Uncategorized

Lelaki makii penguatkuasa, Majlis Perbandaran Tmpil Ddah Cerlta Sbenar

Kuala Selangor – T.indakan seorang lelaki meng.ugut dan menganggu tugas penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor MPKS tular di laman sosial Facebook pada Selasa.

Video berdurasi 0.59 saat itu menunjukkan lelaki terbabit melemparkan kata-kata berbaur u.gutan dan c.acian terhadap penguat kuasa berkenaan.

Menerusi video itu menunjukkan, lelaki terbabit menghampiri penguat kuasa berkenaan dan beberapa kali menyatakan ingin menu.mbuk muka anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas.

Lelaki terbabit juga b.erang apabila anggota penguat kuasa berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan ugutan terbabit.

Video itu mengundang kec.aman pengguna laman sosial yang turut meminta polis mengambil t.indakan terhadap lelaki yang menimbulkan pr.ovokasi tersebut.

Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Nazwa Busu yang meninggalkan komen menyatakan anggota penguat kuasa itu hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

Sebab Sebenar Diberitahu

Majlis Perbandaran Kuala Selangor MPKS mengesahkan anggota penguat kuasanya yang diu.gut dan dihalang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di Saujana Utama oleh seorang individu sudah membuat laporan polis pada Rabu.

Setiausahanya, Yusli Askandar berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Saujana Utama pada jam 9.49 pagi.

Menurutnya, MPKS kesal dengan t.indakan seorang individu melakukan p.rovokasi dan an.caman kepada seorang anggota penguat kuasa terbabit.

“P.rovokasi jam 9.45 pagi Selasa itu berlaku apabila individu berkenaan secara tiba-tiba menghampiri anggota penguat kuasa dan mengeluarkan kata-kata ke.sat serta a.ncaman.

“Individu terbabit tidak berpuas hati apabila dikenakan kompaun atas kes.alahan meletakkan motosikal di petak parkir orang kurang upaya OKU,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Yusli berkata, MPKS merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada anggota penguat kuasa tersebut yang menjalankan tugas secara profesional dan tidak ambil peduli terhadap p.rovokasi yang dihadapi semasa menjalankan tugas.

“MPKS turut mengharapkan agar keja.dian ini dijadikan sebagai iktibar dan jika mana-mana pihak yang dis.aman tidak berpuas hati dengan ti.ndakan dikenakan, mereka boleh membuat aduan secara terus kepada MPKS,” katanya.

Kredit : Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.