Uncategorized

Kakak Suka Pakai Pakaian Menjolok Mata Sampai Nampak Semua Benda, Masa Dia Nak Kahwin Ibu Tak Ambik Tahu Langsung, Akhirnya Satu Hari Tu Ini Yg Terjadi Pada Kakak

Firstly I minta maaf sebab cerita ni agak panjang. Kisah nya bila nak kata parents tak didik, tapi bila dah besar panjang perangai berubah jadi teruk. Kakak I salah sorang manusia mcm ni. Dari kecik kami adik beradik semua diajar jadi pembersih, tolong buat kerja rumah, bila dah besar berbakti kpd parents, n macam2 lagi didikan yang basic serta nilai2 murni.

Tapi bila umur dia mencecah 30, perangai dia byk berubah. I setuju Pn Melati ckp yang org mcm adik dia ni “dibenci dlm diam”. Sebab I memang ada rasa benci yang amat sangat pada perangai my sister. Ada satu masa dulu sebelum dia kahwin, dia buat my mom mcm maid dia. Baju dia semua my mom yang kena uruskan. Dia reti campak je dalam laundry basket and my mom la yang basuh, gosok, lipat and simpan semua baju dia. Dia balik rumah lepas kerja terus tidur.

Weekend pun tak lekat kat rumah. Rambut yang berkumpul atas lantai bilik and bilik air nak kutip buang dalam tong sampah pun dia tak boleh buat. Satu apa tak tolong. Acah ma’am besar dekat rumah parents sendiri. Lama2 my mom pun tak tahan la so dia biar je baju dia tak bergosok and berlipat. Padan muka.

Selalunya mak2 ni ada rasa excited + sedih sebab anak nak kahwin kan. Tapi my mom ckp dia tak rasa sedih langsung bila my sister nak kahwin. Dia rasa lega sebab my sister keluar drpd rumah dia. Skrg ni kakak I dah 40-an tapi perangai pengotor, pemalas, biadap tu masih ada. Dia bukan spesis melawan cakap tapi dia jenis suka buat muka and suka mengeluh. Sebelum kahwin my mom pernah tegur dia elok2 seluar dia ketat melampau sampai masuk celah tuu. Itu pun dia buat muka. Kalau dimarah cebik. Dia punya perangai mengada tu memang nak mintak penampar.

Ada skali tu my mom nak tegur dia pasal something yang penting. Memandangkan dia dah besar panjang and dah jadi mak dah, my mom tak nak la marah2. Nak ckp pun dengan husband dia skali. Lagipun marah2 ni penat, stress and mengeruhkan keadaan je.

So my mom tegur elok2 je dengan nada bercerita siap gelak2 lagi sebab nak make sure tak ada nada marah2. Sebagai seorang ibu, my mom yang ada perasaan nak jaga hati anak sendiri. Tapi my sister time tu la dia nak bangun duduk mengemas bag dia dengan menghempas2 barang and tak pandang langsung my mom. Depan anak and husband dia pulak tu dia buat perangai mcm tu. Elok sgt la tu. Esok lusa anak dia ikut perangai dia memang padan muka.

My mom ckp dia memang dari kecik lagi perangai dia tak boleh ditegur langsung. Acah perfect. Dulu sebelum dia kahwin masa dia nak tukar kereta baru, dia merungut2 sebab dia tak cukup duit. My parents bukannya org senang tapi atas dasar sayangkan anak and rasa kesian, my dad top up duit so that dia dapat beli kereta idaman dia.

Fast forward to 10 years later, dia boleh lupa pertolongan my dad. So korang boleh agak la yang dia belum bayar balik lagi my dad sebab dalam otak dia, apa yang dia ingat is dia beli kereta tu semua guna duit dia sendiri.

On top of duit beli kereta tu, dia jgk berhutang dengan my parents berpuluh2 ribu ringgit yang skrg ni dah masuk bertahun2 satu sen pun dia tak pernah bayar. Dia buat tatau je. Kalau tak mampu, duduk bincang la dengan parents, mintak maaf tak mampu bayar lagi. Ini sekali pun tak pernah. Bukannya kena bayar semua sekaligus. Bayar sikit2 setiap bulan pun tak apa. Kalau hutang dengan bank tau pulak bayar.

