Uncategorized

KPM akhirnya bagi penjelasan dari mana asal Nasi putih, kuah kosong

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan hidangan nasi putih dan kuah yang tular sejak semalam bukan di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

Radzi berkata, KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

Menurutnya, buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun lalu. .

Sebelum ini tular di media sosial mengenai penerima RMT yang didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya dengan memuat naik sekeping gambar makanan berkenaan sambil mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program itu.

“Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT.
“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?
“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?
“Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. “Makanan begini yang dikatakan “mampu memacu pendidikan kita?”
“Tag : Dr Maszlee Malik Dr Radzi Jidin .
“Nota : hal begini bukan hendak menyalahkan kantin sepenuhnya. Bajet rendah, kementerian harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati.

Dalam pada itu, rata-rata ibu bapa setuju perkara seperti itu di bangkitkan bagi membuka mata pihak berwajib

“Bagus juga isu RMT ni di bangkit kan..dan pihak sk lebih berhati2 dan peka lepas nie…pihak kantin pn sama ambil iktibar..tapi tu la barang mentah makin naik..bajet xnaik2…” komen seorang netizan

Dalam pada itu, Zurina memohon pihak berkenaan untuk menerima kebenaran walaupun pahit

“Terimalah kebenaran walaupun pahit. Adakah nilai kejujuran, amanah sanggup diremehkan demi menjaga maruah?
This is Malaysia. Dimana tangan ghaib lebih berkuasa.”

Bekas menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesa pihak kementerian pendidikan untuk menaikkan kadar RMT supaya pelajar sekolah dapat menimati makanan yang lebih berkualiti

“Di atas sebab inilah saya gesa supaya KPM naikkan kadar RMT supaya anak-anak kita dapat menikmati makanan berkualiti dan para Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia dapat menyediakan perkhidmatan terbaik dan tidak terjejas kos mereka.” gesa Dr Maszlee Malik

Leave a Reply

Your email address will not be published.