Uncategorized

“Tahniah Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza”-Heliza Helmi kahwin jutawan

PETALING JAYA: Penyanyi, Heliza Helmi, 36, dikatakan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang juga dipercayai jutawan bergelar Datuk.

Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

Datuk
“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar.

Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan berkenaan berita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan kedua-dua pasangan itu.

“Alhamdulilah, tahniah Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza,” kata faizalazizisofta

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group ({FGG) telah di anugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today.

Leave a Reply

Your email address will not be published.