Entertainment

‘Dulu Sy Boleh Cuci Dan Kemas Rumah 3 Tingkat, Tapi Kini..’ – Keadaan Terkini Maria Tunku Sabri, Mohon Doakan

” Banyak perubahan yang saya rasakan pada diri contohnya mudah penat…”

Itu antara pengakuan pengacara popular, Maria Tunku Sabri mengakui sering letih dan semput serta mudah lupa selepas pulih daripada C0VlD-I9.

Terdahulu, Maria dij4ngkiti viirus berkenaan Oktober tahun lalu dan menyedari banyak perubahan pada dirinya selain kehilangan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

” Bercerita mengenai kesan akiibat C0VlD-I9, banyak perubahan yang saya rasakan pada diri contohnya mudah penat dan semput. Walaupun mempunyai pembantu rumah, saya lebih selesa melakukan kerja rumah sendiri.

” Kesan selepas dij4ngkiti C0VlD-I9 itu benar-benar terasa. Jika dulu saya boleh mencuci dan mengemas rumah tiga tingkat, kini saya perlu berehat seketika kerana terlalu letih.

” Selain itu, saya juga mudah lupa. Itu yang menyebabkan saya jarang memuat naik video memasak kerana banyak tergendala.

” Kadang-kadang saya sudah membuka peti sejuk, namun terlupa apa barang yang ingin saya ambil tadi,” katanya kepada HarianMetro.

Menurutnya, masalah asma yang dialaminya dulu turut kembali selepas pulih C0VlD-I9.

Maria berkata, hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) turut mendapati masih berbaki kesan akiibat viirus C0VlD-I9.

” Baru-baru ini saya menjalani ujian kesihatan di IJN dan membuat pemeriksaan untuk mengkaji tahap kesihatan.

” Masih ada sedikit titik-titik pada bahagian paru-paru dan mereka menyarankan saya untuk melakukan latihan pernafasan.

” Jadi, saya melakukan senaman pernafasan itu sebanyak 10 set setiap hari. Alhamdulillah, selera dan deria rasa juga sudah kembali secara perlahan-lahan,” katanya.

Pada Oktober lalu, Maria dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan C0VlD-I9 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang selepas bacaan dar4h tnggi rendah, degupan jantung laju dan demam akiibat dij4ngkiti C0VlD-I9.

” Saya mohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan.

” Saya maafkan semua orang dan halalkan makan minum suami, anak-anak dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi.” luah Maria.

Banglo 7 tingkat Maria jadi tumpuan

Pada tahun 2018, tular dimedia sosial tentang pengacara ini did4kwa menyewa rumah banglo berharga RM120k sebulan.

Bagaimanapun dkwaan itu telah dinafikan oleh Maria sendiri apabila beliau mengatakan dirinya tidak pernah terfikir untuk menyewa banglo semahal itu.

” Buat apa saya menyewa rumah semata-mata untuk menunjuk kemewahan? Lebih baik saya menyimpan duit yang ada atau pun beli hartanah.

” Sekurang-kurangnya ia boleh saya jadikan aset pada masa hadapan atau wang digunakan membawa keluarga melancong.” katanya.

Banglo yang didiami sekarang adalah banglo yang dibina atas inisiatif suami dan ibu mentua sendiri, akui Maria. Malah, pembinaan banglo itu tiada pembabitan hutang langsung.

” Kebetulan ibu mentua mempunyai tanah di kawasan terbabit. Selepas melakukan hibah ia diserahkan kepada suami.

” Rumah dibina atas wang simpanan dikumpul bertahun-tahun. Ia dibina agar kami dekat dengan ibu mentua.” kata Maria.

Menarik tentang nama ‘Maria’ Tunku Sabri

Dalam pada itu, Maria Tunku Sabri sebelum ini pernah mendedahkan tentang nama panggilannya di rumah yang tidak diketahui umum selama ini.

Menurut Maria, 44, ahli keluarganya memanggilnya dengan nama ‘Sheila’ dan bukannya Maria.

” Ramai tak tahu nama panggilan di rumah saya, ‘Sheila’, sepatutnya Suhaila.

” Tunku Razak Tunku Kassim atau Ayah Razak inilah bagi nama ‘Sheila’,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, bekas pengacara yang popular dengan program Jalan-Jalan Cari Makan itu turut berkongsi gambar dirinya bersama lelaki yang memberikan nama timangannya itu dalam keluarganya.

Begitupun, katanya, nama Maria itu lebih bersifat komersial.

” Nama sebenar ‘Maria’ lebih international kalau travel senang sebut.

” Lama tak jumpa Ayah Razak dulu masa arwh Mama ada kerap datang rumah mama, seronoknya dengan Ayah Razak ni kita banyak belajar macam-macam dari ilmu agama hingga kehidupan,” katanya.

Pendedahan Maria itu kemudian turut mendapat respons daripada dalam kalangan rakan seindustri.

” Nama aku busuklah ye?” komen pelakon Sheila Rusly.

” Lah, kawan aku ada dua Sheila. Sheila Rusly dan Sheila Tunku Sabri,” tulis pelakon Sharifah Shahora

Selain dikenali sebagai pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Maria Tunku Sabri juga merupakan bekas pramugari Malaysia Airlines System (MAS) sekitar tahun 1980-an.

Sumber:hmetr0

Leave a Reply

Your email address will not be published.