Hiburan

Wanita ni tiba2 cari Abg Viva, rupany ada benda dia nak bagi

ABANG Viva viral, Azwan Omar, 29, yang sudah sampai ke Pahang dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu, sempat menitipkan pesan kepada mereka yang berkemampuan untuk turut sama-sama membantu.

Dia umpama “selebriti”, kini mula mendapat perhatian penduduk Pahang selepas sampai ke negeri itu petang tadi.

Menerusi video yang dikongsi warga TikTok @dauskerepek540, kelibat Azwan dikesan berada di Temerloh Jaya, selepas berhenti berehat sebentar di tepi jalan.

Menerusi video yang dikongsi, Azwan dilihat ceria disapa orang ramai selepas viral ketika menghulurkan bantuan kepada penduduk Selangor beberapa hari lalu yang ditimpa musibah banjir besar.

“Dapat jumpa juga abang viral geng, terima kasih abang sebab sudi bergambar dengan saya,” ungkap @dauskerepek540 dalam video pendek yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu.

Sebelum itu pemilik akaun TikTok tersebut turut “LIVE” di platform TikToknya, dan ramai orang yang lalu Lalang di kawasan tersebut dilihat mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Azwan di atas keringatnya ketika berada di Selangor.

UtusanTV sebelum itu melaporkan, hanya berbekalkan RM50 dalam poketnya dan menggunakan kereta Perodua Viva untuk membawa sebuah bot, Azwan, tidak menunggu lama bergerak dari Melaka ke Shah Alam bagi menghulurkan bantuan.

Sejak tiba di Selangor, Sabtu lalu, Azwan hanya sempat mengalas perut dengan roti dan air serta tidur dalam bot atau kereta sahaja.

Namun semua itu bukan penghalang bagi insan berhati mulia ini untuk terus berusaha keras memberikan bantuan.

Usahawan mahu hadiahkan kereta kepada ‘Abang Viva’


Menerusi satu posting di laman Facebook, usahawan berusia 25 tahun tersebut memohon bantuan warganet selepas dirinya gagal menghubungi Azwan yang dipercayai sedang sibuk menjayakan misi di sekitar Pahang.

Seorang usahawan produk kosmetik, Sha Hasan menyatakan hasrat bagi menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada lelaki yang tular selepas menyelamatkan mangsa banjir, Azwan Omar atau ‘Abang Viva’.

Sha berkata, inisiatif tersebut sekali gus dapat memudahkan niat murni lelaki dari Melaka itu dalam membantu lebih ramai mangsa terjejas termasuk sebarang situasi di masa akan datang.

Posting berkenaan dikongsi sebanyak 1,000 kali serta ratusan komen netizen yang menyambut baik hasrat ibu kepada seorang cahaya mata itu selain mendoakan Sha dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

Rupanya Usahawan Wanita Ini Bukan Biasa Biasa

Bergelar jutawan pada usia 19 tahun, Sha Hasan mengaku hanya bermodalkan RM 250 memulakan perniagaan kosmetik sekitar empat tahun dahulu.

“ Saya berniaga macam-macam sebelum ini dengan modal yang saya pinjam dengan kakak, saya berjaya membina empayar Shalicious Sdn Bhd.

“ Tamat persekolahan saya mula berniaga antaranya buah mangga, jeruks asam boi seterusnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik,” katanya kepada XTRA.

Selepas setahun aktif berniaga produk makanan, Sha berjaya mengumpul modal memulakan perniagaan kosmetik Shalicious.

“ Mula-mula berniaga kosmetik, memang ‘sendu’ jugalah memandangkan pengikut saya di Instagram hanya 2000 orang pada waktu itu.

“ Saya bekerja keras untuk bergelar selebriti di media sosial sekaligus melonjakkan perniagaan saya hingga ke tahap.

“ Dalam masa setahun, saya berjaya menjana RM1 juta ringgit dengan kos RM40,000 kos permulaan,” katanya.

Sha Hasan yang sudah berkahwin turut menasihatkan agar anak muda yang berminat menceburkan diri dalam dunia perniagaan tidak cepat mengalah.

Sumber : Paji Sohorr / XTRA / Utusan TV

Leave a Reply

Your email address will not be published.