Amalan

Sampai Penjaga Gol Kebangsaan Pun Jadi Buru4n Pihak Bank, Satu Masej Dari TMJ Mula Tular

Majoriti anggota skuad Melaka United musim lalu kini menjadi bvruan bank selepas hampir tiga bulan tidak menerima sebarang gaji sejak Oktober tahun lalu.

Mungkin ia agak mengejutkan, namun itulah senario sebenar dalam kem Melaka United ketika ini apabila ramai pemain skuad yang mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu itu

diburu pihak bank ekoran kegagalan menjelaskan komitmen bulanan.

Antara mangsa penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat apabila perbualannya di laman sosial menjadi viral dengan beliau mengakui diburu pihak bank selepas tidak dibayar

gaji sejak beberapa bulan lalu.

“Ini pun sampai tiga bulan kita orang diam tau. Sebab nak jaga kan team. Tapi dah lama sangat kita orang pun ‘tension’ bank dok call hari-hari, anak bini nak makan,” tulisnya.

Situasi sama turut dikongsikan seorang lagi pemain Melaka United yang enggan dikenali kepada Arena Metro apabila mengesahkan situasi berkenaan.

Katanya, pengurusan kelab berjanji menyelesaikan tunggakan gaji pada awal Disember lalu, namun sehingga kini janji tinggal janji.

“Pengurusan kelab kata nak bayar pada awal Disember. Kami tunggu, tapi habuk pun tak ada. Lepas itu mereka janji lagi, kata nak masuk pertengahan bulan lepas, pun sama tak ada juga.

“Sehinggalah tahun baru dah masuk ini, sama juga gaji kami tetap tak masuk. Kami dah tak boleh sabar, kesian dekat keluarga kami yang perlu diberikan makan dan minum.

“Itu belum lagi kira bayaran komitmen rumah dan kereta…sekarang ini bank asyik call tanya bila nak bayar. Kami harap sangat pihak kelab segera selesaikan tunggakan kerana kami

perlukan gaji kami,” kata pemain itu.

Untuk rekod, skuad Hang Tuah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan mengharungi kempen Liga Malaysia dengan cukup baik sepanjang musim lalu.

Kemuncaknya dalam saingan Piala Malaysia apabila Melaka United berjaya mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia pada Oktober lalu yang menyaksikan pasukan itu berjuang hingga ke

penentuan sepakan penalti sebelum tewas 3-5 di tangan Kuala Lumpur City FC.

BERHUBUNG ISU TUNGGAKAN GAJI PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC MUSIM 2021, KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC KINI SEDANG DALAM PROSES AKHIR PENSTRUKTURAN SEMULA DARI SEGI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.

PIHAK PENGURUSAN KELAB MEMBERI JAMINAN UNTUK MENYELESAIKAN SEMUA TUNGGAKAN DALAM MASA TERDEKAT BAGI MEMASTIKAN PERANCANGAN MELAKA UNITED FC BAGI TAHUN 2022 BERJALAN LANCAR.

PIHAK PENGURUSAN MENGHARGAI KESABARAN DAN KERJASAMA DARIPADA PARA PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC.

SOKONGAN DARIPADA SEMUA PIHAK KHUSUSNYA PARA PENYOKONG AMAT KAMI HARGAI DAN SEMOGA 2022 MENJADI TAHUN YANG GEMILANG BUAT MELAKA UNITED FC.

PENGURUSAN KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC

TMJ tegur Melaka United tak bayar gaji

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) supaya segera menyelesaikan isu tunggakan gaji membabitkan skuad Hang Tuah.

Teguran itu dipercayai dibuat Tunku Ismail yang juga Penaung Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi mesej yang dihantar kepada Presiden MUSA, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Datuk, pasukan Melaka tidak bayar gaji pemain sudah tiga bulan. Tak bagus untuk imej integriti pasukan Melaka dan juga kebajikan pemain.

“Tolong selesaikan isu ini Datuk,” tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam mesej berkenaan dengan tangkap layar perbualan itu turut dikongsikan beliau di laman media sosial miliknya.

Mesej berkenaan turut dibalas Sulaiman dengan mengatakan beliau akan berusaha menyelesaikan perkara itu sebaik mungkin.

Bagaimanapun ciapan TMJ di laman Twitter itu seakan sudah dipadam.

Semalam, beberapa pemain Melaka United dilaporkan memohon pasukan itu menyelesaikan masalah tunggakan gaji selama tiga bulan membabitkan musim lalu.

Ia bukan kali pertama skuad Hang Tuah dibelenggu masalah berkenaan dengan mereka pernah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada musim lalu atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan.

Mesej dihantar TMJ berkaitan isu pembayaran gaji pemain Melaka United.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: IG melakautdfc_offic

Leave a Reply

Your email address will not be published.