Hiburan

Nikah 20 Februari, Bakal Suami Dedah Kenapa Zulin Wanita Yg Dia Mahu Sehidup Semati

Selepas dua tahun berkenalan, menjalinkan hubungan cinta serta menjadi rakan kongsi perniagaan, Zulin Aziz, 33 dan Farhan Norzaini, 35, telah mengikat tali pertunangan pada kira-kira jam 9 malam tadi.

Majlis diadakan secara tertutup dan sederhana di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam. Ia dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis itu, pelakon terkenal itu menerima dua bentuk cincin. Sebentuk untuk merisik dan sebentuk lagi sebagai cincin tunang.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada awal Januari lalu.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah perkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas dan sederhana. Malah atas permintaan keluarga, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Ditanya mengapa Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga dia terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, kata bekas penyampai radio Suria FM ini, Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Farhan juga merupakan seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh luahkan apa sahaja kepadanya,” ujarnya.

Sementara itu bagi Farhan pula, Zulin merupakan seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia berada bersama saya pada saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.

“Pada waktu itu, saya tahu bahawa saya mahu sehidup semati dengan Zulin.

“Arwah ibu pernah pesan jika mahu memilih calon isteri, pilih wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah ibu jaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.

Menyingkap kembali saat pertama kali mereka berkenalan, kata Farhan dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram selepas menonton rancangan Melodi.

“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kemudian keluar cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin dan tiba-tiba dia cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Adik saya yang mendesak supaya saya mesej Zulin di Instagram. Tak sangka dia balas mesej saya sedangkan saya cumalah orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” ceritanya.

Pasangan ini cuma mahu bertunang selama kurang sebulan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari ini.

“Kami sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya sangat cantik. Lagipun buat apa nak bertunang lama-lama. Benda yang baik seeloknya dipercepatkan,” kata Farhan yang sudah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Zulin Miliki Hati Yang Tulus & Ikhlas – Farhan

Farhan pula memberitahu dia memilih Zulin dek kerana wanita ini merupakan seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.

“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kata Farhan.

Pasangan ini menetapkan untuk berkahwin pada 20 Februari ini. Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.