Hiburan

“Keluarga berhabis RM200,000 upah bom0h” Kronologi Kehilangan Along Spoon Yg Generasi Sekarang Mungkin Tak Tahu Selepas 22 tahun

KUALA LUMPUR – Selepas 22 tahun, keluarga Along Spoon masih belum dapat menerima kenyataan bahawa jasad yang dikebumikan adalah jenazah anak mereka berdasarkan kepa­da keadaan fizikal dan pakaian yang ditunjukkan kepada mereka ketika sesi pengecaman mayat. Ibu arwah, Rohani Abdul Aziz, 58, berkata, memang mereka sudah reda dan terima dengan hati terbuka bahawa Along sudah tiada, namun mereka masih belum percaya yang dikebumikan itu ialah anaknya. “Setiap keterangan dan bukti yang diberikan, masih belum kuat untuk kami percaya.

Shafiee ketika berada di pusara anaknya di Kuala Lumpur.

Along Spoon segar dalam hati peminat

Sebahagian peminat yang masih sayangkan Along Spoon tetap setia me­ngingati dan menyimpan pelbagai koleksi barangan berkaitan arwah.

Normala Sabar, 45, berkata, dia mula jatuh cinta dengan kumpulan Spoon melalui lagu Rindu Serindu-Rindunya dan masih menyimpan koleksi lagu-lagu mereka walaupun tidak pernah mengenali arwah.

“Saya hanya kenal rapat de­ngan keluarga Along pada 2017 melalui kelab peminat yang ditubuhkan di Facebook,” katanya.

Sementara itu, Rossazila Omar, 41, berkata, pertama kali dia berjumpa dengan kumpulan Spoon pada persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh, Selangor sekitar tahun 1990-an.

“Along dan anggota Spoon sangat baik dan ramah dengan peminat. Mereka akan balas surat pe­minat dan sebab itu kami masih setia dengan Spoon,” katanya.

Tambah Rossazila, kumpulan itu juga memberikan nombor te­lefon untuk peminat yang ingin bersembang bersama Spoon.

“Saya juga membawa keluarga dan peminat-peminat Spoon un­tuk pergi menziarahi kubur arwah,” jelasnya.

Lelaki dari Sabah, Aslan Abdul Aziz, 40, pula berkata, dia masih menyimpan album Mega Pack Spoon yang mempunyai sebanyak 32 senarai lagu termasuk versi karaoke.

“Ini kenangan dan saya akan terus menyimpannya,” katanya.

Rossazila menunjukkan sebahagian barangan berkaitan kumpulan Spoon yang masih disimpan sehingga hari ini.

22 Tahun Berlalu! Ini Kronologi Pembunuh4n Kej4m Along Spoon Yang Generasi Sekarang Mungkin Tak Tahu

Siapa masih ingat dengan kisah pembunuhan kejam yang melibatkan penyanyi Along Spoon sekitar tahun 90-an? Popular dengan lagu “Rindu Serindu Rindunya”, tak dinafikan ini antara lagu yang paling hit ketika itu.

Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie iaitu vokalis utama kumpulan Spoon dilaporkan hilang selama 10 hari. Pelbagai spekulasi timbul tetapi kehilangannya mula terjawab apabila pihak polis menjumpai mayatnya dalam sekarung guni.

Pergi Ke Kawasan Sunyi Dan Hilang
5 Disember 1999, Along (mangsa) telah menaiki sebuah teksi bersama seorang anggota polis Lans Koperal Mohamed Ya’cob (suspek) menuju ke sebuah kawasan sunyi di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.


Foto – Harian Metro
Sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut, berlaku perbalahan di antara mereka sehinggakan suspek menggunakan kekerasan fizikal dengan mengetuk kepala Along mangsa. Melihatkan kejadian itu, pemandu teksi meminta suspek untuk tidak mencederakan mangsa.

Suspek mengarahkan pemandu teksi untuk menghentikan kereta dengan alasan mahu membuang air kecil. Pada masa yang sama, suspek mengheret mangsa keluar dan meminta pemandu teksi untuk pergi meninggalkan mereka berdua di situ.

Pemandu tersebut meninggalkan mereka berdua di tepi jalan dan meneruskan perjalanan. Tetapi pemandu teksi berpatah kembali ke lokasi tersebut kerana berasa tidak sedap hati dan hanya melihat suspek sahaja yang berada di tepi jalan.

Mayat Diisi Dalam Sekarung Guni
Suspek kemudiannya menaiki semula teksi dan meminta pemandu untuk menghantarnya pulang. Ketika pemandu teksi itu bertanyakan tentang mangsa, suspek bertindak untuk diam diri.

Setelah 10 hari mngsa menghilangkan diri, ada saksi yang membuat laporan mengatakan suspek merupakan orang terakhir bersamanya. Suspek kemudiannya ditangkap tetapi mangsa belum ditemui lokasinya.

Sejak kejadian itu, keluarga mangsa sering menerima panggilan telefon di mana mereka diminta menyediakan wang tebusan RM500K untuk melepaskan mangsa. Polis kemudiannya mengesahkan ianya bukan kejadian culik, sebaliknya mangsa sudah dibunuh. Ketika itu, pasukan penyiasat mula menyoal siasat dan suspek memberitahu kisah sebenarnya.

“M4yat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu”, ujar suspek.

Polis terus bergerak ke lokasi kejadian dan menjumpai mayat mangsa yang sudah reput. Mangsa diikat seperti posisi janin dalam rahim dalam guni tersebut. Pihak forensik mendapati kematian mangsa disebabkan oleh jerutan pada leher.

Cemburu Punca Motif Pembunuh4n

Berdasarkan pembunuhan ini, suspek membunuh mangsa disebabkan oleh cemburu yang menjadi punca motif pembunuhan. Ketika berada dalam teksi, suspek bertanyakan pada mangsa tentang hubungan sulit dengan isterinya.


Ini kerana suspek pernah melihat mangsa bersama isterinya dalam sebuah kereta. Walaupun dinafikan oleh mangsa, suspek menjadi berang dan mula bertindak agresif sehingga terjadinya pembunuhan kejam ini.

Kronologi Pembunuh4n Along Spoon

25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.

6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.

7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.

19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mngsa.

10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuh4n ini.

29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.

2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.

Kes pembunuh4n Along Spoon telah memakan masa selama 10 tahun untuk selesai. Sekadar info tambahan, keluarga mangsa mengalami kerugian kira-kira RM300K gara-gara panggilan palsu mengenai wang tebusan penculikan Along Spoon.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.