Hiburan

Netizen Suruh ‘Getback’ Dgn Shila Amzah, Ini Permintaan Sharnaaz Ahmad

Gara-gara memberi kata semangat kepada Shila Amzah yang sedang diambang penceraian, rata-rata wargamaya mula mendoakan agar pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi tersebut kembali bersama.

Tak sesuai doa kami ‘getback’

Ketika dihubungi OhBulan!, Sharnaaz menyifatkan doa itu tidak sesuai untuk situasi sekarang memandang Shila masih bergelar seorang isteri.

Kata pelakon berumur 37 tahun ini, peminat juga perlu menghormati Shila dan ahli keluarganya.

Doa itu bagus. Tapi rasanya tak sesuai buat masa sekarang untuk mendoakan yang agak mendesak. Sebab Shila masih memegang status isteri.

Shila belum cerai lagi. Jadi, kena la hormati keluarga Shila dan dia juga. Dulu pun kami pernah bertelagah tapi benda dah lama. Masing-masing dah tua pun.

Pentingkan anak

Tambah pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia memohon agar semua pihak memberi ruang kepada Shila untuk dia mengharungi dugaan yang menimpa.

Saya punya ‘turn’ dah lepas. Sekarang bagi Shila ruang untuk dia hadapi dugaan ini. Percayalah, setiap dugaan yang Allah bagi, insya-Allah ada ganjaran yang lagi besar selepas ini. Jadi nak taknak, kena hadap.

Strong is only option. I’m build with tank dan saya yakin Shila is build like a tank too.

Dalam pada itu, pelakon drama I Promise Janji Anaqi percaya Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah seorang wanita yang kuat. Tegasnya, apa yang perlu diutamakan sekarang adalah anak, bab rezeki usah risau kerana dia akan datang di kemudian hari.

Dia kuat, insya-Allah dia akan okey. Jangan pedulikan orang luar. Apa yang penting sekarang adalah anak. Yang lain boleh usaha sendiri dengan tulang empat kerat.

Terdahulu, Shila mengejutkan ramai orang apabila mendedahkan dia sudah memfailkan penceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shila berkata sudah dua bulan dia keluar daripada rumahnya di Cyberjaya dan kini menetap di rumah orang tuanya di Hulu Langat.

Shila berkahwin dengan Haris pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1, tahun.

Bekerjaya di kota London

Ramai tertanya2 bagaimana penyanyi terkenal ini berkenalan dengan suami pilihan hati? Difahamlan, Suami Shila, Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan dia juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Bagaimana Haris melamar Shila Amzah?

Ditanya bagaimana Shila bersetuju ketika sang jejaka melamar dirinya, ini jawapan nya.

“Pada hari diIamar oleh Haris, Sha cuma bagi jawapan ” If my parents agreed dan bagi kita blessing, It’s a YES”.

Tambah nya lagi, ibunya Fauziah Sarman merupakan orang pertama yang tahu akan hasrat hati Haris yang ingin melamar nya setelah dimaklumkan sendiri oleh mama Haris.

“Sha dan mak sangat rapat. Kalau nak tahu mak adalah orang pertama yang tahu hasrat hati Haris bila Mama Haris sendiri merisik pada mak Sha dan menyatakan hasrat untuk melamar Sha.

“Tapi ketika itu kami langsung tak berhubung antara satu sama lain. Kebetulan pula mama Haris dan & mak Sha berkawan rapat dah lama. Jadi mak ketika itu menghormati dan menerima hajat mama Haris dengan hati terbuka.

Jelas Shila lagi, kedua-dua keluarga memang telah lama menjalin kan hubungan persahabatan walau pun tinggal di dua benua yang berbeza.

Keluarga sudah lama berkenalan

“Keluarga kami memang telah lama saling mengenali. Dahulu adik Haris, Haziq Zikri pernah bermain dalam pasukan Harimau Muda dan Zikri tinggal jauh dari keluarga.

Jejaka yang menjadi pilihan shila amzah bernama haris idraki elias yang berusia 28tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota london yang terkemuka.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartwan di the star pada tahun 2015 dan menjadi tumpuan golongan media.

‘Setiap Dugaan & Ujian Ada Ganjaran’ – Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah

Terdahulu, penyanyi, Shila Amzah membuat pendedahan mengejutkan apabila dia dikatakan sudah dua bulan keluar daripada rumahnya di Cyberjaya. Bukan itu sahaja, pelantun suara ‘Patah Seribu’ ini sudah memfailkan penceraian dengan suami.

Semoga semua tabah

Berikutan daripada pendedahan tersebut, rata-rata rakan artis meluahkan rasa terkejut dan mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah dan keluarga. Menjengah di ruangan komen, Sharnaaz Ahmad antara salah seorang rakan artis yang memberikan kata-kata positif buat penyanyi tersebut. Menurut Sharnaaz, setiap dugaan dan ujian yang berlaku pasti ada ganjarannya.

Semoga semua tabah mengharungi ujian. Semoga semua dalam keadaan yang baik-baik.

Susulan daripada komen tersebut, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen berkenaan. Menurut netizen, mereka mahu melihat Sharnaaz berbaik semula dengan Shila Amzah selepas masing-masing membawa haluan hidup sejak beberapa tahun yang lalu.

Terdahulu, nama Sharnaaz dan Shila Amzah pernah mencuri perhatian ramai apabila hubungan mereka sebagai kekasih telah terlerai. Sejak daripada kontroversi tersebut juga, Sharnaaz dilihat memberi fokus terhadap bidang lakonannya manakala, Shila meluaskan sayapnya sebagai penyanyi di peringkat antarabangsa.

Rakan artis doa yang terbaik

Sha subhanAllah. Akak doakan semoga sha diberikan kekuatan melampaui apa yang sha fikirkan. InsyaAllah berkat kesabaran Allah akan ringankan beban dan beri ganjaran setimpal. Kami doakan yang terbaik. If u need any help just reach out to us okay.

Selain Sharnaaz, pelakon, Nadiya Nisaa turut berdoa kepada Allah agar sahabat baiknya itu diberikan kekuatan. Ujar Nadiya, semua rakan-rakan artis termasuk dirinya sentiasa ada bersama Shila. Antara barisan artis yang memberikan kata-kata semangat buat Shila di Instagram ialah Misha Omar, Nad Zainal, Janna Nick, Hael Husaini, Jue Aziz, Shiha Zikir, Tomok dan ramai lagi.

Sumber: Instagram @sharnaazahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published.