Amalan

Dakwaan sebab d0s penggalak, Anak tampil beritahu punc4 sebenar Shebby meningg4l dunia

KEMATIAN bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh disebabkan ser4ngan j4ntung dan tiada kaitan dengan dos penggalak C0vid-19 yang diambil mendiang lima hari sebelum meningg4l dunia.

Perkara itu dijelaskan oleh anak lelaki mendiang bagi mengulas spekul4si di media sosial.

Anak lelaki mendiang, Sonuljit Singh, 32, berkata, dakwaan pengguna media sosial mengenai punca kematian bapanya yang lebih dikenali sebagai Shebby kerana pengambilan v4ksin sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Beliau mengambil dos penggalak pada 7 Januari dan meningg4l dunia lima hari selepas itu seperti mana anda tahu. Kami tidak mengetahui jenis v4ksin penggalak diambilnya kerana data MySejahtera mendiang belum dikemaskini.

“Namun, doktor memaklumkan kepada kami punca kem4tiannya 99 peratus disebabkan ser4ngan j4ntung dengan bed4h siasat menunjukkan tiga saluran arteri koronari tersumbat 90-100 peratus.

“Semua organ penting berfungsi dengan baik dan tidak menunjukkan sebarang reaksi alahan,” katanya dipetik sebagai berkata, dalam laporan portal Free Malaysia Today pada Sabtu.

Shebby, 61, dilaporkan meningg4l dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal, pada Rabu.

Dilaporkan, mesej yang tular mendakwa Shebby maut dua hari selepas mengambil dos penggalak yang memetik sumber bahawa mendiang kelihatan lesu selepas mengambil dos penggalak.

Sonuljit berkata, doktor memaklumkan bahawa bapanya mengalami mas4lah fibrosis j4ntung dan kemungkinan besar mengalami serangan jantung tanpa disedari pada masa lalu, berdasarkan saluran j4ntungnya yang teruk tersumbat.

Menurutnya, bapa, adik beradik dan ramai saudara mendiang berisik0 tinggi mengalami ser4ngan j4ntung.

“Sejarah (kesihatan) keluarga bapa saya tidak baik. J4ntungnya pada bila-bila masa boleh gagal berfungsi dan kematiannya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pengambilan dos penggalak,” kata Sonuljit.

Katanya, Shebby juga menghidap kencing manis dua tahun lalu, dengan peningkatan paras gula ketara. Namun dengan mengamalkan disiplin tinggi, mendiang berjaya menurunkan paras gulanya ke tahap terkawal, tanpa pengambilan ubat.

Sehubungan itu, Sonuljit berharap orang ramai menghormati mendiang dan keluarganya, dengan tidak menularkan maklumat tidak sahih. – The Star

Isteri, Harbans Kaur membuat penghormatan terakhir pemergian mendiang suaminya yang merupakan bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali Shebby Singh sebelum upacara pembakaran mayat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shamshan Bhoomi Hall, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2022.

‘Kita Bukan Sahaja Gagal, Tapi Hancur’ – Komentar Terakhir Shebby

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih mesra disapa Shebby meninggal dunia pada petang Rabu, selepas mengalami serangan jantung ketika berbasikal.

Kematian mendiang nyata mengejutkan arena bolasepak tanah air apatah lagi beliau cukup aktif berkongsi pandangan mengenai prestasi semasa Harimau Malaya malah antara yang cukup lantang menegur kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta pengurusan pasukan kebangsaan susulan prestasi buruk ditunjukkan di Piala AFF Suzuki 2020 pada bulan lalu.

Baru sahaja dua hari lepas Shebby menasihatkan FAM supaya tidak terburu-buru melantik jurulatih luar dari sistem untuk menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan, sambil mencadangkan agar Brad Maloney dilantik sebagai pengendali sementara.

“Buat masa sekarang ini kita memang tak ada pasukan, selepas Piala AFF 2020 siapa yang boleh digelar pemain kebangsaan akibat kegagalan begitu teruk?

“Kegagalan itu bukan kata merosot, boleh dikatakan hancur. Biar 2022 ini tenangkan dulu situasi. Untuk Piala Asia (2023), kalau layak baguslah, kalau tak layak jangan huru-hara sebab keadaan bola sepak kita sekarang ini sudah huru-hara.

“Jadi, untuk menenangkan segalanya, kita jangan terlampau melenting nak ambil (jurulatih) ini nak ambil itu. Tahun 2022 ini untuk FAM ambil masa memikirkan siapa calon terbaik pada 2023. Jangan kelam kabut, tiada apa yang akan berubah.

“Kalau ambil (jurulatih) dari luar sistem nanti pasukan akan balik kepada asal dan kita tak banyak masa untuk buat persiapan bagi kelayakan Piala Asia.

“Jangan buat keputusan terburu-buru, apa yang kita ada pakai dulu. Dia (Maloney) pun bawa skuad B-22, jadi kita kena fikir jangka masa panjang. Pemain B-22 ini nanti akan menjadi pasukan senior dan kesinambungan itu amat penting.

“Jelas pasukan Vietnam berjaya kerana sistem itu dengan membawa pemain B-23 hingga ke peringkat senior dan pasukan Thailand semasa Kiatisuk Senamuang bawa, pasukan B-23 mereka dibimbing hingga jadi pasukan kebangsaan.

“Jika pasukan B-22 yang sedia ada dicampur dengan pemain senior yang masih berkeupayaan seperti Safawi dan Luqman, saya rasa itulah cara terbaik. Biar pasukan B-22 jadi tulang belakang, sebab nak bentuk semula pasukan bukan senang,” katanya kepada BH Sukan namun siapa sangka, ia akan menjadi komentar terakhirnya mengenai pasukan kebangsaan.

Ketika era gemilangnya, Shebby dikenali sebagai seorang pemain pertahanan kental sepanjang kerjaya bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan sebelum mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997.

Selaku tonggak Kuala Lumpur, Shebby muncul juara liga 1986, 1987, 1988 dan 1989; juara Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989; juara Piala FA pada 1993 dan 1994 serta membantu skuad negara mengutip pingat emas Sukan SEA pada 1989 dan gangsa pada Sukan SEA 1985.

Mula menyarung jersi negara dalam kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982, Shebby mengumpul 61 caps sehingga persaraannya selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.

Selain menjadi penasihat global Blackburn Rovers pada 2012-2013, Shebby juga pernah menjadi penasihat rancangan realiti, MyTeam serta Telekom Melaka FC dan turut mencipta nama sebagai penganalisis terkemuka.

Penyokong bolasepak tanah air pastinya akan merindui komentar dan kritikan-kritikan pedas Shebby, selamat berehat panjang legenda!

sumber: labola

Leave a Reply

Your email address will not be published.