Uncategorized

“Saya bernikah dgn lelaki bujang, Kenal Suami Sejak…” Syura Buka Cerita Sebenar Suaminya

Penyanyi, Syura Badron selamat bergelar isteri kepada Muhd Farizat Ismail, kira kira jam 12.30 tengah hari tadi, di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dihadiri 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua dua belah pihak sahaja.

Suami lelaki bujang

Pada majlis berkenaan, Syura sah bergelar isteri kepada Farizat selepas tiga kali lafaz akad nikah dilakukan. Bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua itu menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram serta wang hantaran yang dirahsiakan nilainya dan dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas. Di samping itu, Syura turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.

Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil kecilan. Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.
Disoal mengenai anak-anak, Syura bersyukur kerana tiga anaknya itu merestui keputusan dibuat.

Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup. Namun, apa terjadi, saya tetap akan menjaga tiga amanah (anak) itu dengan baik. Malah anak juga serasi dengan suami saya selama ini.

Malam resepsi

Malam ini, Syura dan Farizat akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Cheras. Terdahulu, teman baik Syura, Lan Solo dan isterinya, Shiela Razlan masing-masing berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya di Instagram.

Untuk makluman, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006. Mereka berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.