Hiburan

‘Kami pun terkejut’ – Heliza Helmi mula buka mulut, komen perkahwinannya dengan Datuk Seri Mahadi

Kuala Lumpur: “Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama.”

Itu kata penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi mengenai perkahwinannya dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu.

Heliza, 36, atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi berkata, dia bersyukur atas aturan Allah SWT.

“Kun fayakun. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi. Maka dengan izin dan kekuasaan Allah SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan suami isteri.

“Allah Maha Besar. Tiada daya upaya kami melainkan Allah. Terlalu bersyukur atas segala yang Allah aturkan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Heliza turut berterima kasih kepada suaminya kerana sudi memperisterikannya.

“Terima kasih buat suami sudi memperisterikan diriku ini yang bukan siapa siapa,” katanya.

Terdahulu berita perkahwinan Heliza yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya mengejutkan ramai pihak.

Difahamkan, suami Heliza adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Heliza gagal sejak hari pertama dia bernikah.

Malah, pengurus yang bertanggungjawab berdasarkan nombor tertera di profil Instagram Heliza juga tidak memberikan kerjasama.

TANPA hebahan umum sama ada tentang cinta mahupun perancangan perkahwinan, Heliza Helmi kini bergelar Datin Seri apabila dinikahi oleh seorang jutawan berjanggut bernama Mahadi Badrul Zaman.

Kesederhanaan Heliza perlu menjadi contoh

PADA usia 35 tahun dan semestinya ditemani rasa tanggungjawab yang terus membuak-buak menebarkan syiar Islam, selebriti yang juga aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi akhirnya bertemu jodohnya.

Heliza atau nama sebenar­nya, Nur Heliza Helmi berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Sabtu lalu.

Barangkali, ramai yang ‘terkejut beruk’ berita tentang pernikahan Heliza dengan lelaki ber­kenaan disebarkan kepada umum.

Hal ini kerana, hubungan istimewa mereka tidak langsung dihidu orang ramai apatah lagi dicanang sendiri oleh kedua-dua mereka lewat laman media sosial masing-ma­sing.

Tiada drama percintaan, tiada majlis pertunangan, serba-serbi ringkas (walaupun si lelaki berstatus jutawan) dan semua dilanjutkan berpaksikan asas agama dan akhirnya, masa bersatulah dua jiwa dengan satu ikatan suci bernama perkahwinan.

Apa yang ditindak-tandukkan Heliza dan pasangan wajar diteladani orang Islam lain. Zaman sekarang, ramai orang beranggapan menayang kebahagiaan bersifat ‘pseudo’ dalam situasi bermewah-mewah, itulah konon­nya kejayaan yang dikejar. Beli sebatang pen bernilai RM70,000 pun dibikin drama sinetron dalam gelanggang media sosial.

Tertarik dengan pendapat yang dilontarkan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tentang peribadi Heliza yang bakatnya dahulunya dihidu daripada program realiti, Akademi Fantasia.

Menurut Asma’, ramai yang ramai yang kagum dengan sosok wanita bernama Heliza Helmi disebabkan kecekalan hatinya berdepan pelbagai dugaan dan kecaman dalam hidup demi menegakkan syiar Islam.

“Heliza Helmi, dia macam kalis penat, kecaman dan sindiran, dia terus sahaja melangkah tanpa mengutip batu yang dilontarkan, walau masih bujang (sebelum ini), langkahnya panjang.

“Heliza sentiasa dilihat tenang, kuat dan semangat kerana dia ada seorang ibu yang sangat hebat, yang selalu mendukung dan mendoakannya.

“Kuasa dorongan ibu dan ayah adalah satu anugerah buat anak yang terpilih. Namun, jika kita tidak memilikinya, Allah sentiasa ada untuk kita, pasti ada sesuatu yang akan mendorong kita jua,” katanya.

Selain menjadikan orang tua sebagai tempat rujukan, sema­kin usia lanjut dewasa, semakin wanita berkenaan cakna apa yang patut dijadikan keutamaan dalam kehidupan bergelar seorang muslimah.

Ujar Asma lagi, ada banyak perkara menarik dalam diri fi­gura berkenaan dan pernikahan yang baru sahaja dilangsungkan baru-baru ini.

“Pengantin tidak berinai atau sangat sedikit hingga tidak nampak inainya. Zaman sekarang, para pengantin wanita lain mula berinai hingga pergelangan ta­ngan, dilukis dengan ukiran dan bunga. Dia memilih sesuatu yang minimalis, namun sangat manis.

“Solekan wajah pula sangat semula jadi hingga seperti tidak bersolek. Pakaian, majlis dan pembawakan juga sederhana walaupun pasangan seorang jutawan.

“Tiada babak romantik yang ditonjolkan, sifat malu itu telah mengindahkan semuanya,” kata­nya.

Netizen idam majlis kahwin macam Heliza, Mahadi

MENGEJUTKAN ramai. Dua perkataan tersebut cukup menggambarkan perasaan dan reaksi khalayak apabila menerima berita si cantik Heliza Helmi mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Mana tidaknya, perkahwinan orang lain yang dinanti tetapi Heliza pula yang tiba-tiba menikah. Memang betul-betul kejutan tahun baru nampaknya.

Sehingga hari ini, cerita pernikahan mereka masih menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial sehingga ada yang mencemburui majlis perkahwinan yang disifatkan sungguh mendamaikan, indah dan mengikut syariat Islam.

“Masih tidak boleh nak move on, suka sangat lihat majlis kahwin mereka sambil berangan diri sendiri di tempat Heliza,” komen seorang netizen.

“Kenapa aku pula yang rasa beria, adakah jodoh aku ialah lelaki yang ada janggut panjang seperti ini?” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selepas ini mungkin akan ramai yang mengikut jejak langkah untuk mengadakan majlis kahwin sepertinya.

Terima kasih Heliza dan suami kerana memberi input dan aura positif daripada pernikahan anda. Selamat pengantin baharu!

MIZZ LAHAR: Manis bersemut ketika mendengar ucapan si suami kepada Heliza dalam sebuah video baru-baru ini. Adakah itu

Leave a Reply

Your email address will not be published.