Tak cukup dengan berhutang, amekk duit my mom pun pernah. Dah la tak balas jasa mak bapak, kenang budi dorang pun tidak. Parents kita kerja kuat siang malam simpan duit untuk keperluan anak2, utk bekalan hari tua, utk dorang enjoy duit sendiri setelah penat bekerja and supaya tak menyusahkan anak2. Tapi my sister boleh selamba buat perangai celaka tak kisah and tak kesian langsung pada parents sendiri.

Dari dulu sampai skrg kalau dia nak komplen pasal keadaan ekonomi dia, sepuluh jam tak habis komplen mcm dia je la laki bini dua org yang tak cukup duit. Orang kalau betul2 duit tak cukup, tak ada beli mainan untuk anak2 setiap minggu, selalu pergi tengok wayang dengan budak2, berdating laki bini pergi tempat yang my parents dengan I pun tak mampu pergi and tak ada nya nak masukkan anak dalam kelas menari yang bukannya penting mana pun. Kelas memasak ke kelas taekwando ke ok la banyak faedah.

Memang mainan yang dia beli tu bukan mahal tapi kalau setiap minggu beli sebulan total jadi 50 ringgit jgk. 50 ringgit tu boleh je tolak hutang kalau ikhlas nak bayar. And kalau betul2 tak mampu, tak jadi apa pun budak2 tu tak dapat mainan, tak tengok wayang and tak belajar menari.

Benda2 mcm ni sebenarnya tak ada isu pun sebab itu duit dia, so apa dia buat, apa dia beli and kat mana dia makan dengan duit dia, itu hak dia. Tapi benda ni jadi isu besar sebab dia tak ada langsung rasa tanggungjawab nak berbincang pasal hutang, tak ada rasa peduli perihal kedudukan kewangan parents sendiri and tak ada rasa kasih pada parents sendiri memandangkan my dad dah pencen. Hutang dia adalah hak my parents and HUTANG ADALAH WAJIB DIBAYAR.

We all tak pasti dia ni sebenarnya acah sengkek sebab tak nak bayar hutang punya pasal, atau dia acah mewah sampai betul2 tak cukup duit. Tapi apa2 pun yang sebenarnya, laki bini ni dua2 tak reti malu. Kalau nak komplen pasal tak cukup duit and indirectly telling my parents dia tak mampu nak bayar hutang, jgn la cerita and tunjuk spend duit sana sini. Kenapa nak tambahkan skit hati dorang? Jgn curah minyak ke dalam api. Logik kan? Akal mana? Hati perut mana?

We all tau yang dia baru naik pangkat. Naik pangkat selalunya gaji pun naik kan. Happy news mcm ni org yang jujur and tak ada ulterior motive akan share dengan family. Tapi my sister tak share. We all suspek sebab dia nak terus acah sengkek sebab tak nak bayar hutang.

Bila my dad belikan makanan utk dia, dia bayar balik my dad tepat2 harga makanan dia je. Nak bagi duit lebih utk cover my dad punya share pun tak boleh. Punya la berkira. My dad yang dulu blur sikit pasal perangai dia makin lama makin nampak and adik I yang jenis cool pun dah bertambah2 rasa geram and meluat. Kakak I ni la puncanya my mom dapat bp tinggi. My mom pernah ckp kat i, i love her no matter what because she is my daughter but i don’t like her.

Bila dia dtg rumah my parents i memang rasa tak kuasa nak melayan cerita dia. Selalu nak mengata org mcm dia je yang pandai. So i selalu buat tak dengar and sibukkan diri main dengan budak2. Kengkadang tu tengok muka dia and dengar dia bercakap pun rasa meluat yang tak boleh nak describe. Tak sedar diri. Muka tak malu. Self-absorbed nak mam.

