Uncategorized

Kerana tak cukup duit, bapa beli mainan anak guna durian buat ramai tersentuh

KASIH ibu membawa ke syurga, namun kasih ayah sepanjang hayat.

Begitulah pengalaman seorang pemuda yang berkongsi kisah menjentik jiwa berhadapan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan anak-anaknya.

Pemuda itu yang juga peniaga barangan mainan kanak-kanak menceritakan detik dia ditawarkan buah durian oleh seorang bapa yang mahu membeli mainan untuk anak-anaknya.

“Kisah sebak! Durian pengganti bayar mainan. Semalam time kami on niaga di Jengka, datang seorang pakcik dengan anak-anaknya.

“Dia cakap nak beli mainan untuk anak tapi duit tak cukup. Dia niaga durian. Jadi dia tanya boleh tak tukar dengan durian sebab anak dia dah lama teringin nak main dron,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pemuda yang menggunakan nama Harga Rapat di Facebook itu terkejut dengan hajat si ayah itu, namun akhirnya bersetuju menerima tawaran pertukaran durian dengan mainan yang mahu dibelinya itu.

“Kami saling pandang. Last aku cakap oklah pakcik. Janji anak happy. Kira-kira semua dekat RM200 lebih jugaklah campur dron, kereta control dan mainan kecil sebab anak dia empat orang. Alang-alang boleh tukar pakat beli seorang satu,” katanya.

Menurutnya, hatinya semakin tersentuh apabila wajah kepuasan seorang bapa terpancar di wajah lelaki tersebut kerana dapat memenuhi permintaan anak-anaknya.

“Dia balik ambil durian. Datang hantar. Sekali musang king, campur-campur dengan D24.

“Tengok muka anak dia happy masing-masing. Waktu kami ajar anak dia main dron, masing-masing keliling aku. First time, sekali sekala aku tenung wajah pakcik tu. Tersenyum puas dapat beli untuk anak.

“Mungkin kewangan tak cukup tapi apa yang ada usaha juga nak bagi anak happy. Jerih payah seorang ayah demi anak-anak. Tersentuh hati aku. Auto sebak tak payah pasang lagu sedih,” katanya.

Walaupun pembayaran bukan menerusi wang tunai, namun pemuda itu mengakui dirinya puas kerana dapat membantu pakcik itu menggembirakan anak-anaknya.

“Tapi hati aku puas dapat juga bantu pakcik ni happy kan anak-anak dia. Tak dapat duit, dapat musang king pun Alhamdulillah.

“Moralnya, sayang dan hargailah ayah ibu yang membesarkan kita. Kita tak tahu apa yang telah mereka lalui untuk pastikan di mana kita hari ni,” katanya. –

kredit: Malaysiapost

Leave a Reply

Your email address will not be published.