Hiburan

Walapun ‘Kecil Hati’ Tak Dijemput Raikan Kejayaan KL City, Shahidan Kassim buat satu pengumuman yg mengembirakan warga kota

PETALING JAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim meluahkan kekecewaannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau memuat naik sebuah kapsyen menyatakan perasaan kecewanya apabila kehadiran beliau seakan tidak disedari oleh pihak penganjur.

“Semalam saya hadir perlawanan bola sepak Kuala Lumpur City (KL City) lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi pengacara tidak jemput saya turun ke padang malah tidak juga menyebut nama saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shahidan turut mengucapkan tahniah kepada pasukan KL City di atas kemenangan sulung mereka selepas 32 tahun.

Namun begitu, menerusi hantaran berbeza, Shahidan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjemput pemain KL City untuk diberikan saguhati bagi menghargai usaha mereka.

“Pemain-pemain KL City akan mendapat hadiah nanti, saya akan jemput mereka tidak lama lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, kemenangan pasukan KL City meraikan piala malam tadi turut disertai oleh Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Annuar Musa bersama Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad.

Wilayah Persekutuan cuti Jumaat ini

Jumaat depan (3 Disember) diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan, susulan kejayaan pasukan KL City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia semalam.

Berita baik itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dalam satu sidang media yang disiarkan di Facebooknya.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada 1989.

“Justeru adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat 3 Disember 2021, diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.

“Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Wilayah Persekutuan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.