Amalan

Orang minyak’ berb0gel berkeliaran dlm umah berjaya dirakam CCTV

TULAR di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki tanpa pakaian dan memakai pelitup muka dipercayai memecah masuk sebuah rumah dalam kejadian di Shah Alam pada Sabtu.

Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu, lelaki terbabit yang turut didakwa sebagai orang minyak dilihat berkeliaran di ruang tamu dan memasuki bilik rumah terbabit sambil memegang lampu suluh.

Menerusi keterangan video, kejadian dikatakan berlaku di taman perumahan Seksyen 20, di sini.

“Perkongsian untuk semua, kejadian berlaku di kawasan Seksyen 20. Orang minyak datang kembali.

“Manusia menceroboh dan mencuri di rumah dalam keadaan berbogel, waktu lebih kurang 5 hingga 6 pagi,” menurut keterangan video dikongsikan menerusi kumpulan WhatsApp pada Isnin.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tanpa pakaian berkeliaran di sebuah rumah dikatakan berlaku di kawasan Seksyen 20, Shah Alam. – Foto Sinar Harian

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sedang menyemak berhubung penyebaran video terbabit.

Beliau memaklumkan, setakat ini belum ada pihak yang tampil membuat laporan berhubung kejadian.

Artikel asal ini diterbitkan di Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.