Uncategorized

Pengembara masa dedah 3 peristiwa yg akan berlaku pada 11 Mac, 19 April dan 17 September 2022

SEORANG pengguna media sosial tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya sebagai pengembara masa.

Lelaki itu turut membuat ramalan mengenai apa yang akan berlaku sepanjang tahun 2022.

“Ingat tiga tarikh penting ini dalam tahun 2022.

“Pada 11 Mac, akan lahir seorang anak kacukan manusia dan cimpanzi. Anak itu boleh bercakap dan ada ciri-ciri kacukan.

“Pada 19 April, strain j4ngkitan Covid-19 yang lima kali ganda lebih bahaya akan muncul.

“Pada 17 September, makhluk terbesar akan ditemui dalam laut, dan ia dinamakn Cerine Croin, empat kali ganda saiz paus biru,” ujarnya.

Biarpun ada yang meragui ramalan itu, video berkenaan sudah ditonton lebih 10 juta kali.

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen, tak kurang juga yang berjenaka mengenai ramalan itu.

“Jika ada pengembara masa yang lain, tolong buat ramalan yang lebih baik,” tulis seorang individu secara sinis. – Daily Star.

Jangan pandang remeh varian Omicr0n – WHO

Kajian terbaharu menunjukkan bahawa Omicr0n kurang berisik0 menyebabtkan jangkit4n teruk berbanding varian C0vid-19 sebelumnya.

Namun, Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, rekod bilangan individu yang telah dijangkiti C0vid-19 disebabkan varian Omicr0n menyebabkan sistem kesihatan negara-negara dunia berada dalam tekanan teruk.

Menurut WHO yang merupakan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah kes C0vid-19 global meningkat sebanyak 71 peratus minggu lalu, manakala di Amerika Syarikat pula, angka jangkitan melonjak 100 peratus.

Agensi itu menyatakan bahawa antara bilangan kes jangkitan yang teruk di seluruh dunia, 90 peratus daripadanya melibatkan individu tidak divaksin.

“Walaupun Omicr0n kelihatan kurang teruk berbanding varian Delta terutamanya bagi mereka yang sudah divaksinasi, tidak bermakna varian itu harus dikategorikan sebagai ringan.

“Sama seperti varian sebelumnya, Omicr0n menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital dan mengorbankan nyawa,” kata Dr Tedros dalam satu sidang akhbar yang diadakan kelmarin.

Omicr0n menular dengan amat pantas dan boleh menjangkiti seseorang walaupun mereka telah lengkap divaksin.

Bagaimanapun, vaksin masih penting kerana ia membantu melindungi daripada penyakit teruk dan kemasukan ke hospital.

Dalam komen terbaharunya, Tedros mengulangi gesaan untuk edaran vaksin yang lebih besar bagi membantu negara-negara miskin memberikan suntikan pelalian C0vid-19 kepada penduduk masing-masing.

Menurut beliau, berdasarkan agihan vaksin semasa, sebanyak 109 buah negara akan terlepas daripada sasaran WHO untuk menjadikan 70 peratus populasi dunia sudah mendapat vaksinasi lengkap menjelang Julai tahun ini.

Tahun lalu, ketua WHO itu berkata, dunia akan mempunyai dos vaksin yang mencukupi pada tahun ini untuk diberikan kepada seluruh populasi dewasa global sekiranya negara-negara Barat tidak membolot vaksin untuk digunakan dalam program dos penggalak. – AGENSI

Wujudkah “time traveller” melalui bukti individu bawa telefon bimbit termasuk “iPhone” dalam foto lama?

SEMUA foto di atas yang “menjalar” di media sosial blog serta portal, sekian lama membincangkan kewujudan pengembara masa atau “time traveller” dalam beberapa foto yang diambil seawal 1940-an.

Mereka dibuktikan oleh netizen di media sosial seperti membawa gajet moden khususnya telefon bimbit atau komputer riba.

Dalam kes Andrew Carlssin pada 2003, FBI menyiasatnya selepas dia berjaya meningkatkan portfolionya daripada AS$800 menjadi A$350,000 hanya dalam masa dua minggu.

Carlssin meletak portfolionya pada 126 keputusan urus niaga yang berisiko tanpa dia menempah kegagalan.

Carlssin, 44, mengaku dia berasal dari tahun 2256 dan datang menggunakan mesin masa untuk memudahkannya mengaut keuntungan luar biasa itu.

Peliknya, kisah Carlssin tiba-tiba saja menghilang dan tidak pernah diungkit lagi.

Idea Mesin Waktu

Idea mesin waktu diperbaharui profesor fizik Universiti

Connecticut yang menggunakan persamaan Einstein dan sinar laser untuk mencipta mesin waktu.

Apapun kisah berkaitan manusia lintas masa ini, tidak pernah dibuktikan kebenaran atau pembohongannya.

Kemudian terdapat pada foto lama 1941 dalam acara Forks South Bridge di Gold Bridge, Kanada – menunjukkan lelaki dan wanita berkerumun memakai baju khas ketika itu.

Terlihat pada keanehan foto tersebut ialah terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian berbeza dengan penampilan kurang sesuai dengan gaya hidup 1940-an.

Lelaki berkaca mata hitam itu memakai pakaian lebih mirip dengan pakaian santai manusia alaf baru dan dipercayai membawa kamera moden.

Kemudian terdapat foto dari filem Charlie Chaplin dirakam pada 1928 memperlihatkan individu bercakap menggunakan telefon bimbit.

Lelaki Bawa Telefon Bimbit Dalam Foto 1940-an

Terbaru di media sosial, tetapi masih berkisar pada foto lama 1940-an – netizen “berbincang semula” foto dimuat naik Stuart Humphrys di Twitter, memaparkan sejumlah orang berjemur di tepi pantai.

Namun, kehadiran seorang lelaki memakai sut berwarna perang dalam gambar itu menjadi perbincangan pelayar internet.

Kelihatan seolah-olah lelaki tersebut sedang menggunakan telefon bimbit di tengah-tengah kumpulan manusia dalam foto itu.

“Adakah saya saja yang perasan dia sedang bermain telefon bimbit pada 1950-an?” kata lelaki di Twitter.

“Hebat mata kamu, lelaki itu mengembara dari masa hadapan sambil membawa telefon bimbit,” ujar netizen lain.

Seorang pelayar Twitter turut menyifatkan foto tersebut menjadi bukti bahawa pengembaraan merentasi masa sememangnya wujud.

Namun, tidak semua pengguna Twitter berfikiran serupa.

Seorang lelaki berpendapat lelaki tersebut bukan sedang bermain telefon bimbit, sebaliknya sedang menggulung rokok sahaja.

Iphone Dalam lukisan berusia 347 Tahun

Perdebatan mengenai foto seperti ini bukan pertama kali berlaku.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook juga dilaporkan mengakui pernah melihat peranti iPhone dalam lukisan berusia 347 tahun yang dihasilkan oleh Pieter de Hooch di muzium di Amsterdam.

“Apabila tengok karya itu, saya jadi keliru. Mungkin (iPhone) sudah lama wujud,” ujarnya Cook. –Sarawakvoice

Leave a Reply

Your email address will not be published.