Uncategorized

Kec0h duit pelanggan bank ‘hilang’ dlm tiga bank. Pihak CIMB jelaskan dimana ‘lokasi’ sebenar duit itu berada

Kuala Lumpur: CIMB Bank menyedari terdapat ralat dalam pemprosesan yang menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka.

Menerusi satu kenyataan hari ini, CIMB berkata, mereka sedang menghubungi pelanggan yang berkenaan.

“Ia bagi memastikan penyelesaian yang adil dan terurus.

“Pelanggan yang terjejas juga boleh menghubungi kami di 03 2295 6188 untuk penjelasan dan perbincangan lanjut,” kata CIMB, hari ini.

Terdahulu kecoh di media sosial netizen terutama pelanggan CIMB bahawa bank itu sedang bermasalah yang didakwa turut menahan wang pelanggan daripada dikeluarkan.

Antaranya pemilik akaun Facebook (FB) Ria Tajudin yang membuat hantaran seperti berikut: “Semua orang complain dekat link ni https://www.cimb.com.my/…/forms-enq/support/feedback.html

“Saya nama (), No Ic () pemilik akaun no (cimb akaun no) memohon pihak bank untuk mengembalikan duit yang telah ditahan daripada akaun saya. Memandangkan tiada dokumentasi daripada pihak mahkamah pihak bank tiada hak untuk menahan duit atau memotong duit saya. Saya beri tempoh selama 24 jam kepada pihak bank untuk menyelesaikan masalah ini”

Tinjauan Harian Metro di FB CIMB Malaysia mendapati beberapa pengguna turut berkongsi masalah sama.

Antaranya, pemilik akaun Farid Zulaika dan Nabila Nabilala yang memaklumkan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada bank yang memberitahu mereka mempunyai hutang dengan CIMB Bank sebanyak RM103,000 dan RM64,000.

Bagaimanapun, pengendali akaun FB berkenaan meminta mereka dan pengguna lain yang terjejas menghubungi pusat panggilan bank untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Kec0h duit pelanggan bank ‘hilang’ dalam tiga bank

Terdahulu Orang ramai mulai cemas selepas beberapa pengguna akaun bank dalam negara mendakwa bagi wang simpanan mereka ‘lesap’.

Memetik ciapan Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter, pelanggan bank yang mendapati baki wang simpanan mereka menjadi negatif adalah daripada bank Malayan Banking Bhd. (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad.

Beberapa tangkap layar menunjukkan beberapa individu mengadu nasib mereka apabila mereka tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurut Nur Fauziana Mohd. Fauzi, duitnya dalam bank tIdak boleh dipindahkan atau dikeluarkan seolah-olah disekat.

“Kami bukan kaya, nak makan guna duit mana, duit di tangan dah habis, teruk punya bank,” katanya kecewa.

Terdapat pengguna yang beranggapan masalah ini timbul susulan kes Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

Terdahulu, ketiga-tiga bank yang didakwa terlibat dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah RM2.51 bilion.

Meluahkan rasa tidak puas hati, Azlina Manaf ralat apabila pihak bank gagal dihubungi untuk mendapatkan penerangan mengenai masalah yang timbul.

“Kenapa tiba-tiba baki dalam akaun jadi negatif, mana duit simpanan pergi, hubungi pihak bank sampai nak patah jari tidak diangkat,” ujarnya.

TANGKAP layar menunjukkan beberapa individu mengadu nasib tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Dalam pada itu, ada pengguna yang berkongsi tangkap layar komen yang dibalas oleh admin sebuah bank di laman Facebook meminta pengguna yang mengalami masalah tersebut untuk hubungi pihak bank menerusi kiriman mesej (PM) bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Sementara itu, CIMB memberi jawapan, pihaknya menyedari berhubung masalah pemerosesan yang membabitkan jumlah pemegang akaun yang kecil.

Menurut bank itu, pelanggan yang terlibat dikatakan menerima salinan kredit ke akaun masing-masing.

“Kami cuba memanggil kesemua pelanggan yang terlibat bagi memastikan penyelesaian yang adil dan terurus.

“Pelanggan-pelanggan yang terkesan boleh menghubungi pihak bank di talian 03-22956188 bagi mendapatkan penjelasan dan perbincangan lanjut,” menurut CIMB.

sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.