Amalan

Yusuf Azmi kongsi perbualan terakhir Dato Hisham bersama Abg Ali buat ramai sayu

Jenazah Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut, kira-kira pukul 8 pagi ahad.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi melalui perkongsian di laman Facebooknya berkata, sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah, selepas subuh.

“Syukur Alhamdulillah urusan pengebumian jenazah almarhum sahabat perjuangan saya, Abang Ali telah selamat dan selesai semuanya kira-kira pukul 8 pagi.

“Masya-Allah dengan kehendaknya dan izinnya, begitu ramai orang mendoakan sahabat Abang Ali, pemergian yang dicemburui,

“Ramai yang menyolatkan jenazah dan ramai juga yang mengiringi jenazah ke perkuburan. Allahuakbar! Cemburu saya, bila orang yang baik-baik datang ziarah dan beri penghormatan,” ujarnya sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang mengutuskan ucapan buat arwah.

Berikut perbualan terakhir Dato Hisham bersama Abg Ali yang di kongsi oleh Yusuf Azmi di laman facebook milik beliau

Perbualan terakhir Dato Hisham bersama Abg Ali pada malam sebelum kejadian… Semoga Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali) ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

(Al-Fatihah)

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Terdahulu, Abang Ali meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh, Johor di sini semalam.

Difahamkan, kem4langan berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.

Arwah pernah pimpin saya turun tangga’ – Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memuat naik gambar beliau dipimpin oleh Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali di laman Facebooknya semalam.

Pada masa sama, Abdul Hadi yang juga Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian Abang Ali sambil menitipkan doa buat arwah.

“Mendapat perkhabaran berita sedih petang ini berkenaan saudara Ali bin Salimin daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia telah kembali ke rahmatullah, selepas terlibat dalam kemalangan.

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” ujarnya.

Mengulas berkenaan gambar tersebut, Setiausaha Akhbar kepada Abdul Hadi, Abdul Malik Ab Razak berkata, gambar itu dirakam secara tidak sengaja ketika arwah bersama Yusuf Azmi dan sahabat-sahabat daripada PPIM melawat Abdul Hadi di kediamannya di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.

“Gambar itu gambar lama, ketika arwah dan rakan-rakan melawat Tuan Guru pada 29 September 2017 lalu.

“Masa tu Tuan Guru nk turun tangga, arwah Abang Ali dan Yusuf Azmi pimpin tangan Tuan Guru takut dia terjatuh. Saya doakan semoga Allah tempatkan Abang Ali dalam kalangan orang-orang yang soleh,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Arwah Abang Ali (kanan) memimpin tangan Abdul Hadi untuk turun tangga ketika arwah dan rakan-rakan PPIM mengunjungi kediamannya di Kampung Rusila, Marang, Terengganu pada 29 September 2017.

Perkongsian gambar berkenaan turut menarik perhatian ramai apabila mendapat tanda suka sebanyak 12,000, 717 komen dan dikongsi 419 kali oleh pelayar Facebook setakat pukul 12.15 tengah hari ini.

“Seganas-ganas raut muka, arwah tetap hormat kepada Tuan Guru.. Muka jer tapi hati Masya-Allah baik. Semoga Allah mencucuri rahmat dan memberi keampunan kepada arwah dan diri kita semua,” tulis Jamri Son.

“Ramai orang menyaksikan kebaikan Abang Ali sepanjang berjuang sebagai aktivis PPIM. Semoga syurga buatnya, alfatihah dibaca,” ujar Nur Kamaliah pula.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah kpd seluruh ahli keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.