Hiburan

“Warga R0hingya, jangan ‘naik kepala’- Ini Kata2 Menteri Dalam Negeri Boleh Buat Mereka Kecut Perut

HULU LANGAT: Jangan ‘naik kepala’!

Itu amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada etnik Rohingya termasuk mereka yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan pengemis kanak-kanak dari etnik berkenaan yang bersikap kasar seperti yang tular baru-baru ini.
Tegasnya, semua orang tidak kira warganegara atau sebaliknya, perlu mematuhi undang-undang ditetapkan ketika mereka berada di Malaysia, tiada yang terkecuali.

“Saya sudah hampir dua tahun berjuang untuk memastikan mereka yang mempunyai kad UNHCR (dan) faham akan kedudukan mereka. Mereka bukan rakyat, mereka hanya duduk di sini sebagai pelarian.

“Kena faham bahawa Malaysia bukan negara yang akan menjadi ‘cemeteries’ kepada pelarian kerana kita hanya membantu. Jadi atas sifat perikemanusiaan itu kita cuba membantu sebaik mungkin tapi jangan sampai naik kepala.

“Bila ‘naik kepala’, saya nak maklumkan bahawa saya adalah Menteri Dalam Negeri yang tidak suka sesiapa sahaja ‘naik kepala’ kepada undang-undang yang ada. Kita akan lakukan sesuatu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Program Mekar Prihatin Pasca Banjir anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Taman Sri Nanding, di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, Malaysia bersimpati dengan nasib menimpa etnik tersebut, namun, mereka tidak boleh menimbulkan masalah sehingga mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

“Sesiapa sahaja kalau nak duduk dalam negara ini, dia kena ikut undang-undang. Kalau mereka tidak mengikut undang-undang, boleh diambil tindakan, itu pasti.

“Betul, kita simpati kepada golongan berkenaan tetapi mereka tidak boleh sehingga menimbulkan masalah contohnya aktiviti meminta sedekah di lampu isyarat sehingga memaki hamun, perkara itu tak sepatutnya berlaku dalam negara ini.

“Jadi kita cuba untuk mengajar semua pihak yang mahu duduk di sini supaya faham ini adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang harus diikuti oleh semua,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular video memaparkan kanak-kanak etnik Rohingya meminta sedekah daripada pemandu kenderaan di jalan raya sekitar ibu negara.

Lebih membimbangkan, mereka dikatakan bukan hanya meminta sedekah malah mengeluarkan perkataan tidak sesuai selain mengetuk kenderaan orang awam ketika meminta sedekah.

Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang – Timbalan KPN

ALOR SETAR: Polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket mendalangi etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan mengemis di jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar di negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pada masa ini polis sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan tersebut.

“Sindiket ada kemungkinan, saya tidak boleh nak ni (sahkan) lagi, mungkin selepas buat tangkapan ataupun siasatan nanti, kita cuba kumpulkan risikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Pada majlis itu, Razarudin menyaksikan bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad.

Razarudin memberitahu, pihaknya telah mengarahkan ibu pejabat polis kontinjen dan daerah memantau secara lebih serius kegiatan mengemis dalam kalangan etnik Rohingya.

Jelasnya, kebanyakan kegiatan tersebut kebanyakannya dikesan lampu isyarat di jalan sesak di bandar-bandar besar.

Selain itu, tambahnya, polis juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas etnik Rohingya yang didapati mengemis di jalanan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Kesalahan Kecil.

“Kita boleh mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan mengganggu dan juga money orphan atas kesalahan kecil..undang-undang di Malaysia ini bukan sahaja tertakluk kepada warganegara

Malaysia, ia juga tertakluk juga kepada sesiapa sahaja yang telah melakukan kesalahan jenayah kesalahan kecil tindakan akan diambil,” katanya.

Long Tiger masih direman, jalani kuarantin

OHOR BAHRU: Lelaki etnik Rohingya, Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, berkata Long Tiger, 33, direman dan dikuarantin bermula semalam sehingga 18 Januari ini.

Katanya, kertas siasatan kes lelaki itu sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Long Tiger masih direman di penjara atas kes lamanya iaitu Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah selain menjalani kuarantin 14 hari bermula semalam hingga 18 Januari.

“Polis Johor hanya menunggu arahan lanjut Pejabat Peguam Negara dan bersedia membuat pendakwaan sebaik suspek selesai menjalani reman dan kuarantin.

“Lapan suspek yang bersubahat dengan suspek yang berusia antara 30 hingga 40-an sudah dilepaskan atas jaminan polis pada 1 Januari lalu dan akan didakwa bersama suspek.

“Lapan yang bersubahat itu akan didakwa kerana bersubahat membantu menyembunyikan Long Tiger termasuk memotong gari, membeli kad sim, membeli telefon dan membeli pakaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Long Tiger dilaporkan meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, dipercayai dalam perjalanan menyelinap ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disember.

Long Tiger meloloskan diri melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.

Sementara itu, Kok Chin berkata, Long Tiger didapati negatif COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published.