Hiburan

“Maaf semakin hilang rasa hormat saya” Giliran Dato Fazley Bersuara, Sampai Menangis Dato Vida

Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada kedua penyanyi lagenda tanah air, Anuar Zain dan Ziana Zain berhubung dakwaan mengatakan penyanyi lelaki itu suka sesama sejenis.

Permohon maaf itu dilakukan penyanyi lagu I Am Me itu di Instagram miliknya selepas menerima pelbagai reaksi warganet dan para artis.

Menurut Vida, dia sama sekali tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana didakwa hanyalah gurauan pada ketika itu.

Vida Dakwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain

“Assalamualaikum semua, saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak.

“Peminat dan keluarga Anuar Zain, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap malah gurauan tanpa sengaja.

“Saya tidak boleh mengingati semula apa yang saya cakap kerana perkara itu sudah lama sebenarnya.

Baru sekarang ini muncul, jadi apa pun saya minta maaf. Tidak berniat langsung dan saya meminati sangat Anuar Zain,” katanya di Instagram.

PERMINTAAN DSV KEPADA ANUAR ZAIN

Mengulas lanjut, usahawan sensasi itu juga memohon maaf kepada orang ramai dan pihak keluarga penyanyi lagu Sedetik Lebih itu andai turut sama terasa atas kekhilafannya.

Di samping itu, dia berhasrat untuk berjumpa dengan Anuar secara peribadi.

“Tetapi, apabila sudah keadaan sudah menjadi kekeruhan dan kekalutan seperti ini.

“Apa lagi yang saya boleh cakap melainkan saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Anuar Zain serta keluarga Zain.

“Maafkan saya, Datuk Seri Vida. Saya harap sangat dapat berjumpa secara peribadi dengan Anuar Zain. Hajat besar dan projek besar ada, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, Vida bagaimanapun tampil menutup ruangan tersebut bagi mengelakkan hal tertentu berlaku.

VIDEO:

Sebelum ini, Ziana membidas kenyataan Vida selepas ahli perniagaan kontroversi itu mendakwa adiknya, Anuar sebagai seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sesama jenis.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi satu video yang memaparkan selebriti sensasi tampil membuat dakwaan tersebut menerusi sesi soal jawab bersama peminat di media sosial.

Dalam pada itu, Dato Fazley tampil menegur

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan?

“Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan

“Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata2 yang boleh merosakkan imej seseorang

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata2 untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak2 muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah2 semakin buat tabiat.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya”

Anuar Zain pun ‘join’ tabligh

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal, Anuar Zain, 51, menjadi perhatian netizen di media sosial apabila dia difahamkan kini menyertai jemaah tabligh selepas tular videonya bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bersarapan pagi di sebuah masjid di Selangor.

Berdasarkan video dari Tik Tok yang turut dikongsikan pemilik akuan Facebook dikenali Mohd Nazri Ahmad dengan kapsyen ‘hidayah milik Allah’ itu begitu menarik perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, Anuar yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah dilihat sedang menuang teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini dengan cukup ceria.

Malah, nyanyiannya itu sebagai memenuhi permintaan Nabil yang sedang bersarapan pagi dengan ahli jemaah tabligh lain.

Sementara itu, Pengurus Anuar, Nana Ahmad dihubungi sama sekali tidak menafikan video tular itu yang difahamkan penghibur terbabit sekarang dalam proses belajar mendalami ilmu agama.

“Alhamdulillah. Apa-apa pun, kita tunggu sehingga Anuar selesai. Sekarang dia masih dalam ‘khuruj’ (meluangkan masa belajar ilmu agama) lagi.

“Saya pun tidak menghubunginya kerana menghormati masa dia untuk belajar. Bagaimanapun, Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Anuar,” katanya kepada Harian Metro.

Nana berkata Anuar pasti sedia memberi kerjasama untuk penjelasan sebenar dia menyertai kumpulan tabligh itu dan keluar berdakwah sebaik selesai proses mendalami ilmu agamanya nanti.

Sumber : Utusan Online / IG Dato Seri Vida

Leave a Reply

Your email address will not be published.