Uncategorized

Ellie Suriaty terbuka hati cucuk vaksin, dia bagi tahu sebabnya. Rupanya ada kaitan dgn Suami

MENOLAK tanggapan ramai sebagai seorang anti vaksin, pelakon Ellie Suriaty yang dahulunya enggan menerima suntikan bahan pelali Covid-19 itu kini sudah lengkap vaksinasi sejak tahun lalu.

Aktres berusia 52 tahun itu mengakui sudah mengambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober manakala dos kedua pada November tahun lalu.

Ellie turut menegaskan pendiriannya sebelum ini yang enggan menerima suntikan tersebut bukan kerana anti vaksin sebaliknya hanya menyuarakan keraguan terhadap bahan pelali yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.

“Ya… saya sudah lengkap vaksinasi. Saya ambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober dan suntikan kedua pada November tahun lalu.

“Apa yang saya ingin jelaskan, saya bukan anti vaksin. Saya cuma persoalkan dan menyuarakan tentang vaksin Covid-19 yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.

elly1Ellie akur permintaan suami untuk ambil vaksin.

“Tak tepat panggil saya anti vaksin. Pada saya, tak salah untuk menyuarakan. Saya bercakap selepas membuat kajian. Saya tak main cakap saja. Tak ada siapa nak dijangkiti Covid-19.

“Masing-masing ada cara tersendiri untuk mencegah diri daripada wabak tersebut. Sepanjang saya tak ambil vaksin, tak kena pun jangkitan (Covid-19),” kata Ellie kepada mStar.

Ellie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Apa yang saya ingin jelaskan, saya bukan anti vaksin

Sebelum ini mStar melaporkan Ellie dan dua anak mereka yang berusia 17 serta 12 tahun enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Malah menerusi laporan mStar pada 28 September lalu, Ellie turut mendedahkan suaminya iaitu aktor Azri Iskandar sudah mengambil suntikan vaksin tanpa pengetahuannya demi tuntutan kerja.

Ellie Suriaty menghormati keputusan anak untuk tidak mahu di vaksin dan tiada unsur paksaan.

Dua anak Ellie dan Azri sebelum ini turut menyatakan pendirian enggan divaksin.

Dalam pada itu, Ellie memberitahu dia akur menerima suntikan tersebut selepas tempoh dua tahun yang diberikan oleh suaminya untuk menyuarakan tentang vaksin tersebut sudah tamat.

Malah Ellie menegaskan sebab utama dia terbuka untuk menerima suntikan kerana menghormati pendirian dan patuh kepada suaminya.

“Suami memberi tempoh kepada saya selama dua tahun untuk menyuarakan tentang vaksin Covid-19. Jadi, sudah tiba masanya untuk saya dan anak mengikut katanya.

“Jadi, sebab utama saya ambil suntikan vaksin kerana patuh pada suami. Selagi dia masih suami, saya kena dengar katanya dan hormatinya sebagai suami.

“Tapi saya ada cakap pada dia, apa-apa terjadi kepada saya dan anak kami, dia kena tanggung la,” ujarnya.

Ellie Suriaty beria2 t0lak v4ksin, sekali Azri Iskandar senyap-senyap pi cucuk

UMUM mengetahui pasangan pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar enggan menerima su.ntikan v4ksin C0vid-19 atas faktor keselamatan.

Namun demi tuntutan kerja, Azri, 53, rupa-rupanya sudah lengkap v4ksinasi tanpa pengetahuan Ellie yang juga seorang pengarah terkenal.

Bercerita tentang hal itu kepada mStar, Ellie, 51, yang lantang menolak v4ksin buat masa ini berkata dia terpaksa akur dengan tindakan suaminya itu.

“Azri dah v4ksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya.

“Pada saya… saya pun tak nak berg4duh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada berg4duh kat rumah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Azri Iskandar terkpaksa menerima v4ksin demi tuntutan kerja.

Sebelum ini mStar melaporkan selain Ellie dan Azri, dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun turut enggan menerima sun.tikan v4ksin C0vid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Mengulas lanjut tentang tindakan Azri, Ellie berkata dia rasional berkaitan hal itu kerana suaminya perlu keluar bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Tambahan pula sebagai pelakon, mereka perlu memenuhi syarat lengkap dua dos v4ksin sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana produksi.

“Dia tak happy dengan perkara ni (v4ksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah.

Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,

“Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya… tahu-tahu je dah dua v4ksin.

“Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,” katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang keputusan kerajaan yang belum berhasrat melarang pelajar enggan div4ksin daripada masuk ke sekolah untuk belajar secara bersemuka, Ellie berkata dia masih skeptikal tentang hal berkenaan.

“Mula-mula mereka kata memang tak ada paksaan untuk ambil v4ksin, tapi akan kaunseling ibu bapa.

“Jadi ini persepsi kerajaan mengatakan ibu bapa yang memberi tekanan kepada anak-anak untuk tidak div4ksin.

“Seolah-olah kita dituduh tidak menjaga kesihatan anak-anak. Anak-anak belong to their parents not belong to the government. Pada saya itu statement yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ellie akan buat keputusan untuk berhentikan anak-anak dari sekolah sekiranya masih dipaksa terima v4ksin.

Katanya lagi, sekiranya kerajaan masih enggan menghormati keputusan mereka, dia tidak teragak-agak untuk berhenti menghantar anak-anaknya ke sekolah.

“Walaupun dipanggil untuk kaunseling I would still say no. Harap kerajaan hormati keputusan ibu bapa.

“Anak-anak mengadu kawan-kawan pulaukan mereka, tapi tak apa la kena pulau… tak ada la sampai nak bermu.suh, its ok.

“Tapi I have to choose berhentikan anak sekolah, not going to school. Diskriminasi ni sangat buruk untuk mental,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.