Uncategorized

Anak bongsu sudah suntik vaksin C0vid, ini kata2 KJ kepada semua ibu bapa

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan anak bongsunya telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Khairy berkata anaknya, Raif telah selesai dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya, Raif di WTCKL. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19,” ciapnya.

Tambah Khairy, dia menyarankan agar ibu bapa di luar sana segera mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Daftar anak anda untuk PICKids,” katanya.

Melalui perkongsian di media sosial, KJ di lihat bertanya kepada pegawai bertugas untuk memastikan picagari tersebut di isi dengan vaksin dan bukannya angin kosong seperti yang tular dalam beberapa kes sebelum ini

Terdahulu, pada 3 Januari 2022, Khairy memaklumkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera.

Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun

Tiada sesiapa sepatutnya terlepas dari tindakan undang-undang, biarpun pihak itu datang dari kerajaan sendiri.

Terbaharu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) tentang penjarakan sosial.

Mereka yang dikenakan kompaun ialah Menteri Kanan Pertahanan merangkap Pengerusi Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, dan

Pengerusi BN Johor, merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Turut dikenakan kompaun ialah penganjur untuk Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, yang diadakan di Kota Iskandar, awal hari ini.

“Saya telah mengarahkan pegawai KKM Putrajaya untuk keluarkan kompaun kepada Datuk Seri Hishammuddin, Datuk Seri Hasni, Tan Sri Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir, penganjur di bawah Akta 342.

“KKM Putrajaya akan terus pantau SOP sempena Pilihan Raya Negeri Johor,” kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi.

Khairy berkata demikian sebagai respons kepada satu video yang menunjukkan pelanggaran SOP yang jelas oleh mereka yang hadir, sewaktu pelancaran majlis tersebut.

Menerusi portal COVIDNOW yang dikemaskini setakat jam 8 pagi hari ini, Johor mencatatkan pertambahan 3,227 kes baharu COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published.