Amalan

Org lain himpun #TangkapAzamBaki, tapi lain pula plakad awek ni angkat

PETALING JAYA: Himpunan #TangkapAzamBaki semalam yang bertujuan menentang gejala rasuah dalam sistem pentadbiran negara mendapat perhatian sebaliknya.

Ini apabila seorang peserta bertindak mengangkat plakad tertulis: “LEEZIIJIA, Malaysia Stand with you!”.

Gambar wanita memegang plakad itu tular dalam media sosial dan mendapat pujian ramai pihak.

Sebelum ini, tindakan Lee Zii Jia untuk meninggalkan skuad kebangsaan menyebabkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun.

BAM mengumumkan Zii Jia dan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Goh Jin Wei tidak akan didaftarkan dalam dua sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun.

Tindakan itu susulan keputusan pemain berusia 23 tahun tersebut untuk meninggalkan BAM.

Zii Jia disaran kembali ke pangkuan BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia disaran untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) demi masa depan kerjayanya.

Pemerhati sukan tanah air, Dr Pekan Ramli, berkata pemain berusia 23 tahun itu dan BAM seharusnya mencari titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pihak.

Katanya, alasan diberikan Zii Jia yang juga pemain ranking nombor tujuh dunia untuk meninggalkan BAM disebabkan tekanan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima selain beranggapan pemain berkenaan belum berada di kedudukan yang membolehkan dia untuk terlalu ‘demand’.

“Sebagai pemain badminton dia pastinya mempunyai cita-cita untuk menjadi juara dunia dan memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Namun, kalau sekarang pun sudah tidak tahan tekanan, bagaimana dia mahu capai semua itu, kalau dia ada mentaliti seperti ini, baik kita lupakan saja dia.

Menteri mahu jumpa BAM, Zii Jia

“Mengenai tuntutan yang dibuat Zii Jia kepada BAM, saya fikir perkara ini perlu diselesaikan dengan situasi menang-menang. Zii Jia pula janganlah terlalu ‘demand’ kerana persatuan juga pastinya ada kekangan.

“Bila persatuan sudah melahirkan anda, sudah pasti mereka pun mahu ada kata putus ke atas diri anda. Bukannya pemain boleh bebas buat apa saja dan persatuan kena ikut. Ini adalah perkara yang tidak sihat dalam konteks sukan itu sendiri.

“Pemain yang dibentuk oleh persatuan tetapi bila sudah berjaya sedikit, mula besar kepala dan buat pelbagai tuntutan. Macam kes Zii Jia ini, dia belum buktikan apa-apa pun lagi, baru menang Seluruh England (2021).

“Sepatutnya dia buktikan dulu dengan meraih lebih banyak kejayaan. Kalau sudah banyak kejayaan, saya percaya dia tidak perlu demand pun, pasti orang akan bagi.

“Jadi, BAM dan Zii Jia perlu duduk berbincang semula dan cari titik persamaan. BAM pun kena faham kehendak peminat dan sukan itu sendiri,” katanya kepada BH Sukan.

BAM dan Zii Jia perlu duduk berbincang semula dan cari titik persamaan. – Foto BERNAMA
BAM dan Zii Jia perlu duduk berbincang semula dan cari titik persamaan. – Foto BERNAMA
Semalam, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.

Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos memaklumkan selepas menerima surat peletakan jawatan Zii Jia pada 11 Januari lalu, pihaknya mengadakan siri perbincangan bagi memujuk pemain berkenaan kekal bersama skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, beliau berkata Zii Jia kekal dengan pendiriannya dan memberikan dua alasan iaitu tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi dalam skuad kebangsaan selain gaya hidup yang ketat di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Selain itu, katanya, Zii Jia juga meletakkan syarat untuk dia kekal iaitu mempunyai barisan kejurulatihan dan pasukan sokongan sendiri, merancang kejohanan yang mahu disertainya sendiri dan untuk mempunyai penaja sendiri tetapi semua syarat itu ditolak oleh BAM.

BAM turut mengenakan tindakan sama ke atas bekas juara remaja dunia perseorangan wanita dua kali, Goh Jin Wei berkuatkuasa 31 Oktober 2021.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.