasa sangat sebak kerana tidak tahu apa yang akan berlaku andai bantuan untuk mereka lambat tiba dan air banjir semakin naik dan boleh menenggelamkan kawasan rumah mereka.

Terima kasih bro & team!

Tindakan murni yang dilakukan oleh Boss Ned dan semua pihak yang sama-sama membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap ini telah mendapat pujian ramai dan masing-masing mengucapkan ribuan terima kasih diatas khidmat bakti tersebut.

“Kami Bukan GRAB”

Dalam perkembangan lain, Nedim meluahkan perasaan kecewa di twitter kerana berdepan dengan segelintir mgsa banjir yang tak mahu di bantu.

“Sangat kecewa , kami masuk ada yang tak nak di bantu , tapi demand nak selimut , gula etc .. sedara kami datang nak kluar kan org bukan jadi GRAB .”

Namun tweet tersebut nyata menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak

“Aku lg kecewa kau cakap selimut, gula tu demand. Basic necessities post-banjir. Lainkali dtg masa first day bencana tau. Bukan masa dah deploy bermcm aset, bermacam volunteers dh turun. Ok? Byk tempat lagi perlukan evacuation. Gerak jelah pegi tempat lain: tulis seorang netizan

“Kuat Sangat Mandi Buih”

Nora Danish Suka “Belanja”, Pensyarah Fiqh Fatwa Bagi Satu Nasihat Padu

Terdahulu, aksi Nora Danish main buih bersama suami menarik perhatian ramai sehingga mendapat teguran dari ramai asatizah

Nampaknya, nama pelakon Nora Danish tidak lekang daripada menjadi bualan warganet di platform media sosial.

Selepas ditegur gaya pemakaiannya ketika mendaki Bukit Dinding, terbaru foto kontroversi bersama suaminya, Nedim Nazri mengundang perhatian ramai.

Pensyarah Fiqh Fatwa Bagi Satu Nasihat Padu

Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi hantaran di Facebook berkata, pasangan suami isteri itu tidak sepatutnya berkongsi gambar itu kerana ia dilarang dalam agama.

“Kebahagiaan kita tidak perlu untuk diuar-uarkan dengan perkara maksiat apatah lagi ia dilarang dalam agama.

“Allah SWT berduka sekiranya hambanya membuka aib dirinya sendiri serta membangga-banggakan dengan perkara yang dilarang dan dilaknat,” katanya.

Katanya, beliau turut mengingatkan kepada semua bahawa umat Islam tidak terlepas daripada melakukan dosa, sentiasa perbanyakkan taubat dan memohon keampunan Allah SWT.

Mohd. Izhar berkata, umat Islam juga digalakkan memohon kemaafan sesama manusia dan saling menutup aib serta menjaga kehormatan sesama kita.

“Nabi SAW berpesan: “Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat”,” katanya.

Sebelum ini, gambar aksi main buih Nora Danish bersama suami di dalam tab mandi di sebuah hotel mengundang kecaman netizen.

Lima foto yang dikongsi di Instagram dan Facebook itu dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi.

Sumber: Instagram Boss Ned, hotfm976

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.