Entertainment

“Walaupun saya di KL, hati saya ada di Lipis” Pahang pula banjir, Siti Nurhaliza kongsi keadaan terkini buat dia rasa bimbang nasib orang kampung

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terkesan dengan paparan berita berkenaan musibah banjir yang berlaku di Kuala Lipis, Pahang.

Siti atau sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, memberitahu walaupun dia kini berada di Kuala Lumpur, namun hatinya tetap memikirkan nasib penduduk di kampung halamannya itu.

Siti dan pasukannya sedaya upayu cuba untuk membantu mangsa banjir di Kuala Lipis, Pahang.

“Keadaan di Kuala Lipis, Pahang. Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, Januari lalu juga keadaannya begini.

“Keadaan jalan untuk pulang juga menyukarkan team saya untuk ke sana tetapi apa yang penting adalah, kami sedaya mampu akan membantu.

“Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak-anak saya juga tidak berapa sihat, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis,” tulisnya di Instagram.

Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.

Sementara itu, sekolah Siti juga merupakan salah satu kawasan yang terjejas akibat daripada banjir yang melanda negeri tersebut.
Beliau turut memohon doa agar semua yang dilanda musibah banjir diberikan kekuatan untuk sama-sama mengharungi dugaan ini.

“Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.

Siti bersama suaminya Datuk K turun padang meredah banjir bagi mengulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan lembah Klang.

“Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini. Saya doakan agar kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan,” katanya.

Sebelum ini, pada Ahad, Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K turun padang meredah banjir di beberapa kawasan sekitar lembah Klang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.