Hiburan

”Baby girl for Neyney ” – Nora Danish Nak Anak Perempuan, Tapi Respond Suami Tarik Perhatian

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon berbakat Nora Danish? Sudah tentu bakat lakonannya sering disiarkan di kava television dan lakonannya sering tidak asing lagi dalam industri hiburan.

Umum diketahui ramai, Nora Danish melangsungkan penikahan bersama pilihan hatinya, iaitu Nedim Nazri pada tahun 2017 dan kini telah mempunyai tiga orang anak lelaki.

Nora Danish nak anak perempuan

Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish memberi bayangan bakal menambah bilangan cahaya mata dan mengimpikan seorang anak perempuan.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di Instagram, Nora menyatakan hasratnya untuk memiliki anak perempuan. Lebih menghiburkan lagi apabila anak lelakinya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dikenali sebagai NeyNey menyuruh Nora untuk ‘membeli’ adik perempuannya itu di aplikasi membeli-belah dalam talian.

Comel NeyNey nyanyi

“Saya rasa saya nak anak perempuan. Ada sesiapa nak jual? Hehehe. NeyNey suruh beli adik perempuan dia kat Lazada.” Tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun posting berkenaan tidak hanya ‘bertepuk sebelah tangan’ apabila suami kepada pelakon Puteri ini iaitu Nedim Nazri turut memberi reaksi mengenai perkara berkenaan dengan mengatakan bahawa dia akan berusaha memenuhi permintaan anak lelakinya itu.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terhibur dengan permintaan NeyNey. Malah ada juga di antara mereka turut mengatakan jika Nora mempunyai anak perempuan pasti comel sepertinya.

Komen netizen:

‘Rayqal pandai bawa diri, berdikari’ – Nora Danish

Pelakon, Nora Danish berbangga dengan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang dilihat mempunyai keperibadian baik walaupun dibesarkan dalam keluarga yang tidak sempurna apabila Nora dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai sudah bercerai.

Nora berkata, walaupun Rayqal baru berusia 12 tahun, tetapi dia pandai membawa diri dan berdikari.

“Saya bersyukur Rayqal dilahirkan menjadi anak yang sangat penyayang dan menyayangi seluruh ahli keluarganya. Dia anak yang pandai berdikari dan berani.

“Kalau saya bawa ke mana-mana, dia akan menjaga adiknya. Semua orang begitu rapat dengan Rayqal termasuk sepupu-sepupu di sebelah Jejai.

“Walaupun saya dan Jejai sudah berpisah tapi kami tak pernah cakap benda yang mengarut, malah kami selalu terapkan perkara yang positif. Mungkin sebab itulah dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Menurut Nora, Rayqal juga tidak memiliki sifat cemburu apabila melihat Nora memberi perhatian kepada adiknya, Mohamed Neqayl Nedim.

“Alhamdulillah, Rayqal tidak pernah berasa cemburu apabila melihat saya mungkin lebih manjakan Ney Ney (panggilan Neqayl) sekarang ini. Malah, kalau dia tengok saya marah Ney Ney, dia pula yang tegur saya dan beritahu adiknya masih budak lagi. Dia pula yang betulkan saya,” katanya.

Rayqal adalah satu-satunya anak daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai.

Mereka bercer4i pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan seorang anak iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

NORA bersama suami, Nedim Nazri dan anak, Putra Rayqal (tengah) dan Mohamed Neqayl Nedim.

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.