Hiburan

3 Gadis Ni Slumber Masukkan Jenazah Bapa Dlm Kandungan TikTok. Ini Reaksi Dari Mufti Wilayah

SIAPA yang tidak sedih apabila insan tersayang mening gal dunia?

Macam-macam cara dibuat untuk meluahkan kesedihan termasuk berkongsi perasaan menerusi platform media sosial.

Namun kecoh apabila satu video menunjukkan tiga gadis dipercayai adik-beradik membuat rakaman di sebelah jena zah bapa mereka.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, ia menunjukkan trend ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi ikutan di media sosial.

Rakaman ‘sebelum’ pada Oktober 2021 menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang menari ketika duduk, dan seorang lelaki dipercayai bapa mereka berdiri di belakang.

Ia disusuli rakaman ‘selepas’ iaitu pada Februari 2022 di mana ketiga-tiganya memakai tudung dan berjubah dengan kedudukan sama, namun kali ini berdiri bersebelahan dengan jena zah bapa mereka.

Di akhir video, ketiga-tiga mereka kemudian berpaling ke arah jena zah yang telah ditutup dengan kain kapan.

“Rasa sekejap sangat bersama papa. Perginya papa pada hari Jumaat setelah bertarung 33 hari di ICU (unit rawatan rapi).

“Semoga syurga tempatmu papa bersama para hambaNya yang soleh. Amin,” tulisnya menerusi keterangan video, tanpa mendedahkan lokasi rakaman.

Tangkap layar video mengikut trend media sosial ‘sebelum dan selepas’.

Berdasarkan semakan, bapa mereka menghidap kanser tahap empat dan sebelum ini menjalani kemoterapi.

“Hargailah mereka selagi ada. Sakit dan sedih yang terdalam. Terima kasih Allah berikan kami ayah terhebat! Kami akan menyusulmu. Al-Fatihah untuk papa,” tambahnya.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada awal pagi Isnin itu menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen menyifatkan rakaman bersama jena zah yang dibuat mengikut trend media sosial itu sebagai tidak sensitif.

“Macam mana boleh teringat nak video ni waktu tengah sedih.”

“Aku tak boleh brain, dia mampu buat TikTok kat sebelah jena zah.”

“Ayah saya mening gal bulan 10 tahun lepas. Tak pernah terfikir nak buat macam ni. Nak tengok gambar-gambar dia waktu sakit atau sihat pun saya tak mampu lagi,” demikian antara komen-komen netizen.

komen trend jenazah ayah compile B

Antara komen-komen netizen.

Susulan dikecam ramai, video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan daripada akaun TikTok yang mempunyai lebih 91,000 pengikut.

INI RESPOND PEJABAT MUFTI KL

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 memberi penjelasan berhubung pertanyaan tentang menyebar video orang yang telah mening gal dunia yang dirakamkan bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsi di media sosial.

“Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si ma ti di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum.

Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.

“Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si ma ti. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.

“Namun, perbuatan menyebarkan video atau gambar tersebut diharuskan bagi tujuan tertentu untuk menjaga kebaikan dan manfaat bagi pihak yang berautoriti dengan syarat mendapat keizinan pihak keluarga serta menjaga aib si ma ti,” menurut penjelasan ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 540: Hukum Merakam Video Orang Yang Mening gal Dunia?’

Leave a Reply

Your email address will not be published.