Hiburan

Aishah bagi pesanan kepada mereka yg masih tak berpuas hati dengannya

Penyanyi Aishah hari ini menegur segelintir pihak yang didapati masih tidak berpuas hati dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepadanya baru-baru ini.

Bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati dan jika mereka berani, kata Aishah, wajar pihak terbabit dan dia bersemuka.

Hal itu kerana, katanya, pihak terbabit dianggap tidak berani menampakkan diri sebenar mereka sebaliknya hanya menimbulkan isu secara sorok-sorok.

“Ada juga yang masih tak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe.

“Berdepanlah kalau berani cakap apa yang tak puas hati dengan dengan saya,” katanya.

Aishah dianugerahkan pingat Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Jan lalu.

Katanya kepada Malaysiakini ketika itu, dia bersyukur apabila diberi pengiktirafan sebegitu selepas terlibat sebagai anak seni selama lebih 35 tahun.

Penyanyi Ketentuan Takdir itu pada masa sama meluahkan, masalah yang dihadapinya sekarang mungkin menunjukkan realiti yang sedang berlaku dalam kalangan orang ramai sekarang.

“Terlalu ramai orang sakit jiwa sekarang,” katanya.

Aishah Sanggup Datang Dalam Basah Kuyup Demi Jayakan Single Terbaharu

Penyanyi Datuk Aishah kini tampil dengan single terbaharu berjudul Ketentuan Takdir. Di sebalik penghasilan lagu tersebut, siapa sangka tersimpan pelbagai kisah yang begitu dekat dengan pemilik nama sebenar Wan Aishah binti Wan Ariffin ini.

Aishah Redah Banjir

Menurut komposer Ketentuan Takdir, Chevy Amry dia berasa terharu apabila Aishah sudi menerima lagu ciptaannya itu bersama Datuk Habsah Hassan sebagai penulis lirik dan bersusah payah hadir untuk ke sesi rakaman.

“Suatu hari Kak Chah (Habsah) menghantar lirik lagu Ketentuan Takdir kepada saya..tiba-tiba dapat ilham katanya..saya terus menghasilkan melodi lagu tersebut dan memperdengarkan kepada Kak Chah.Alhamdulillah dia suka melodi tersebut.Kemudian saya memperdengarkan kepada Datuk Aishah, ternyata dia juga suka melodi dan liriknya” kata Chevy kepada Murai.my

Dedah Chevy, ketika hari rakaman, hujan turun dengan lebat sehingga banjir di sesetengah kawasan. Manakala, Aishah sanggup meredah banjir untuk ke studio rakaman yang mengambil masa hampir 2 jam dan berada dalam keadaan basah kuyup akibat terkena tempias hujan.

“Pada hari rakaman vokal, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan banjir. Aishah terpaksa meredah banjir dalam perjalanan ke studio yang mengambil masa hampir 2 jam. Rakaman vokal sepatutnya bermula pada pukul 8:30 malam, tetapi Aishah tiba di studio pada pukul 10 malam dengan basah kuyup. Namun semangat dia sungguh kuat untuk menyiapkan rakaman pada malam itu yang selesai pada jam 12 malam” katanya lagi

Lagu Mengenai Perjalanan Aishah

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai lagu tersebut,jelas Chevy Aishah menyifatkan ia seolah-olah perjalanan kisah hidupnya kini apatah lagi diuji perceraian dengan bekas suami pada 25 Disember tahun lalu. Malah lagu ini juga menceritakan intipati Aishah sepanjang bergelar anak seni.

“liriknya seakan-akan menceritakan tentang kisah hidupnya sekarang.. Lirik lagu Ketentuan Takdir sangat relevan dengan dirinya kerana liriknya adalah berdasarkan kisah benar tentang suka duka hidup Aishah selama bergelar anak seni..

“Lagu ini amat mencabar, dan melodi lagu ini amat segar dan cathcy, sekali dengar dah boleh melekat di jiwa” dedah Chevy

Istimewanya susunan lagu ini turut mendapat sentuhan dari Azlan Abu Hassan,adik kepada Allahyarham Adnan Abu Hassan yang merupakan komposer dan produser untuk lagu serta album-Aishah sejak tahun 1990. Serentak dengan pelancaran secara maya, Aishah turut memperkenalkan #KetentuanTakdirChallenge bagi mengajak peminat-peminatnya turut serta menyanyikan single terbaharunya itu di dalam versi mereka sendiri.

Di kesempatan itu, Chevy turut berharap lagu Ketentuan Takdir akan diterima dengan baik oleh peminat-peminat Aishah. Lagu Ketentuan Takdir kini boleh dilayari di semua platform digital seperti Spotify, JOOX, Apple Music,DEEZER dan YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published.