Amalan

Tengku Zafrul umum tarikh pendaftaran baharu, kemas kini BKM bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka mulai hari ini hingga 31 Januari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing dan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.

“BKM pada 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, data penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas Covid (BKC) B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.

Selain itu, data agensi kerajaan lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut dibawa ke dalam sistem BKM.

Turut disemak, kelayakan data Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Pemohon BKM boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik dalam portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

TENGKUZAFRUL RESPOND TENTANG DESAKAN RAKYAT MOHON KELUAR KWSP KERANABANJIRR. SEBAB SEBENAR KENAPA DIA TAK LULUSKAN DIBERITAHU

Semua pihak termasuk mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan bencana alam seperti banjir, tidak boleh melihat simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penyelesaian kepada sesuatu cabaran yang dihadapi.

Sebaliknya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apabila Kerajaan membenarkan tiga program pengeluaran khas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, ia hanya sebagai langkah jangka masa pendek dan bersifat sementara akibat pandemik Covid-19 berikutan tidak pernah berlaku pandemik seumpama ini yang memberi impak kepada seluruh dunia.

Beliau berkata, ketika ini, ada pihak yang menuntut lebih banyak pengeluaran KWSP dibenarkan, berikutan pihak terbabit melihat ia sebagai modal politik mudah.

Namun, katanya, tuntutan sedemikian tidak dibuat dengan sikap bertanggungjawab dan secara melulu tanpa analisis dan perkiraan rapi.

“Kita tidak boleh membenarkan pengeluaran KWSP untuk semua bencana. Hampir setiap tahun negara dilanda banjir. Mungkin akan ada bencana lain seperti tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya.

“Kalau untuk setiap bencana ini kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ini tidak tercapai matlamatnya.

“Hakikatnya hampir 50 peratus atau kira-kira 6 juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, ketika ini, ada ahli KWSP yang sudah membuat pengeluaran sehingga RM71,000 melalui tiga pengeluaran khas berkenaan dengan jumlah keseluruhan membabitkan angka RM101 bilion.

Beliau berkata, jika Kerajaan terus membenarkan pengeluaran khas demikian tidak diketahui apa yang akan terjadi padi simpanan hari tua pencarum terbabit.

Katanya, golongan terbabit tidak akan mendapat faedah jika pengeluaran tambahan i-Citra seperti yang didesak sesetengah pihak itu membabitkan simpanan sebanyak RM10,000, dibenarkan.

Malah, beliau berkata, 74 peratus daripada golongan ini adalah golongan Bumiputera.

“Lebih membimbangkan lagi 79 peratus daripada golongan yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 juga adalah Bumiputera.

“Percayalah dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan saja jangka pendek tapi juga kesejahteraan jangka panjang iaitu anak cucu kita kelak,” katanya.

Dalam membantu mangsa bencana termasuk banjir yang berlaku baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhannya banyak bantuan dihulurkan kerajaan bagi membantu rakyat.

Katanya, antaranya bagi membantu aliran tunai golongan B40 dan M40, kerajaan sudah menyalurkan bantuan berjumlah RM10 bilion melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan juga Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang dimanfaatkan kira-kira 11 juta penerima.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan turut menyalurkan bantuan wang ihsan yang ditingkatkan kepada RM1,000 kepada mangsa banjir baru-baru ini serta pelbagai jenis bantuan lain seperti bantuan untuk membeli perkakasan elektrik, bantuan untuk membaiki kenderaan, diskaun sehingga 50 peratus terhadap alat ganti kereta, pembiayaan dengan kadar 0 peratus moratorium dan banyak lagi.

“Tujuan KWSP adalah tidak lain dan tidak bukan untuk persediaan masa tua. Apabila kudrat terus bekerja mula berkurangan.

“Perlu kita ketahui adalah amat penting rakyat kita memiliki persediaan hari tua kerana tidak lama dari sekarang, iaitu pada tahun 2030 Malaysia dijangka mencapai status negara tua

“Ini bermaksud jangka masa lapan tahun saja golongan pesara dan warga tua akan merangkumi 15 peratus atau lebih 5.3 juta dari penduduk negara. Lapan tahun lagi bukanlah lama. Ini bermakna mereka akan memerlukan simpanan yang lebih banyak untuk membiayai sara hidup selepas bersara,” katanya.

VIDEO:

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.