Uncategorized

“Janji tetap janji. Team Sajat akan berkepak di Australia” Sajat Tanya Ada Yg Berminat Mahu Ke Australia, Kerja Yg Di Tawarkan Bukan Biasa2

Sejak kebelakangan ini, nama usahawan kontroversi Nur Sajat sering menjadi bualan masyarakat, terutamanya di media sosial.

Selain kisah berkaitan undang-undang yang dilihat masih belum selesai dan isu lelongan asetnya di Kuala Lumpur, Sajat turut menjadi bahan bualan selepas mengaku mahu membuka perniagaan di Australia.

Sungguhpun ramai yang tertanya-tanya tentang kesahihan perancangannya itu, namun Sajat akhirnya membuktikan bahawa cita-cita untuk membuka perniagaan di negara orang bakal menjadi kenyataan.

Menerusi kemaskini terbaharu di Instagram, Sajat berkongsi dokumen pendaftaran perniagaannya di sana

“Alhamduillah… Tunggu pembukaan Nur Sajat Legacy Cosmetics di Sydney. Janji tetap janji. Team Sajat akan berkepak di Australia.

“Sajat bersyukur sangat dengan team Sajat di Australia. Yang mana nak bekerja dengan Sajat, kamu dah bersedia nak berhijrah kerja di luar negara? Bulan 4 atau 5 Sajat akan buka perniagaan Sajat. Tunggu,” katanya sambil memberitahu akan berkongsi perkembangan terkini dari masa ke masa.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas kejayaan pembukaan perniagaan di bumi orang itu.

“Semangat Sajat tak semua orang ada. Pelbagai cemuhan dan kejian sampai dia lari menumpang negara orang. Tapi dia tetap buktikan dia boleh hidup dan bangkit semua dari bawah tanpa menjual diri.

“Memang salute sangat. Korang jangan cerita bab dosa dia. Itu antara dia dengan Allah. Saya komen bab semangat dia,” tulis seorang pengikut.

Dalam pada itu, menerusi balasan daripada pertanyaan pengikut yang lain, Sajat memberitahu yang perniagaan bengkung miliknya di Malaysia masih lagi berjalan seperti biasa.

Nur Sajat bakal muncul dalam The Ellen Show

KUALA LUMPUR: Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bakal muncul dalam program bual bicara terkemuka Hollywood, The Ellen Show.
Nur Sajat, 36, dijangka terbang ke Amerika Syarikat pada Januari depan sebagai memenuhi undangan program yang dikendalikan bintang Hollywood, Ellen DeGeneres.

Pengumuman dibuat Nur Sajat secara spontan menerusi akaun TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi video yang berdurasi 44 saat, Nur Sajat tampil tanpa solekan menjawab pertanyaan pengikut mengenai perancangan datang ke Singapura.

Deposit RM5,000 untuk sertai lelongan barang Sajat

“Saya akan ke AS pada Januari, kemudian barulah ke Singapura pada Februari, tahun depan.

“Saya diundang untuk temubual menerusi program bual bicara Hollywood, The Ellen Show. Saya juga sudah mula pandai bercakap orang putih. Jadi, saya akan terbang, terbang dan terbang, itulah kerja saya,” jawabnya sambil ketawa.

Usahawan transgender itu kini menetap di Australia sejak 18 Oktober lalu selepas mendapat suaka politik dan semalam, Nur Sajat ditemuramah BBC News.

Menerusi temubual bersama BBC, Nur Sajat menegaskan tidak akan pulang ke Malaysia ditindas dan tidak boleh menjadi diri sendiri.
Nur Sajat dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 6 Januari lalu atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jen4yah Syariah (Selangor) 1995 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion.

Nur Sajat dipercayai melarikan diri ke Thailand ketika negara sedang berada di bawah fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Mac lalu.

Penyanyi lagu Makhluk Pendosa itu kemudiannya terbang ke Australia pada Oktober lalu selepas ditahan Imigresen Thailand pada 9 September atas kesalahan memasuki negara berkenaan secara tidak sah.

Kemudiannya, Nur Sajat didakwa di mahkamah, namun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan RM8,343 yang dilakukan seorang warga tempatan.

Menerusi temubual bersama BBC, Nur Sajat menegaskan, tidak akan pulang ke Malaysia kerana berasakan dirinya ditindas dan tidak boleh menjadi diri sendiri.

“Saya tidak akan kembali ke Malaysia kerana tiada kedamaian. Apabila berada di Australia, saya lebih bebas sebagai transwoman,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.