Entertainment Hiburan

Kahwin Dgn Lelaki Berusia, Shima Anuar Ditvduh Malu Nak Kongsi Foto Suami

‘Kenapa Shima tak selalu kongsi gambar husband? Adakah sebab husband tua daripada Shima?’

Tindakan pelakon Shima Anuar yang jarang berkongsi foto suami di media sosial menjadi topik netizen sehinggakan menyuarakannya menerusi direct message (DM).

Saya tahu niat awak

Menerusi Instagram Stories miliknya, Shima, 30, menyatakan dia tahu tujuan komen itu ditulis sekadar menarik perhatiannya untuk membalas.

Saya nak balas komen awak tapi dah tak jumpa komen itu. Tak tahu la awak padam ke apa. Tapi saya sempat screenshot.

Saya tahu niat awak hanya untuk dapatkan perhatian saya sebab itu awak cakap macam tu. Awak mahukannya? Awak dapat.

Tak ada kepentingan nak selalu kongsi

Kata pemilik nama Noor Hashimah Anuar, dia tidak nampak keperluan untuk kerap berkongsi hal suami kepada umum. Tegasnya, dia bahagia bertemu jodoh dengan lelaki matang.

Untuk menjawab soalan itu, saya tak nampak kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media untuk promote suami saya.

Beritahu saya, untuk apa? Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia. Tapi bagi saya, semua tu tak perlu selalu sangat ditunjuk satu dunia.

Muak dengan perangai aneh manusia

Dalam pada itu, pelakon yang dikenali menerusi filem, Highland Tower mendedahkan dia mempunyai satu akaun peribadi untuk dia berkongsi apa yang diinginkan tanpa ragu-ragu.

Saya memang jarang aktif di sosial media sebab saya dah muak. Saya dah muak dengan perangai manusia yang pelik-pelik.

Ya, saya juga ada akaun peribadi di mana saya kongsi apa saya saja yang saya mahu tanpa risau dengan penilaian orang.

Beza 24 tahun dengan Suami

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 54, pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Siapa Shima Anuar? Noor Hashimah Anuar atau nama popularnya, Shima Anuar merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau dikenali umum selepas diperkenalkan oleh Metrowealth sebagai antara bakat baharu dalam syarikat penerbitan terbabit.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Noor Hashimah binti Anuar.

Menggunakan nama komersial, Shima Anuar.

Berumur 29 tahun.

Kelahiran Rawang, Selangor pada 8 April 1991.

Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang aktres sejak tahun 2010.

Antara drama dibintanginya seperti Klik, Impian Raya Emelyn, Ruby, Cinta Si Wedding Planner, Sha & Shah, Kenyalang I’m In Love dan Isteri Dalam Sangkar. Juga telefilem Jangan Ambil Nyawa Aku.

Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Flat 3A, Bini-Biniku Gangster, Adnan Sempit 3, Highland Tower, Jangan Pandang Belakang Boleh, Awak Nak Kahwin Dengan Saya dan Hospital.

Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @shimaanuar sehingga kini mencatatkan lebih 400,000 pengikut.

Fakta Menarik

Mula bertapak dalam dunia lakonan selepas diperkenalkan sebagai antara bakat baharu Metrowealth bersama Wawa Zainal, Adiba Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi. Ketika itu beliau hanya memegang peranan sebagai watak tambahan untuk lakonan drama dan filem.

Bergelar isteri kepada Mohd Solih Toha yang juga bapa tunggal kepada dua cahaya mata dan seorang ahli perniagaan pada 8 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Marian

Sophia (lahir 12 Disember 2017) dan Mikhael Imaan (lahir 8 Ogos 2019).

Sumber: Instagram @shimaanuar

Leave a Reply

Your email address will not be published.