I tak tau if my sister follow or tak follow page ni. Tapi harap2 dia akan terbaca somehow. To my sister, do something about your hutang to Mama Papa, NOW. Hutang jgn ambik ringan. It’s serious in Islam. Google it. Also, sudah2 la kedekut and berkira dengan Mama Papa who have done so much for you. Cari keredhaan and keberkatan from them and from Allah. Apa2 yang you give to them, ganjaran yang Allah bagi to you will be berlipat ganda. The more you give, the more you gain.

If not in this world, in the hereafter inshaAllah dapat. Ni Mama Papa pernah ajar. Allah is still giving you a chance. Grab it and don’t waste it. We are lucky they are still around. Once they are gone, that’s it for us. Remember, Allah boleh balas to you dengan anak yang memperlakukan parents dia the way you buat dekat Mama Papa.

To all readers, jangan la kita selalu menyalahkan ibubapa bila seseorang itu berkelakuan jahat. Walaupun banyak kes kelakuan buruk manusia berpunca drpd tiada didikan sejak kecil, byk jgk kes yang didikan yang diberi hampir sempurna and sama rata tapi akhirnya anak2 yang dah dewasa berubah ke arah yang tidak baik.

Nama pun dah dewasa, dah besar panjang, so ada atau tak ada didikan kita semua dikurniakan dengan akal yang membezakan kita dengan haiwan. Kalau ada yang dapat tempias perangai my sister ni terdetik “mak bapak dia tak ajar ke?” I akan rasa teramat sedih.

Kisah kedua lebih mendebarkan

Bukan Sorang Tapi Dah Banyak Laki Yang Gadis Ni Layan. Semua Laki Bagi Duit Kat Dia Semata Mata Dapat Tidur Sekali. Satu Hari Mak Ayah Dia Suruh Kahwin. Terkejut Dia Bila Dapat Tahu Perangai Bakal Suami Dia Macam Ni

Salam semua pembaca, Cerite ni saya pendam dah hampir 13 tahun. Tiada siapa yang tahu termasuk suami sendiri. saya bukan nak bukak aib sndiri. Tapi saya kene luahkan juga. mungkin dengan meluah dan menulis tanpa orang kenal siapa saya. boleh meringan sikit rasa sakit dan bersalah di hati saya huhuhu.

Biarlah saya perkenalkan diri saya dulu… Saya seorang isteri yang bekerjaya. umur 35 tahun dan seorang ibu pada 2 orang anak pompuan yang comel2 dan sangat cerdik. berkahwinn 10 tahun dulu dengan seorang lelaki pilihan famly. yang bagi saya sangat2 tidak sepadan dan sekufu dengan saya.. Nape saya kate tidak sepadan? Sebab dia seorang lelaki yang sangat baik, penyabar, bertanggung jawab dan penyayang pada isteri dan anak2.

kami sangat2 bahagia, dan boleh di katakan dalam kalangan adik bradik saya. saya lah pasangan yang paling romantik dan bahgia. Bukan nak memuji Alhamdulilah saya di kurniakan Allah rupa paras yang cantik ,menawan dan sifat semulajadi manja dan comel. tapii malangnya sayalah manusia yang tak pandai menghargai kecantikan yang Allah kurniakan.

Kisahnya.. di alam remaja saya, bermula saya tamat study di sebuah Universiti. saya tersilap langkah. saya meggunakan kecantikan rupa paras ni untuk menggoda mane2 lelaki kaya yang saya nak waktu tu dunia ni syurga buat saya. hidup saya sangat2 mewah. di kelilinggi lelaki2 kaya yang silih berganti.. makan pakai saya semua mewah. ckp ape saya. semua saya dapat.

tapi saya kehilangan sesuatu yang sangat2 berharga, iaitu maruah diri saya. Ya Allah, bila saya kenang balik. saya rasa malu dan berdosa sangat2. betapa bongoknya saya dulu. hanyut dalam kenikmatan dunia. hanyut dlaam dosa besar. bukan seorang. bukan 2 orang.

tapi seingat saya 5 orang. smua lelaki2 kaya termasuk suami2 orang yang pertaruhkan wang yang ribu2 untuk mendapatkan perawan saya untuk dapatkan layanan saya Ya Allah berdosa sgguh rasa tapi saat tu langsung saya tak rasa berdosa rasa bahgia dan indah sangat2.

