Uncategorized

Azwan Ali masuk ICU, Puncanya Didedahkan

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon sensasi bermulut lantang, Azwan Ali terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi Twitter berharap, kesihatannya kembali pulih dan peminat tidak perlu risau.

“Diva AA kini dimasukkan ke Hospital Pantai kerana keracunan makanan! Jangan risau! Semoga cepat sembuh,” tulisnya sambil berkongsikan sekeping foto yang memaparkan tangannya dimasukkan drip air.

Menjengah ruangan komen, hantaran bekas pengacara Lagu Cinta Kita itu dibanjiri dengan komen pengikut yang mendoakan agar Azwan diberikan kesembuhan seperti sediakala.

“Syafakallah Diva AA. Semoga diberikan kesembuhan dan segera sembuh.

“Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikembalikan kesihatan seperti sediakala oleh Allah,” tulis netizen.

Dalam pada itu, ada juga komen-komen nista dilemparkan pengikut kepada Azwan.

“Baguslah masuk hospital. Lama sikit pun tak apa. Aman dunia. Itu baru keracunan makanan, belum lain-lain,” tulis mereka.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati Azwan telah pun dibenarkan keluar daripada wad semalam dan sudah kembali bekerja serta aktif seperti biasa.

Dalam pada itu reaksi dari netizan ada yang bercampur baur di sebabkan mukut laser Diva AA

“Tengok sebab mulut badan binasa,tak ramai ingin mendoakan kita ,moga² dapat hidayah bila baik nanti” komen seorang netizan

Leave a Reply

Your email address will not be published.