Uncategorized

“Suka Berfantasi, Sering Bvli Orang, Buatkan Mngsa Seng45ra …” Iqbal Dedah Peny4kit Sebenar Vida?

Usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli menyifatkan mogul kosmetik itu mempunyai penyakit kecelaruan personaliti narsistik (NPD).
Menyatakan beberapa sindrom yang dialami individu yang berdepan dengan kecelaruan personaliti itu, kata Iqbal bekas majikannya itu antaranya kerap membuli orang demi kepentingan diri sendiri.

“Kalian tak sedarkah beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri? NPD adalah orang yang suka memanipulasi, menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran.

“Kadang orang berpenyakit ni tidak sedar dirinya sedang berbohong. Suka berfantasi dirinya paling berkuasa.
“Orang yang mengalami masalah mental ini akan membuatkan mangsa sengsara jika tidak dapat apa yang diinginkan,” kata Iqbal.

Iqbal tampil bersuara selepas tular kontroversi Vida terlepas cakap ketika sesi IG Live baru-baru ini yang melabelkan penyanyi popular Anuar Zain seorang yang sukakan kaum sejenis.

Vida Mohon Maaf Terbuka Kepada Anuar Zain, Ingin Jumpa In Person – “Saya Tak Berniat …”

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada penyanyi Anuar Zain susulan isu video yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Dalam hantaran video di Instagramnya, Vida, 51, memohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati termasuk keluarga Anuar.

“Saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak recall balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang muncul,” katanya.

Malah, pelantun lagu I Am Me itu juga berhasrat untuk bertemu dengan Anuar secara peribadi.

“Apapun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan macam ni…. kekalutan.

“Apa lagi yang saya dapat ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada, insya-Allah,” tambah Vida.

Terdahulu, tular sepotong klip video di TikTok mengular siar rakaman IG Live Vida yang membalas pertanyaan peminat agar mendekati pelantun lagu Keabadian Cinta itu.

Secara berbisik, Vida seakan-akan membalas pertanyaan itu dengan menyebut perkataan tidak sepatutnya hingga mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Kakak kepada Anuar, Ziana turut membidas tindakan Vida dan menganggap ia kenyataan berbaur biadab di ruang komen video TikTok yang viral itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.