Sampai la 1 saat. orang tua kat kampung suruh cepat2 kawen sebab dah ada 2 hingga 3 orang datang bertanya nak meminang..orang tua saya termasuk adik beradik memang tak tahu siapa saya sbnarnya. Dari luaran memang orang tak percaya. dengan lemah lembut saya.

Dengan bertudung litup. dengan cantik saya. beradab saya, yang saya pernah terlanjur sejauh ituuu. memang sampai bila bila balik pun orang te gok saya ni macam perempuan melayu terakhir. huhuhu semua tertipu dengan luaran saya.

Ok berbalik pada ibu ayah saya suruh kawin tu. jadi saya pun tiada pilihan. saya terpaksa akur. sebab lelaki2 yang pernah meniduri saya tu. bukan diorang tak nak jadikan saya isteri yang sah. Dia orang nak. tapi saya yang tak nak sebab saya selalu berdoa selepas solat.

Walaupun saya ni jhat. tiap kali solat saya selalu doa ni. ” Ya Allah….aku ni pompuan yang kotor. yang jijik. yang dah tak suci. Tapi aku mohon padaMu Ya Allah….temukan lah aku dengan lelaki yang baik. yang beriman. yang dapat membimbing aku ke jalan yang lurus. aku betui2 nak nak jdi isteri yang baik nanti.

Itulah doa yang selalu saya baca tiap kali solat dan Alhamdulilah Allah makbulkan.. dan saya rasa malu sangat2 dengan Allah walaupun saya dah bertaubat nasuha.. Bukan saja Allah bagi saya seorang suami yang baik dan beriman. tapi anak2 yang sangat2 baik. Cerdik dan minat pada agama. tak seperti ibunyea dulu huhuhhu..

Tapi yang menjadi saya di hambat rasa bersalah sampai saat ni ialah. suami saya sampai sekarang dia tak tau pun. siapa saya yang sebenanya. bagi dia saya adalah seorang isteri yang baik dan taat pada dia sebagai somi. Dan seorang ibu yang sangat2 penyayang dan prihatin pada anak2. Yang menjdi masalahnya sekaramg smpai saat ni. saya rasa berdosa dan bersalah pada somi sebab dapat isteri yang dah tak suci macam saya huuhuh.

Pernah hari tu. Ada la cite pasal dara2 ni semua tiba2 dia cakap. “Kaluu abang. kalau boleh abang tak nak kawen dengn pompuan yang dah tak ade dara. walauuu cantik macam mana pun. sebab abang jaga teruna abang jadi mestilah abang nak yang ada dara tapi kalau dah jodoh terima jelah janji dia btaubat.

Saya terkejutt sangat2 dia cakap camtu. Rasa nak berterus terang je tapi memang tak mungkin. sebab saya sayangkan dia. Sayang sayangkan keluaga saya. saya tak nak kehilangan dia dan anak2 yang sangat2 rapat dengan saya…

Tapi dalam masa yang sama. Saya rase besalah dan berdosa sangatt2. betapa bongoknya dan murahanye saya dulu. rase nak je di putarkan masa ni kembali huhuh. Jadi saya nak tnya. Ape yang perlu saya buat. sebab seorang isteri yang pernah ada kisah macam ni. perlu ke saya ceritakan pada suami. kalau tak cerita. saya rasa bersalahhh sangat2. andaii cite saya mungkin kehilangan dia tidak pun. hati dia kecewa dan tawar hati dengan saya dan mungkin dia rase menyesal.

Tiap kali pandang wajah anak2 pompuan saya saya selalu sayu. Rase bersalah. tapii dalam hatii saya selalu nekad untuk jaga elok2 maruah diri anak2 dara saya. jangan dia jadi seperti saya ibunyer huhuhu. Sebenarnyer ape yang patut saya buat. saya betuii2 dah insaf. perlu ke berterus terang dengan suami?

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.