Uncategorized

“Bukan Parking Kereta” Punca Sebenar Lelaki Ini M4ki Hamun Penguatkuasa MPKS Didedahkan

Seperti yang kita tahu, tugas penguatkuasa adalah dengan memastikan masyarakat mematuhi undang-undang yang telah diperuntukan di kawasan pentadbiran

Mereka ini perlu menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang sedia ada sentiasa dilaksanakan dan dipatuhi bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan komuniti yang disiplin, aman dan selamat.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) kesal dengan tindakan seorang individu
yang melakukan provokasi dan ancaman kepada seorang anggota Penguatkuasa MPKS yang sedang menjalankan tugas di Saujana Utama.

MPKS menerusi sebuah kenyataan berkata, individu tersebut tidak berpuas hati dikenakan kompaun atas kesalahan meletakkan motorsikal di petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Kejadian tersebut berlaku pada 4 Januari 2022, jam 9.45 pagi dan sewaktu kejadian anggota penguatkuasa tersebut sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di Jalan Bidara 6/2, Saujana Utama.

“Secara tiba-tiba, individu tersebut telah menghampiri anggota penguatkuasa dan mengeluarkan kata-kata kesat dan ancaman,” menurut kenyataan terbabit.

MPKS berkata, anggota Penguatkuasa tersebut telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Saujana Utama terhadap individu terbabit berikutan kejadian ugutan dan menghalang tugas penjawat awam.

Dalam masa yang sama, MPKS turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada anggota penguatkuasa tersebut yang menjalankan tugas secara pofesional dan tidak ambil peduli terhadap provokasi-provokasi yang dihadapi semasa menjalankan tugas.

Pihak Majlis turut mengharapkan agar kejadian ini dijadikan sebagai iktibar dan jika mana-mana pihak yang dikenakan kompaun parkir tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membuat aduan secara terus kepada MPKS.

Terdahulu potongan video tular tersebut telah mengundang kecaman orang ramai terhadap lelaki tersebut yang dianggap terlalu biadab.

Warganet bagaimanapun memuji Penguatkuasa MPKS kerana terus bersabar dan komited menjalan tugas walaupun menerima provokasi dan ancaman.

Lelaki provok, ancam penguat kuasa ditahan

Sungai Buloh: Tidak puas hati dikompaun kerana meletak kenderaan di parkir orang kurang upaya (OKU), seorang lelaki melakukan provokasi terhadap penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, tindakan tidak beradab lelaki berusia 30 tahun itu hanya mengundang padah apabila dia ditahan polis, beberapa jam selepas laporan dibuat pada 9.49 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, suspek ditahan di pekarangan stesen minyak di Jalan Bidara 6/3 Saujana Utama, di sini kira-kira 10 malam untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang anggota penguat kuasa MPKS berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Jalan Bidara 6/2 Saujana Utama, di sini pada Selasa lalu.

“Terdapat rakaman video tular di media sosial membabitkan anggota berkenaan yang sedang menjalankan tugas menyaman kenderaan menyalahi undang-undang di lokasi terbabit, telah diprovokasi oleh seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, MPKS memaklumkan pihaknya kesal dengan tindakan individu itu yang disifatkan ancaman kepada anggota penguat kuasa yang bertugas.

“Kejadian itu berlaku pada 9.45 pagi, 4 Januari lalu dan ketika kejadian penguat kuasa terbabit sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di lokasi itu.

“Individu terbabit menghampiri penguat kuasa secara tiba-tiba dan mengeluarkan kata-kata kesat serta ancaman kerana tidak berpuas hati dikenakan kompaun atas kesalahan meletakkan motosikal di petak parkir OKU,” menurut MPKS dalam kenyataan.

MPKS memaklumkan anggota terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama kerana individu itu menghalang tugas penjawat awam dan melakukan ugutan.

“Pada masa sama, MPKS turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada penguat kuasa berkenaan yang menjalankan tugas secara profesional.

“Kami mengharapkan supaya kejadian ini dijadikan sebagai iktibar dan jika mana-mana pihak yang dikenakan kompaun tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membuat aduan secara terus kepada MPKS,” katanya.

sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.