Entertainment

“Dia Orang Biasa, Bukan Selebriti Atau VIP”- Akui Kini Sedang Mengenali Hati Seseorang, Mawar Mula Buka Cerita

Mawar Karim iaitu bekas isteri kepada Fizo Omar dikatakan sedang mengenali hati budi seseorang ketika ini. Sering diajukan soalan mengenai jodoh selepas Fizo Omar juga bertemu jodoh pada akhir tahun lepas.

Pun begitu, sambil berkongsi mengenai perkembangannya yang terkini, Mawar kata seseorang yang dimaksudkan itu hanyalah dari golongan biasa sahaja bukanlah selebriti atau VIP seperti yang diperkatakan.

Turut menjelaskan, selepas bercerai dengan Fizo, dia tidak ada berhubung dengan bekas suaminya itu selain hal berkaitan anak mereka iaitu Wan Maryam. Namun, dia berkata sebelum Fizo

mendirikan rumah tangga, bekas suaminya itu ada memberitahu sedang mengenali seseorang lantaran itu Mawar mengucapkan kepadanya selamat maju jaya.

Terdahulu, Mawar pernah mengeluarkan kenyataan kepada bakal isteri baharu Fizo supaya tidak menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’ kerana ia adalah khas untuk dirinya.

“Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam

seorang sebab dia begitu istimewa,” katanya.

Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam kini berusia empat tahun. Fizo kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Fazeera Nazri.

Netizen ‘Bantai’ Bekas Isteri, Fizo Omar; “Saya Maafkan Mawar, Dia Tetap Emak Kepada Anak Saya”

Pelakon Fizo Omar simpati atas nasib yang menimpa bekas isterinya, Mawar Karim yang dikecam teruk oleh netizen gara-gara berkongsi luahan hatinya mengenai anak mereka, Wan Maryam di Instagram.

Kata Fizo dia sudah memaafkan Mawar dan menghormati pandangannya berhubung salah faham itu.

“Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

“Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati.

“Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham,” katanya.

Justeru, Fizo memohon agar netizen berhenti mengecam dan menghukum bekas isterinya itu.

Terdahulu, Mawar tampil menyatakan perasaannya melihat keadaan anaknya, Wan Maryam yang didakwa bersendirian ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru bersama Fizo baru-baru ini. Foto berkenaan diperoleh Mawar daripada kiriman pengguna di media sosial.

Namun, Fizo tampil memaklumkan situasi berkenaan hanya salah faham dan secara tidak langsung telah mencalarkan hubungan baik mereka selama ini.

Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

sumber: astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.