Entertainment

“Tergamak doa mcm ni” Azwan Ali terasa hati baca komen , ini permintaan beliau kepada netizen

TERKENAL sebagai selebriti sensasi yang bermulut lantang, pengacara Azwan Ali bagaimanapun terasa hati dengan komen segelintir netizen yang mendoakan kecelakaannya.

Kata Azwan, 56, masyarakat seharusnya dididik dengan budi pekerti mulia dan tidak mendoakan keburukan sesama manusia.

“Netizen ingat saya sakit nak mati. Komen begini menyakitkan dan keterlaluan.

“Jadilah orang yang mulia. Orang mulia sentiasa mendoakan… minta supaya cepat sembuh.

“(Bergurau dengan) hal mati, sakit… tak dididik ke? Kalau orang tu sakit… bermusuh macam mana pun pergi melawat dia,” katanya kepada mStar pada majlis pelancaran program Mic On! musim kedua pada Khamis.

Pada 14 Januari lalu Azwan terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan.

Lebih menggemparkan apabila Azwan sendiri mendakwa dia menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Bercerita lanjut tentang masalah keracunan makanan yang dialaminya itu, Azwan berkata dia mengesyaki ia berpunca daripada burger yang dibelinya dari sebuah gerai di tepi jalan pada malam kejadian.

Saya dah pernah cakap, saya akan mengamuk sehingga kiamat!

“Saya beli burger tepi jalan, saya lapar sangat. Selepas beli saya terus makan dalam kereta tanpa periksa dulu kebersihannya.

“Itu salah saya sendiri, sepatutnya periksa dulu jika ada benda asing.

“Saya memang masuk ICU… lepas tu orang komen kata ingat saya dah mati, hidup lagi rupanya,” katanya.

Sementara itu mengulas tentang pemilihannya sebagai hos Mic On! musim kedua, Azwan berkata dia akan melakukan yang terbaik termasuk menjaga tingkah laku di televisyen.

Walau bagaimanapun selebriti berpengalaman dalam dunia penyiaran itu berkata pembabitannya di stesen televisyen tidak akan membuatkan dia berhenti memberi kritikan pedas di media sosial.

“Saya dah pernah cakap, saya akan mengamuk sehingga kiamat!

“Jika ada sebarang kes atau ada orang buat sesuatu yang tidak betul saya akan tegur.

“Tapi janganlah cepat melenting kerana saya tegur untuk kebaikan semua. Di hadapan kamera saya berbeza,” katanya.

Azwan dimasukkan ke ICU akibat keracunan makanan kelmarin.

Jom kita lihat Biodata Profil Azwan Ali Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.

Nama penuh: Mohamed Azwan bin Haji Ali

Tarikh lahir : 13 Februari 1966

Asal : Kampung Gate Baru Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Warganegara : Malaysia

Nama lain : Azwan Ali

Pekerjaan: Pelakon, pengacara TV

Tahun aktif : 1991 – kini

Ibu bapa : Ustaz Ali& Hajah Che Tom Yahaya

Saudara : Azmin Ali (Abang), Arpah Ali (Adik), Azman Ali (Abang), Umi Hafilda Ali (adik)

Tahukah anda bahawa Azwan Ali mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991. Merupakan seorang pengacara popular di Malaysia. Adik beradiknya termasuklah abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Haji Ali, adiknya Ummie Hafilda Haji Ali dan Arpah Ali pakar motivasi. Dia terkenal dengan ungkapan “Ada aku kisah?” dan ‘Amboi amboi amboi…’. Selain itu juga Azwan Ali terkenal juga dengan nama manjanya AA atau Baby AA. Azwan Ali pernah berlakon filem Aku No. 1 arahan Aznil Nawawi.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.