Uncategorized

“Itulah kali terakhir saya melihat Rayan” Ibu Beritahu Kata-Kata Terakhir Rayan

Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari telah meninggal dunia, hari ini. Kenyataan mengenai kematian Rayan Awram, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Menurut laporan BBC News, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Diiringi laungan ‘Allahuakbar’

Rayan Awram yang terperangkap lebih 70 jam dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter disahkan meninggal dunia hari ini. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa ketika pasukan penyelamat menemuinya dalam keadaan mengiring. Pihak berkuasa Maghribi mengumumkan kematiannya sebelum jam 10 malam (waktu tempatan) sejurus anggota penyelamat berjaya mengeluarkan jasad kanak-kanak malang itu dari lubang perigi berkenaan.

Koresponden AP melaporkan, jasad Rayan dibalut dengan selimut kuning ketika dia dibawa keluar dari terowong yang digali pasukan penyelamat. Rakaman di media sosial selepas mayatnya ditemui memaparkan wajah sedih dan sugul ratusan anggota penyelamat sambil orang ramai berzikir. Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans bersama Rayan. Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Ibu Beritahu Kata-Kata Terakhir Rayan

Dalam pada itu, bapa Rayan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus berusaha menyelamatkan anak mereka

Menurut Ibu Rayan, kata-kata terakhir Rayan ialah ” Saya masih lapar..saya mahu berbuka puasa sekali lagi”

Abang Rayan kemudiannya membawa dua gula-gula. Rayan memberikan sedikit kepada kakaknya dan satu lagi diberikan kepada ibu

“Itulah kali terahkir saya melihat Rayan” tutur Ibu Rayan dalam nada sebak

Kronologi kejadian

Pada 1 Februari, Rayan mengikut bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumah mereka. Pada ketika itu bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain di sekitar kawasan perigi tersebut. Hanya setelah beberapa ketika, bapanya telah sedar bahawa Rayan sudah tiada lagi di kawasan tersebut. Puas mencari, lelaki tersebut mula tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering.

Susulan daripada itu, lelaki tersebut telah meminta bantuan penduduk kampung. Meskipun ada individu yang sudi memberikan bantuan, mereka tetap berdepan masalah apabila kedalaman perigi tersebut melebihi 30 meter dan lubang perigi tersebut hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, lubang tersebut bertukar menjadi sempit mengikut jarak. Segala maklumat ini telah dicerap oleh pasukan bantuan pelbagai agensi yang datang untuk membantu mengeluarkan Rayan.

Hari demi hari, pihak penyelamat mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Bekalan oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihantar ke bawah bagi tujuan mengawasi keadaan Rayan. Pihak penyelamat juga telah berfikir pelbagai cadangan bagi membantu Rayan. Salah satunya adalah untuk menghantar seseorang membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Namun atas sebab kelebaran lubang perigi yang semakin mengecil di bawah, cadangan tersebut dianggap mustahil sama sekali. Selepas itu, pasukan penyelamat berusaha menggali keseluruhan tanah untuk sampai di kedalaman Rayan sedang berada. Bertan-tan tanah telah digali bagi menyelamatkan Rayan.

Setelah lima hari bertarung, pasukan kecemasan berjaya mengeluarkan Rayan daripada perigi tersebut. Sejurus dibawa keluar, mereka bergegas membawa Rayan ke pusat perubatan terdekat sekali gus menamatkan operasi getir berkenaan.

Sumber: Morocco World News & BBC News

Leave a Reply

Your email address will not be published.