Entertainment

Pernah Viral Didakwa Ceder4kan anak, Kini Ika Ekora Nangis Dedah Anak Kini Dibu4ng Suami

Tahun lalu, sempat kecoh dengan kisah seorang wanita yang didakwa telah mengasari anak kandungnya sendiri hanya kerana disebabkan tidak berpuas hati dengan status WhatsApp. Remaja berusia 17 tahun yang sudah berkahwin waktu itu mendedahkan kejadian berlaku ketika suaminya keluar melakukan COD.

Seorang usahawan kosmetik bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya Isnin lalu.

Tertuduh, Nurul Atikah Hanafi, 33, atau lebih dikenali sebagai Ika Ekora dan suaminya, Mohd. Hairie Razali, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduh4n terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya yang berusia 16 tahun tiga bulan.

Kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Pauh, Pasir Mas kira-kira pukul 4.30 petang pada 14 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penj4ra sehingga satu tahun atau dend4 maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kes4lahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hakimie Ab. Hadi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hassan.

Terdahulu, Mohd. Hakimie tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Muhammad Hasif dalam rayuannya memohon supaya kedua-dua anak guamnya diberikan jaminan kerana Nurul Atikah sedang mengandung lima bulan.

Katanya, tertuduh juga telah memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang sias4tan dijalankan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM9,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin selain kedua-dua tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan.

Mahkamah turut menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, berang dengan status yang dimuat naik anaknya di aplikasi WhatsApp dipercayai punca seorang usahawan kosmetik hilang sabar lalu memukul mangsa dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas pada Isnin lalu.

Lebih m4lang lagi, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, remaja perempuan berusia 16 tahun tersebut turut dipukul oleh bapa tirinya yang berusia 33 tahun.

“Aku dah mengalah, aku dah maafkan dia asalkan duduk molek…Ingatlah mak kau sorang ni je”

Terbaru, wanita dikenali sebagai Ika Ekora tersebut sempat mendedahkan perkembangan terbaru menerusi Facebook Live tentang anak perempuannya yang sudah lama keluar dari rumah dan tinggal bersama suami. Terdahulu, dia sebelum ini sempat dikec4m konon ‘derh4ka’ serta mengabaikan anak sendiri.

Kalau nak buat jahat kat aku tak apa lagi, tapi kalau buat kat anak aku memang tak boleh

Selepas kejadian viral tersebut, Ika berharap anaknya yang dipanggil Ujie dan juga menantu dapat hidup dengan bahagia seperti yang diinginkan mereka. Walau bagaimanapun, terbaru difahamkan pasangan tersebut menghadapi konflik rumah tangga dan remaja berkenaan sudah pun dibuang suaminya. Meskipun pernah terguris, namun wanita tersebut kelihatan cukup sebak apabila mengenangkan cahaya mata sulungnya diperlakukan seperti itu.

Rindu seorang ibu dekat anak, bertekak macam mana pun tetap sayang…Naluri seorang ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terkejut dengan kisah yang baru dikongsi tersebut. Dalam pada itu, ramai yang berharap si anak dapat meminta maaf kepada ibunya dan menjernihkan keadaan.

Sumber: TikTok Iysa, Nayue966, affendiaziz8, kisah dunia, kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.