Hiburan

“Tolong jangan sebut nama Neelofa, saya tak suka dia” Pu Rizz bagi pick up line buat ramai berdekah

Minggu suku akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 malam tadi menyaksikan tiada penyingkiran berlaku sekaligus melayakkan semua kumpulan pusingan seterusnya.

Menerusi dua persembahan malam tadi, Kumpulan Tobat merupakan peserta paling menyerlah apabila berada di tempat pertama dan memperoleh Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Kumpulan Tobat juga telah menerima standing ovation pertama daripada juri, Noh Salleh dan memperoleh 5 Ha.

“Malam ni Tobat memang stand out all the way dan hari ni memang dorang dasyat semacam. Persembahan mereka seimbang,” katanya sambil menekan butang Ha.

Persembahan kedua pula adalah bersama artis jemputan. Menyaksikan Kumpulan Tobat berjaya menarik perhatian penonton sekali lagi apabila menampilkan PU Riz sebagai tetamu jemputan.

Di awal persembahan kedua itu, kemunculan PU Riz di sangka sebagai AJK msjid bersama Ropie berpakaian jubah lengkap berkopiah untuk mengira duit tabung msjid. Namun kemudiannya kemunculan Ajak dan Bell sebagai AJK sebenar msjid menjadikan plot twist persembahan kumpulan tersebut menjadi lebih menarik kerana memasukkan elemen yang diluar jangkaan penonton.

Ajak berkata bahawa kebanyakkan hasil sumbangan bagi msjid tersebut adalah sumbangan seorang selebriti yang bernama Neelofa. Apabila mendengarkan nama Neelofa, PU Riz kemudiannya berkata bahawa beliau tidak menyukai individu berkenaan.

“Saya tak suka dia”-Pu Riz

Reaksi PU Riz itu juga mengundang tanda tanya dan membuatkan penonton ternantikan apa yang cuba disampaikan oleh PU Riz. Bagaimanapun, apabila ditanya oleh Ajak mengapa PU Riz tidak menyukai Neelofa, PU Riz kemudiannya menjawab mengapa perlu suka sekiranya boleh mencintai.

Jawapan PU Riz yang memberikan pickup line itu telah mendapat sorakan gemuruh para penonton. Apatah lagi ketika memberikan pickup line, PU Riz secara spontan telah menutup wajahnya dengan tangan kerana malu dan ingin menyorokkan pipi yang kelihatan merah padam.

Menjengah keruangan komen, para penonton rata- ratanya terhibur dengan persembahan kumpulan Tobat yang menampilkan PU Riz sebagai tetamu undangan itu. Berikut dikongsikan komen-komen para peminat Neelofa dan juga warganet.

Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 8 (Suku Akhir)

Peringkat suku akhir Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung malam tadi meletakkan kumpulan Otai sebagai peserta yang berada di kedudukan paling bawah.
Berkonsepkan ‘Artis Jemputan Bertemakan Moral’ dan ‘Minggu Tema KFC – Pesta Keraian’, para bintang komedi pertandingan ini ditugaskan untuk mementaskan dua pusingan persembahan sketsa.

Kumpulan Tobat yang disertai Bell Ngasri, Ropie dan Ajak Shiro meraih markah tertinggi daripada juri, sekaligus dinobatkan sebagai pemenang kategori Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi dengan ganjaran wang tunai berjumlah RM1000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Persaingan pentas komedi popular itu turut dibarisi oleh kumpulan Tiro, Boro, Puteh dan Bahye.

Para peserta yang masih bertahan dihakimi oleh juri profesional tetap, Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose, bersama juri misteri yang dipanggil ‘Sang Bara’.

Bahagian pemarkahan adalah berdasarkan 70% daripada juri profesional dan 30% mewakili undian online.

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Suku Akhir – Minggu Kelapan

1. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) – 68.47%

2. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) – 65.92%

3. Boro (Achey, Atu, Fad) – 62.38%

4. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) – 60.27%

5. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) – 54.59%

6. Otai (Azlee, Ieda Moin, Acong) – 46.58%

Kesemua peserta menarik nafas lega apabila tiada bintang yang diumum tersingkir di penghujung episod.

Sementara tema peringkat separuh akhir yang menanti mereka pada minggu hadapan adalah ‘Entiti Props – Konti Radio’ (sketsa yang menggunakan konti radio) dan ‘Bersama Artis Jemputan Bertemakan Hobi’ (artis jemputan terdiri daripada pelawak, pelakon komedi atau artis yang berkaitan dunia lawak).

Siaran langsung MLM 2021 yang merupakan tayangan eksklusif saluran Astro Warna (CH 107) menemui penonton setiap hari Jumaat, pukul 9 malam bermula 15 Oktober 2021.

Menerusi online, strim di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Leave a Reply

Your email address will not be published.